Sungguh tak pernah terpikir seluar dalam yang dipakai dan seharusnya ditukar setiap hari untuk pastikan kebersihannya tidak lagi perlu dibasuh!
Inovasi terkini, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), HercLéon mendakwa berjaya mencipta seluar dalam menggunakan fabrik bebas kuman yang tidak perlu dibasuh berhari-hari, berminggu-minggu mahupun berbulan-bulan tanpa berbau busuk, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Syarikat itu dipercayai sedang giat mempromosikan koleksi seluar dalam ‘Kribi’ yang menggunakan material yang biasa ditemui pada produk seperti cadar dan stoking.
“Kami percaya masa depan pakaian adalah bebas basuhan atau dalam erti kata lain tidak perlu dibasuh menggunakan air dan sabun.
“Kami mahu mengajak manusia ke arah cara hidup lebih bersih, mesra ekologi dan menjimatkan masa,” kata satu kenyataan di laman web rasmi syarikat itu.
Fabrik antikuman itu digelar HercFiber dan dibuat daripada campuran buluh, pokok kayu putih, pokok beech dan tembaga.
Menurut pembuat fabrik itu, campuran bahan anti-bakteria membolehkan seluar dalam Kribi dipakai selama beberapa hari dan hanya perlu dikibas ke udara untuk membersihkannya.
“Seluar dalam kami sesuai untuk semua aktiviti seharian dan membantu menjimatkan sesi basuh pakaian,” syarikat itu.
Baca Lagi Di Sini:
6 Tips Memilih Seluar Dalam Wanita, Cari Yang Tepat Kalau Tak Nak Punggung Melebar!
Doktor Dedah Bengkung Perosak Organ Dalaman, Bahaya Pakai Setiap Hari!
MW:Macam-macam hal. Tak dapat bayangkan seluar dalam yang dipakai setiap hari tidak ditukar ganti.
Sumber: Kosmo