Syarikat Teknologi Jepun Cipta ‘Mesin Basuh Manusia’, Pengalaman Mandi Luarbiasa!. Tak mustahil manusia juga boleh dibersihkan menggunakan mesin basuh sekaligus merasai pengalaman mandi yang luarbiasa.
Sebuah syarikat teknologi dari Jepun, Science Co. Ltd. (Science) mengumumkan rancangan membina mesin basuh yang boleh membersihkan manusia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Syarikat berpangkalan di Osaka dan mempunyai kepakaran dalam inovasi bilik mandi serta dapur itu menyasarkan produk tersebut akan tersedia di pasaran menjelang 2025.
Digelar Projek Usoyaro, Mesin basuh menggunakan teknologi buih halus terkini dengan pelbagai sensor pemantauan bersama sistem kepintaran buatan (AI) itu menawarkan pengalaman mandi yang kompleks.
Menurut Science, matlamat Projek Usoyaro bukan sekadar membersihkan badan pengguna secara menyeluruh, bahkan turut menyediakan ‘ruang penyembuhan’.
Ketika duduk dalam mesin basuh tersebut, pengguna boleh berehat sambil menikmati bunyi muzik menenangkan selain menonton imej yang dipaparkan pada skrin kalis air di mesin tersebut.
Sensor pada mesin itu akan mengukur keadaan saraf simpatik dan parasimpatetik selain sistem AI akan menggunakan data yang dikumpul untuk menghasilkan suasana paling selesa.
Konsep mesin basuh manusia bukan suatu yang baharu kerana semasa pameran Ekspo Osaka pada 1970, syarikat gergasi elektronik, Sanyo Electric mempamerkan produk serupa dikenali sebagai Ultrasonic Bath.
Ia merupakan sebuah mesin basuh manusia yang membersihkan, mengurut dan mengering pengguna di dalam produk automatik yang mempunyai kitaran selama 15 minit.
Konsep Ultrasonic Bath bagaimanapun tidak pernah diperkenalkan sebagai produk komersial.
Mesti Baca :Cara Betul Basuh Toto Guna Mesin Basuh Macam Kedai Dobi, Span Pun Tak Rosak
Baca Lagi Di Sini:Cara Mudah Elak KESAN KARAT Pada Baju Bila Guna Mesin Basuh!
Artikel Menarik:Mesin Basuh Bermasalah, Fahamkan Jenis ‘Error Code’ Dulu, Setting Semula Sendiri
Mingguan Wanita:Tak sangka pula ada mesin basuh manusia.Memang lain macam sungguh pengalaman mandi macam ni.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.