“Syarat utama saya beritahu Wany ialah labuhkan tudung. Itu paling utama” begitulah ungkapan dari suami kepada penyanyi popular Wany Hasrita, Mohd Al-Adib Fahmi Harun apabila diaju soalan untuk isterinya meneruskan karier seni.
Sebelum ini, Wany Hasrita, 30, selamat bernikah dengan lelaki pilihannya Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
“Syarat Utama Saya Beritahu Wany Ialah Labuhkan Tudung.”
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Mohd Al-Adib akui sudah bersedia menjadi seorang suami kepada selebriti dan harungi hidup ‘glamor’.
Ads
“Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja.
“Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam ‘reverse psychology’ sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan?
“Apapun, syarat utama yang saya beritahu dia ialah labuhkan tudung. Itu paling utama. Untuk masak pula, zaman sekarang sudah berubah dan banyak kemudahan untuk mendapatkan makanan,” ungkapnya.
Mohd Al-Adib juga menerangkan dia begitu tertarik dengan sikap Wany yang tidak suka merungut apabila ditimpa masalah dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.
Dek kerana itu membuatkan hatinya tertarik sehingga jatuh cinta.
“Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain,” sambung Mohd Al-Adib.
2 biji tayar kena curi, gadis nasihat hati-hati parking kereta di KTM Teluk Pulai. Kasihannya apabila tayar dicuri di tempat letak kenderaan, apatah lagi insiden ini berlaku di malam hari ketika diri seorang diri. Pastinya rasa panik dan tak tahu apa yang perlu dilakukan.
2 Biji Tayar Hilang Dicuri
Dalam video perkongsian di Tiktok mspetite, gadis ini menuju ke keretanya dan sangat terperanjat apabila 2 biji tayarnya hilang dicuri tempat letak kenderaan tersebut.Kejadian kecurian tayar tersebut dikatakan berlaku di Stesen Keretapi Teluk Pulai, Klang.
Ramai Kena Curi Tayar
Menurut gadis ini lagi, kes kecurian tayar ini bukan kejadian kali pertama. Ramai yang pernah mengalami insiden ini di kawasan ini.Malah turut menasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila ingin meletakkan kenderaan.
Gadis ini juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang kampung yang datang membantunya dalam kejadian tersebut.
“Terima kasih orang kampung yang datang tolong, diorang cakap hari sebelumnya ada kereta Axia pun kena juga kat sini,” ujarnya.
Selain itu, diruangan komen, ada yang turut menasihatkan supaya membeli ‘special lock nut’, pasang sebiji setiap tayar.Ia bagi mengelakkan kejadian curi tayar ini mudah berlaku.
“Beli special nut, pasang sebiji setiap tayar. ade duit lebih pasang setiap tayar. tools bukak special nut tu simpan dalam kreta. senang nak cari.
Mingguan Wanita: Semoga menjadi peringatan juga buat kita supaya meletak kenderaan ditempat lebih selamat dan terang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sebegini berlaku.
Buah Avokado atau alpukat merupakan buah yang sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta mineral. Buah ini juga mengandungi nutrisi asid folik yang sangat bagus untuk wanita hamil dan perkembangan bayi didalam kandungan. Rasa buahnya yang lemak berkrim, sangatlah sedap jika dibuat jus. Jika selalu beli jus ini, apa kata cuba buat sendiri pula.
Berikut merupakan perkongsian daripada Lin Chalo, Jus Alpukat yang menjadi kegemaran seisi keluarga beliau.Hanya perlu beli buah avocado dan buat sendiri je.
4. Tambah sikit air sejuk. Lepas tu kisar la sambil selawat kepada Rasul. MasyaAllah.
5. Minum dengan hepi!
InsyaAllah akan dapat alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir rm10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.
Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.
Selama ini kita bayangkan duit palsu itu cuma melibatkan wang RM50 dan RM100 saja kan, rupa-rupanya ada juga duit RM20 yang dipalsukan. Menyimpan apatah lagi mengguna wang palsu ini jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara.
Sebab itu, Zuraida Abd Manaf cepat-cepat buat laporan polis bila dia tersedar yang baki wang dalam dompet yang diterima dari sebuah kedai runcit ada yang duit palsu.
6 Cara Ini Bezakan Duit Betul Dan Duit Palsu
Kadang-kadang pergi kedai runcit atau pasar tak perasan duit yang kita terima adalah PALSU. Selalu baca info orang lain yang kena duit RM50 & RM100.
“Semalam balik rumah baru perasan aku dah pun terima duit RM20 palsu. Nampak semua samakan? Ini perbezaannya.”
1) Terdapat LINE MERAH kiri dan kanan. Duit original tak ada line merah ya. Yang ada LINE OREN tu jugak. Line sebelah muka Agong tu pun tak ada garisan pemisah tau.
2) 3 line yang kilat-kilat tu tak ada bayang-bayang BNM20, diaorang lekat sticker kilat sahaja.
3) Gambar 20 & Agong tu lagi gelap dari yang original.
4) Kat kertas bahagian warna cream tu tak ada bayang-bayang Agong. Cuma nampak bayang-bayang hitam sahaja kalau diangkat kertas tu.
5) Rasa kertas tu memang lain dari yang original.
Ini Satu Lagi Cara Nak Kesan Duit Palsu
Sila Lapor Ke Balai Polis Dan Serahkan Wang Palsu
Tapi semua tu kita tak akan perasan kalau kita sendiri balik dari kedai/pasar nak cepat-cepat. Janji total kita terima balance tu betul kan.
Hati-hati semua, dah ramai yang terkena. Cuma mungkin belum sampai giliran kita saja lagi.
Pesan Zuraida lagi, “Buat sesiapa yang dah menerima wang palsu, sila tampil ke Balai Polis yang berdekatan untuk membuat laporan dan serahkan wang tersebut.”
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...