Syatilla Melvin sematkan dalam jiwa mahu usaha khatam al-Quran dalam tempoh sebulan. Begitulah perkongsian di akaun laman Instagram isteri kepada Shaheizy Sam yang juga pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin.
Syatilla juga mohon doakan agar dipermudahkan hajatnya itu.
Syatilla Melvin Usaha Khatam al-Quran, Baca 4 Muka Surat Sehari
Usaha murni Syatilla itu sememangnya perlu disokong dan pelakon ini juga berharap naskhah al-Quran yang sebelum ini menjadi hiasan atas almari akan dibuka setiap hari.
“ASAL CONTENT BACA AL QURAN KONON-KONON BAIK, KONON-KONON ALIM.
Ads
“Ya allah jahatnya aku pernah terdetik dalam hati setiap kali nampak orangg post content mengaji. Tolong lah jangan jadi manusia macam ni tolong ambil dari sudut yang baik!,” tulis Syatilla.
Zaman Sekolah 4 kali Khatam al-Quran
Ibu kepada dua cahaya mata ini akui sewaktu zaman sekolah dia sudah khatam al-Quran sebanyak empat kali.
“Malam ni tilla sendiri rasa terinspirasi dengan posting-posting yang mengundang rasa negative tadi!
“Content yang aku rasa negative tu berjaya buat aku sentuh al-quran yang selama ni jadi hiasan atas almari.
Ads
“Dulu masa zaman sekolah, dah tiga, empat kali berjaya khatam al-Quran. Semi Allah.
“Makin besar, makin kenal duit, makin banyak duit, al-Quran dah jadi jauh sangat dah. Baca pun merangkak-rangkak macam baru nak kenal huruf.
“Dan yg paling best, bila terdetik perasaan di atas automatically, scroll-scroll ig tiba-tiba nampak ceramah ustaz-ustazah cerita pasal seksa kubur, pasal macam mana al-Quran tolong kita bila mati, macam mana al-Quran jadikan kita manusia lebih sempurna.
“Sumpah tak tipu, hari-hari Tilla akan nampak ja ceramah-ceramah pasal hebatnya amalan baca alQuran kat ig. Lagi tak mula buka baca, lagi banyak ternampak. Dah terang-terang memang Allah nak tolong, dah bagi petunjuk dah pun takkan masih nak buat tak tahu?
“Insyaallah kita cuba khatam dalam masa sebulan ni,1 hari dpt baca 4 muka surat pun dah besar rahmat dah! Doakan,” tulisnya.
Wanita berkerjaya, bincanglah jika suami minta berhenti kerja. Seperti mana yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi akaun Facebooknya, ada berkongsi tentang luahan seorang wanita.
Wanita tersebut yang juga ibu kepada empat orang anak memohon bantuan. Dan selepas berbual rupa-rupanya wanita yang juga bergelar ibu tunggal itu semasa bergelar isteri rupanya seorang bekerjaya.
Namun mengambil keputusan berhenti kerja kerana mengikut arahan suami.
Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja.
Sememangnya kisah yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli ini menjadi dilema ramai wanita bekerjaya. Kadangkala ada yang serba salah mahu bekerja membantu keluarga dan dalam masa yang sama perlu mendengar arahan dari suami.
Namun sebenarnya banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja namun rezeki itu semuanya dari Allah.
Paling membimbang jika perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan dan terjadinya perpisahan. Sudah tentu wanita tersebut terpaksa memikirkan tentang sumber kewangan untuk menampung kehidupannya.
Ikuti perkongsian Cikgu Mohd Fadli tentang kisah pengorbanan seorang wanita yang berhenti kerja kemudian perkahwinan wanita itu tidak berpanjangan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada wanita di luar sana.
“Speechless… 😢
Baru-baru ni, ada ibu anak 4 datang mohon bantuan. Dan dia bercerita kenapa dia jatuh sampai tahap perlu mohon bantuan.
Cerita seperti ini beberapa kali aku sendiri dengar dari mereka yang perlu bantuan. Kisah asalnya mereka mampu, agak senang dan akhirnya terhimpit dalam kesusahan.
Wanita itu dulu ada kerjaya. Gaji dah sedap dah. Dalam RM3k sebulan. Duduk menyewa di kondo bersama suami dan anak-anak.
Sampai satu masa, suami dia minta dia berhenti kerja. Katanya dia mampu sediakan semuanya. Tak pasti kenapa suami dia berkeras mahu dia berhenti.
Mungkin cemburu, mungkin dia nak isterinya sentiasa ada di rumah mengasuh dan mendidik anak-anak, dan mahu layanan penuh dari seorang isteri.
Wanita ini tahu, suaminya bukan berduit sangat. Banyak perbelanjaan keluarga dia yang support hasil gajinya.
Namun bila suami arahkan demikian, maka patuh saja. Nanti derhaka pula.
Awalnya, semua berjalan lancar. Suami boleh bagi nafkah elok dan sara keluarga kecil mereka. Tidaklah boleh bermewah sakan, namun sentiasa cukup dan tak perlu sampai meminjam sana sini.
Namun beberapa tahun selepas itu, hubungan mereka mulai retak. Ada sahaja yang tak kena. Asyik bergaduh, bermasam muka. Dan puncak pergaduhan, perceraian berlaku.
Berpisahlah mereka, anak-anak semua nak duduk dengan si ibu.
Di sini bermula wanita itu merasa keperitan hidup bila tiada kerja dan gaji. Suami ada bagi nafkah kat anak-anak, tapi tak cukup. RM500 sebulan. Tu pun kadang-kadang ada bulan yang miss.
RM500 nak hidup macamana di tengah kotaraya ni? Sewa saja dah berapa. Makan minum lagi, bil lagi, perbelanjaan sekolah anak-anak lagi. Pampers susu semua tu.
Mujur Ada Wang Simpanan
Mujur wanita ni ada simpanan. Namun simpanan ni mampu bertahan lama mana sangat. Tak dan setahun simpanan dah hampir licin.
Dia cuba buat pelbagai kerja online. Jadi dropship dan sebagainya. Dapat la tampung sedikit sebanyak. Nak kerja tetap, anak-anak kecil. Nak hantar pengasuh perlu duit lagi. Dan bila mohon kerja, dia jadi junior semula dengan gaji permulaan pun tak besar. Macam tak berbaloi nak bayar pengasuh katanya.
Mujur permohonan zakat lulus. Ringan la sikit beban bila zakat bagi bantuan sewa rumah.
Dah beberapa kes yang aku jumpa seperti ini. Suami minta isteri berhenti kerja, kemudia akhirnya bercerai. Dan akhirnya yang terhimpit adalah isteri dan anak-anak.
Aku pun tak tahu nak kata apa. Arahan suami (masa jadi suami) kalau tak ikut, nanti derhaka. Dah ikut, kemudian akhirnya berpisah, isteri juga yang terseksa.
Kepada wanita yang berkerjaya, bincang elok-elok dengan suami jika suami minta berhenti kerja. Fikir jauh ke hadapan. Jika jodoh tidak panjang macamana pula?
Biar ada jaminan jika berhenti kerja. Jika berlaku seperti ini, sekurangnya ada persediaan dan jaminan.
Bila merancang jauh sampai fikirkan hal cerai ni, bukan kita minta nak berpisah, namun jodoh perceraian ini aturan Tuhan. Kena ada perancangan rapi takut-takut terjadi. Begitulah,” kongsi Cikgu Mohd Fadli.
“Alhamdulillah Rezeki Dari Allah” Warganet
Menerusi ruangan komen pelbagai pendapat diutarakan oleh waganet tentang isu ini. Malah ada yang berhenti kerja apabila diminta suami namun semuanya berjalan lancar. Ada pula wanita yang lebih selesa teruskan bekerja dan punya pendapatan sendiri.
Mingguan Wanita: Semoga wanita yang bergelar ibu tunggal kuat dan tabah harungi kehidupan!
Ketentuan jodoh segalanya urusan Allah. Anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan meluahkan rasa syukur bergelar suami apabila selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat yang mulia sebentar tadi.
Mas Kahwin RM302, Seutas Gelang
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.
Majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, sekitar 9.35 pagi itu turut menyaksikan MK, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan kepada Siti Hajaar.
Syukur Majlis Berjalan Lancar
Pengantin perempuan turut menerima enam dulang hantaran berbalas dengan jumlah sama, manakala wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami.
“Doakan kebahagiaan kami,” ujar MK selepas sah bergelar suami.
Majlis pernikahan MK dan Siti Hajaar dihadiri 100 tetamu merangkumi keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.
Spekulasi Bakal Mendirikan Rumah Tangga
Terdahulu, spekulasi MK bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu, ada yang mendakwa MK sudah bertunang dengan Siti Hajaar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tersebar.
Malah turut tular video di aplikasi TikTok yang menampakkan penyanyi rap itu menghadiri kursus kahwin.
Juruteknik meninggal di sengat tebuan, kawan luah rasa sedih “tenanglah sahabat di sana. Usaha seorang lelaki keluar mencari rezeki buat keluarga terhenti apabila disahkan meninggal dunia akibat disengat tebuan.
Mohamad Hafizuddin Husim, 30 disahkan meninggal dunia hanya mampu bertahan 24 jam saja selepas disengat pada hari Rabu ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu Karangan, Kulim pada Rabu lalu.
Juruteknik Meninggal Di Sengat Tebuan
Rakan baik kepada arwah, Hafizzy Aziz dalam perkongsiannya pada awalnya memohon doa dari orang ramai agar sahabatnya selamat namun akhirnya tak mampu bertahan.
“Tenanglah di sana wahai sahabatku Muhammad Hafiz,” tulisnya dalam perkongsian di fbnya.
Kawan Luah Rasa Sedih “Tenanglah Sahabat Di Sana…”
Dalam pada itu, memetik laporan Awani, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husim, 30, disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
Kataya, polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat rakan mangsa jam 3.30 pagi Khamis.
“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.
“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turut dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan. Doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...