Berpakaian sari dengan aksesori yang bergemerlapan, nampak sangat cantik, persis Kajol katakan. Sampaikan ada majlis-majlis tertentu, mungkin pertunangan, perkahwinan, keraian dan sebagainya yang pastinya akan mengenakan tema bollywood.

Berangan nak nampak cantik macam Kajol atau artis bollywood lain. Bukan setakat pakaian dan akseseori digayakan tapi ada juga seetengah kita yang sanggup mengenakan pottu atau sindoor di dahi.

Kita anggap itu hanyalah sekadar untuk mengikut tema bollywood tapi tanpa sedar tanda itu adalah simbolik dan identiti agama hindu. Dari segi pakaian mungkin tiada masalah pun sebab itu adalah budaya orang India.

Teguran Dr Malar sangat baik untuk wanita Islam di luar sana yang nak nampak macam Kajol sampai lupa mana budaya dan hukum agama itu sendiri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mutawwif Kongsikan Akibat Langgar Pantang Dalam Ihram, Pengkid Berihram Jangan Permainkan Agama

Buat Video Tutorial Mekap Tatapan Umum Jangan Sampai TABARRUJ, Hukumnya Haram!

Jadi Kajol Jangan Sampai Tersasar Hukum Agama

Antara intipati perkongsian Dr Malar dalam video tiktoknya:

“Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang wanita Islam yang mengenakan pakaian tema bollywood. Sebenarnya, terdapat dua komponen iaitu bangsa India dan komponen agama Hindu.

“Contohnya, kalau nak pakai tikka (aksesori) yang cantik di bahagian dahi. Itu adalah budaya dan tiada masalah untuk mengenakan, termasuklah memakai sari henna, subang, cincin dan rantai. Itu adalah budaya.

‘Syok Nak Jadi Kajol’, Jangan Terpakai ‘Pottu, Sindoor’, Kena Tahu Beza Budaya, Hukum Agama!

“Tapi saya tengok ada rakan agama Islam yang memakai pottu, itu adalah agam Hindu. Kebiasaan wanita India yang telah berkahwin akan memakai pottu berwarna merah dan yang pakai warna hitam adalah wanita ini belum berkahwin.

“Sindoor yang dipakai di di atas kepala juga bukan budaya. Jadi, jaga-jaga bila pakai pottu semasa mengikut tema bollywood, takut jatuh hukum. Ambil budaya dan bangsa saja. Hati-hati dengan komponen agama hindu.

‘Syok Nak Jadi Kajol’, Jangan Terpakai ‘Pottu, Sindoor’, Kena Tahu Beza Budaya, Hukum Agama!

Mingguan Wanita : Teguran yang baik dari Dr Malar.

Sumber: Dr Malar (tiktok)

@drmalarss Hati-hati dengan pemakaian tema Bollywood ye kengkawan. Yang budaya atau bangsa takde masalah, yamg agama tuh, fikir elok², tanya lah yang alim ulama 🙏 Maaf kalau ada salah silap 🙏🙏#fyp #fypシ #celotehdrmalar #deepavali2022 ♬ original sound – Celoteh Dr Malar

Ads

Simbolik & Identiti Keagamaan

Dalam pada itu, Ahmad Iqram Mohamad Noor turut mengulas tentang apa yang dikatakan oleh Dr Malar ini sebagai satu teguran yang sangat baik buat wanita muslim tidak mengenakan Bindi (dalam bahasa Tamil disebut sebagai Pottu) di dahi sewaktu mengenakan pakaian bertemakan Bollywood atau Hindi.

Secara umumnya konsep simbolik “hiasan” di dahi ini masyarakat Hindu namakan sebagai Tilak. Tilak merujuk kepada apa-apa simbolik yang disapu di dahi seseorang penganut Hindu.

Ini kerana di dalam agama Hindu mereka percaya bahawa dalam diri batin seseorang itu terdapat 7 titik chakra yang perlu dibuka oleh seseorang untuk mencapai “pencerahan” bagi mendapat tahap spiritual tertinggi. Salah satunya adalah titik chakra keenam yang merujuk chakra di dahi yang dikenali sebagai Chakra Ajna atau Chakra Mata Ketiga.

Bagi penganut Hindu, mereka percaya dengan memakai Tilak di dahi ia membantu untuk membuka titik chakra tersebut di dahi.

Malah bagi setiap aliran penyembahan dewa dalam agama Hindu mereka memiliki simbolik berbeza di dahi. Jika seseorang itu beraliran penyembahan dewa Siva (Saivite) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk 2 atau 3 garis putih memanjang secara melintang di dahi.

Jika mereka aliran penyembah dewa Vishnu (Vaishnava) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk “U” dan “V”.

Manakala bagi penyembah aliran Dewi (Shakta), mereka akan mengenakan tilak berbentuk titik dot merah di dahi. Begitu juga dengan masyarakat Hindu Bali, mereka mengenakan Tilak beras ditampal di dahi mereka.

Selain itu juga mereka memiliki satu lagi dekorasi di dahi khusus bagi wanita Hindu dengan dinamakan sebagai Bindi atau Pottu yang berbentuk pes merah yang disapu dot di dahi atau kadang kala digunakan permata atau manik. Bindi juga sinonim dengan simbolik keagamaan terutama menandakan perkahwinan bagi wanita Hindu.

Secara kesimpulan, dekorasi di dahi bagi imej penganut Hindu adalah merupakan simbolik dan identiti keagamaan dan bukan kebudayaan. Oleh itu, sebagai muslim imej sebegini adalah perlu dielakkan kerana ia termasuk dalam bentuk tasyabbuh (menyerupai) yang mana muslim dilarang menyerupai amalan dan imej orang bukan Islam yang jelas bersifat keagamaan.

Ads

Sabda nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” Riwayat Abu Daud (4031)

Sumber; Ahmad Iqram Mohamad Noor

Etika Pemakaian dan Perhiasan Di Dalam Islam

Keistimewaan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama melahirkan adat dan budaya yang pelbagai. Sikap toleransi sesama kaum memainkan peranan yang penting bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Islam sebagai agama rasmi di Malaysia sangat menekankan keharmonian dalam memperkasakan hubungan talian silaturrahim sesama masyarakat serta menghormati di antara satu sama lain yang sudah lama terpelihara. Ini seperti yang disebut di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

Ads

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
(Surah al-Hujurat, 13)

Namun, Islam sangat menitik berat umatnya agar menjaga batasan syariat supaya tidak melakukan perkara yang melangkaui Batasan agama seperti melakukan perbuatan syirik terhadap Allah SWT serta melakukan perbuatan yang boleh menjurus kepada lembah kerosakan.

Sebagai umat Islam menjaga aqidah merupakan perkara yang penting, oleh itu menjauhkan diri daripada segala bentuk ritual ibadah agama lain merupakan perkara yang wajib bagi umat Islam. Firman Allah SWT:

لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ

Maksudnya: Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat) kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu.
(Surah al- Syura, 15)

Dalam etika pemakaian dan perhiasan yang digunakan di dalam agama lain, perkara yang perlu diteliti oleh umat Islam berkaitan persoalan adakah ia merupakan kegunaan bagi syiar atau simbol dalam agama atau sekadar adat dan budayanya sahaja. Hal ini kerana Baginda Nabi SAW melarang menyerupai golongan kafir di dalam hal syiar atau identiti agama mereka. Hadis daripada Ibnu Umar R.Anhuma bahawa Baginda Nabi SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ ‏

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka
Riwayat Abu Daud (4031)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI