Syukur Majid tak pernah berkira dengan mak ayah “sebab tu rezeki dia mencurah-curah”. Benarlah apa yang diluahkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang usahawan lelaki popular bernama Syukor Majid.
Usahawan yang pernah mencipta ‘fenomena’ dengan menjual burger menerusi jenama Syukur Burger menjadi idola ramai pengikut di media sosial.
Seperti mana yang dipetik menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadli menerusi Facebooknya, Syukor merupakan seorang anak yang begitu menghormati ibu dan ayahnya.
Malah dia tidak pernah berkira dengan mak ayah dan isteri. Itulah antara rahsia kejayaan besar yang digapai menerusi perniagaannya.
“Abiang Syukor Majid buat status santai pasal tumbler Starbucks mak dia. Viral teruk post tu.
“Ada la lalat mai komen kata abiang berkira dengan mak dia. Setakat tumbler RM200 satu pun berkira kata mereka.
“Geram aku baca komen gitu. Sebab aku tahu, abiang dengan mak ayah dia langsung tak berkira.
“Uko ni, ada meeting dengan menteri kat Putrajaya pun kalau mak dia call ajak pergi Shopping cekelat Daim kat Langkawi dia terus ambik tiket flight balik Bertam. Tinggal meeting dengan menteri nak layan mak.
“Boleh pula ada yang kecam kata berkira dengan mak. Memang aku rasa panas juga lah sebab aku tahu macamana abiang ni layan mak dia.
“2017 bila bisnes dia meletup kaw-kaw dia belikan mak dia Range Rover Evoque. Harga setengah juta ringgit. Kat ayah dia pula kereta Bentley. Harga sejuta lebih.
“Abiang ni la makhluk paling tak berkira dengan mak ayah. Paling tak berkira. Sebab tu rezeki dia mencurah-curah.
“Masa nak pergi beli Range Rover kat mak dia tu, dia terbeli Mustang GT 5.0 pula. Terbeli ya. Tak sengaja tau. Harga Mustang 5.0 tak ada la mahal mana, sekitar setengah juta ringgit je.
“Kete tu la yang wife dia drive terbang ala-ala Letty dalam Fast & Furious. Terbang lepas longkang wei. Dia gelak je tengok kereta kesayangan rabak dikerjakan wife.
“Kete tu dia dah jual kat Baitul Mustawa dah. Ada kat Sabak Bernam la ni. Dia belikan Mercedes AMG GTR pula kat wife dia. Harga sejuta lebih. Alang-alang nak racing sangat katanya, haha.
“Sekarang dia target nak beli Roll Royce kat ayah dia pula. Aku yakin tak lama lagi sampai la tu.
“Punya dia tak berkira dengan mak ayah dan isteri ni.
“Itu rahsia besar dia berjaya dalam bisnes.
“Nombor satu, muliakan ibubapa. Itu yang dia paling utama.
“Korang nak berjaya, tiru la part ni. Tolong muliakan ibu dan ayah kalian. Layan mereka macam raja.
“InsyaAllah Allah akan kurniakan kalian dengan rezeki raja. Percayalah!” kongsi Cikgu Fadli tentang kebaikan Syukor.
Baca Disini : 3 Tip Menjemput REZEKI, Cuba Secara Serius Pasti Takkan Menyesal
Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh
Sumber Foto : Facebook Syukor Majid