
Isi Kandungan
ToggleBaru saja melangsungkan pernikahan baru-baru ini, Syanie kini sudah tetapkan hati untuk berhijab.
Pelakon, pelawak dan ahli perniagaan ini turut memilih untuk berhijab serentak pada hari penuh sejarahnya dengan suami Zahril Hafiz Mohammed Nor.
Malah Syanie juga tersentuh hati dan terbuka untuk berhijab apabila keputusan tersebut disuarakan kepada suaminya sejak tahun lalu.
Syanie Berhijab, Kotakan Janji Saat Diijabkabulkan
Malah Syanie juga memberitahu dia berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan untuk berhijab.
“Ketika itu dia ada bertanya bila nak ke arah itu. Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.
“Cuma saya ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.
“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” katanya.
Baca Disini Juga:
Selamat Bernikah, Syanie Akui Bukan Senang Buka Hati Selepas Dua Kali Perkahwinan Terlerai

IBU Tidak Putus Berzikir & Lakukan Solat Sunat, 7 Jam Syanie BERTARUNG NYAWA Jalani Pembedahan
Menjaga Batas & Maruah Suami
Tambah peserta program Masterchef Selebriti musim kedua itu, dia harus menjaga batas dan maruah suaminya.
“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong,” luah Syanie yang bakal menjalani penggambaran Hantu Kuat Ketawa arahan Mawi tidak lama lagi .
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Arwah Sangat Manja Seolah Beri Petanda”, 9 Tahun Menunggu Zuriat Wanita Reda Anak Lemas Bersama Bapa

Isi Kandungan
ToggleArwah sangat manja seolah beri petanda, 9 tahun menunggu zuriat wanita reda anak lemas bersama bapa. Diuji lewat diberikan zuriat tidak pernah mengurangkan kasih sayang suami isteri ini.
Allah mengatur kehidupan keduanya dengan sangat baik kerana selepas 9 tahun menanti kelahiran Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith disambut penuh kegembiraan dan ditatang penuh kasih sayang. Namun takdir dan ujian tertulis lagi. Belum cukup membesarkan anak dan melihat dirinya membesar, ujian datang.
Kali ini penuh besar dan cukup menguji apabila anak tunggal kesayangan ramai ini diuji lemas di dalam tali air. Bukan seorang diri tetapi juga bersama bapa, Azmi Abdullah berusia 78 tahun yang dikatakan cuba menyelamatkan Ziyaff Mikhail yang dikatakan tergelincir di kolam di Permatang Berangan, Pinang Tunggal (kolam tinggal belakang IKA Taman Kempas).
Arwah Sangat Manja Seolah Beri Petanda
Memetik laporan Harian Metro, jenazah keduanya telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal.

ibu kepada bayi berusia setahun tujuh bulan itu, Zarina Azmi, 34 memaklumkan yang anaknya, Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith sangat manja pada hari berkenaan dan hanya ingin bersama sehingga bapanya, Azmi Abdullah datang untuk membawanya berjalan-jalan sekitar jam 5 petang.
“Semalam, anak duduk seharian dengan saya. Dia manja dan peluk saya sebelum ayah saya datang ambil dia kira-kira jam 5 petang.
“Tak lama kemudian, saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak saya ditemukan lemas di kolam berhampiran restoran itu,” kata.


9 Tahun Menunggu Zuriat Wanita Reda Anak Lemas Bersama Bapa
Namun, apabila mendapati datuk dan cucu berkenaan tidak pulang ke rumah, suaminya, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35, telah keluar mencari mereka sekitar jam 7 petang sebelum mendapat khabar menyedihkan itu.
Difahamkan, Ziyaaf Mikhail adalah anak tunggal mereka selepas menanti selama 9 tahun untuk mendapatkan cahaya mata.
“Sembilan tahun saya tunggu untuk dapatkan dia,” katanya.
Adik kepada Azmi Abdullah, Yusof Abdullah, 60 menyatakan yang kali terakhir bertemu arwah adalah bulan lalu. Dia sedia maklum bahawa abangnya memang kerap meluangkan masa bersama cucu memandangkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sedang bekerja.
“Arwah pencen sebagai tukang kebun sekolah dan sejak itu, dia banyak menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucunya.
“Memang menjadi rutin hariannya membawa cucunya itu meronda pada petang dengan menunggang motosikal memandangkan ibu dan bapa kanak-kanak itu bekerja,” katanya.
Menurut daripada kenyataan beberapa pihak, Azmi dikatakan cuba menyelamatkan cucunya yang turun dari motosikal dan meluru ke arah kolam sebelum terjatuh. Namun apakah daya, kedua-duanya telah lemas dalam kejadian tersebut.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bertukar Nyawa Di Hari Kemerdekaan, Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak
Gadis Lemaskan Anak Sendiri Dalam Mangkuk Tandas, Banduan Akhir Menangis Dibebaskan
Bayi Lelaki LEMAS, Terlepas Daripada Pegangan Ayah Ketika Berkayak Di Sungai
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Boleh dakwa suami kalau perdaya isteri dalam perkahwinan. Ramai isteri tak sedar hak mereka..
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beza Adik Beradik ‘Betul’ Vs Tiri, Mahram Dengan Bukan Mahram, Jangan Salah faham!

Rupanya masih ada lagi yang salah faham tentang adik beradik betul dengan adik beradik tiri. Kalau dari mak dan ayah yang sama dah tentulah ia adik beradik kandung. Tapi macam mana nak tahu adik beradik tiri pula.
Jangan ambil mudah perkara ini sebab ada kaitan dengan mahram dan bukan mahram, boleh berkahwin atau tidak boleh berkahwin.
Hayati perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus tentang beza adik beradik betul dengan tiri.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Mak Pesan Bila Meninggal, Bahagikan Harta Pada Adik,” TIDAK SAH, Tetap Ikut Faraid
Adik Beradik Susah, Senang Sekalipun, Bantulah Gembirakan Mereka, Inilah ‘Kunci’ Rezeki Kita Luas
Jangan DIPERLI Keluarga Ramai Berkumpul Tapi Tidur ‘Homestay’, Bukan Berlagak, Jaga Aurat!
Info Lebih Menarik DI SINI
Adik Beradik Betul Dari Mak Atau Ayah Yang Sama
Dalam perkongsian video ini ustaz Azhar Idrus mengatakan ada 4 jenis adik beradik yang boleh kita bezakan.
1. Adik beradik kandung – Bila mak dan ayah yang sama.
2. Adik beradik satu ayah – Bila ayah yang sama dan mempunyai dua isteri. Hanya mak yang lain.
3. Adik beradik satu mak – Bila mak kahwin ramai..kahwin dan cerai. Setiap bekas suami ada anak.
Kesemua adik beradik (1-3) ini adalah mahram, tidak sah kahwin dan tak batal air sembahyang, tidak wajib tutup aurat (rambut).
4. Adik beradik, mak lain ayah lain – Bila mak kahwin dengan suami yang ada anak. Mak ada anak dan suami baru ada anak. Inilah yang dipanggil adik beradik tiri.
Mingguan Wanita: Baru tahu dan faham. Ingatkan adik beradik tiri bila mak kita kahwin dengan suami lain, ada adik hasil bersama suami baru, dipanggil adik beradik tiri. Salah rupanya.

Sumber: @mamawanie (tiktok)
@mamawanie_ Reply to @amnariduan #semogabermanfaat ♬ original sound – Mama Wanie
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kembar Lahirkan Anak Perempuan Selang 90 Minit Pada Hari Lahir Mereka

Isi Kandungan
ToggleSepasang kembar dari Tennessee telah menyambut kelahiran anak perempuan masing-masing pada hari yang sama. Tarikh ini merupakan hari lahir ke 33 tahun mereka berdua.
Amber Tramontana dan Autumn Shaw berada di bilik bersebelahan di Pusat Perubatan Wilayah Fort Sanders di Knoxville ketika mereka melahirkan anak. Usia anak-anak mereka hanya beza selang 90 minit sahaja.
Seperti yang diceritakan oleh Amber Tramontana yang menetap di West Knoxville, kepada Good Morning America, sewaktu kembarnya Autumn Shaw sedang melahirkan anak di bilik sebelahnya, dia dapat mendengar bunyi tangisannya.
“Suami saya mengetuk dinding bilik mereka sebagai cara untuk mengucapkan tahniah. Sembilan puluh minit kemudian, saya melahirkan anak dan mereka pula mengetuk dinding bilik kami.”

Amber dan suaminya Jim menyambut ketibaan Blakely James pada pukul 6 petang. Blakely mempunyai berat 7 pauns, 2 auns.
Manakala Autumn dan suaminya Scott menamakan gadis kecil mereka Charleston Scott. Charleston dilahirkan dengan berat 9 pauns, 4 auns.
Kemungkinan Kejadian Sekitar 1 Dalam 150,000 Kelahiran
Berkongsi ulang tahun yang sama dengan ibu mereka, Charleston dan Blakely disambut kelahirannya ke dunia oleh doktor yang sama, Dr. George Vick.

Kemungkinan kejadian seperti itu dianggarkan sekitar satu dalam 150,000 kelahiran. Kedua bayi perempuan comel ini dilahirkan pada 29 Oktober. Kebetulan pula tarikh itu adalah ulang tahun ke-33 Amber dan Autumn.
Amber Tramontana lebih tua dua minit daripada Autumn Shaw. Kedua-dua saudara kembar perempuan itu turut mempunyai anak pertama mereka dua tahun yang lalu.
Anak lelaki mereka dilahirkan hanya dalam jarak 10 minggu dan mempunyai berat dan tinggi yang sama.
Baca Sini:
Anak Rakam Tahun-Tahun Akhir Ibu Hidap Demensia Dalam Projek Foto Unik
Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
Hebatnya! Ibu & Anak Perempuan Lakar Sejarah Terbangkan Pesawat Komersial Bersama-Sama
Semua Perkara Dilakukan Bersama-Sama
Autumn dan Amber telah menghabiskan hidup mereka untuk melakukan semuanya bersama dan nampaknya kelahiran anak tidak terkecuali.
Pasangan itu berharap keluarga mereka memiliki hubungan yang rapat tetapi tidak pernah menyangka ini yang akan berlaku.


Amber berkata, ‘Kami mahu anak-anak kami mempunyai pengalaman yang sama seperti kami membesar. Itulah sebabnya kami mahu mempunyai anak yang tidak jauh umurnya.
“Tetapi kami tidak merancang bahawa ini akan menjadi dekat.”
Autumn mengatakan bahawa dia dan Amber tidak merancang untuk hamil pada masa yang sama. Dia bergelut dengan masalah ketidaksuburan setelah melahirkan anak lelakinya.

Autumn hanya menyedari bahawa dia dan kembarnya itu sama-sama hamil hanya beberapa bulan selepas dirinya keguguran pada Hari Krismas 2019.
Sumber/Foto: ABC News / Daily Mail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI