Syatilla & Sam Timang anak ketiga, anak-anak seronok dapat adik perempuan. Gembira bukan kepalang apabila mendengar perkhabaran pasangan selebriti popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah menimang cahaya mata ketiga.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3.
Warganet terutama peminat pasangan selebriti itu juga berasa cukup teruja untuk menatap kecomelan bayi yang baru dilahirkan. Namun Sam belum berkongsi wajah bayi mereka.
Seperti mana yang dikongsi oleh Sam menerusi akaun rasmi Instagramnya, pelakon itu menyatakan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga bayi perempuan secara pembebedahan di salah sebuah pusat perubatan di Ampang pada 9 Mei.
Paling menggembirakan, isterinya dan anak yang baru dilahirkan kini berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.
“Terima kasih atas doa-doa semua,” kongsinya.
Seperti mana yang dilaporkan portal Harian Metro, adik Tilla, Syifa menyatakan kakaknya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram menerusi kaedah pembedahan.
“Alhamdulillah bayi dan juga Tilla berada dalam keadaan baik. Tilla selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 10.30 pagi tadi menerusi kaedah pembedahan.
“Proses melahirkan juga tidak memakan masa yang lama. Tilla masuk sekitar 9.45 pagi dan hampir sejam dia selamat melahirkan bayi perempuan.
“Tidak banyak beza dengan kelahiran sebelum ini, cuma Syerif dan Sarima yang paling teruja. Keluarga juga turut hadir menemani Tilla dan saya juga baru saja keluar daripada hospital,” kongsi Syifa.
Menerusi ruangan komen rakan-rakan selebriti meluahkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah buat Shaheizy Sam dan Tilla.
Syatilla Hamil, Pernah 3 Kali Keguguran “Doakan Kandungan Bertahan Sampai Cukup 9 Bulan”
Mingguan Wanita: Tahniah Shaheizy Sam dan Syatilla. Wah bertambah ahli keluarga!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Shaheizy Sam
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Betul ke wanita bekerja kerana bimbang bebankan suami?
Pulang berhari raya tapi tidur di hotel jangan sampai ada yang berkecil hati ya.