Ketika bekas isterinya sudah dikhabarkan bertemu pengganti, Keith Foo antara insan yang paling gembira mendapat tahu hal berkenaan.
Baginya, biarpun sudah berpisah dengan bekas isteri, Kim Raymond sejak hujung tahun 2019, kebahagiaan bekas isterinya selain anak mereka, Skylar Raymond Foo, tetap jadi keutamaan.
Pelakon kacak ini juga akui kini dia selesa dengan kehidupan terkini dan rasa tumpang gembira apabila bekas isteri sudah bertemu dengan pengganti.
“Saya pernah beritahu dekat dia (bekas isteri) yang saya tumpang gembira dengan kehadiran pengganti dalam hidupnya. Saya harap yang terbaik untuk dia.
“Malah pada satu tahap kalau dia nak pergi berdating dan saya ada masa lapang, anak kami boleh saya tolong jaga.
“Cuma saya saja belum ada pengganti. Saya pun selesa dengan keadaan begini buat sementara waktu. Saya terbuka untuk bercinta cuma belum masanya. Anak pun sudah isi kekosongan hati saya,” kata duta produk suplemen kulit Crystal C White itu.
Bagi Keith atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, dia dan bekas isterinya selesa dengan hubungan baik terjalin selepas berpisah.
“Pada akhirnya kami ada anak. Tak pernah timbul nak kembali kepadanya pun. Saya dan dia pun selesa dan lebih positif dengan hubungan selepas berpisah. Buat apa nak ubah sesuatu yang sudah menggembirakan.
“Memang ada yang tanya kenapa perlu berpisah sedangkan masih boleh baik bersama. Persoalan itu bersifat subjektif. Perpisahan (perceraian) mungkin dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Tapi jika ia baik untuk keseluruhannya, maka itulah pilihan yang ada.
“Kalau bertahan dalam hubungan yang tak sihat pun ia akan beri kesan buruk kepada anak kami. Malah berpisah ini buat kami jadi lebih positif.
“Saya dan bekas isteri sepakat nak jaga anak kami sebaik mungkin. Ibarat anak takkan rasa yang ibu bapanya sudah berpisah biarpun belum cukup besar untuk memahami semua yang berlaku. Anak pun tak sunyi dan tak rasa terpinggir,” katanya.
Pelakon kacukan India, Cina itu mengakui kesunyian itu mula datang menerpa.
“Sebab itu saya sibukkan dengan kerja lakonan. Saya pun nak aktif dan ‘all out’ dalam dunia seni tahun ini. Selain itu saya aktif juga dalam kerja amal dengan St John Ambulance Malaysia Negeri Sembilan. Saya sampai jadi ketagih nak beri sesuatu bermanfaat untuk masyarakat.
“Cara sebegitu buat saya lupakan rasa sunyi. Kalau saya tak buat apa, mungkin akan murung dan negatif. Saya kena ubah minda untuk gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Saya pun rajin bersenam dan buat aktiviti kecergasan.
“Kalau saya larut dengan rasa negatif termasuk sunyi, apa akan jadi pada anak. Saya kena ubah diri jadi lebih baik daripada sebelumnya,” katanya yang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, Keith sempat melunaskan baki penggambaran drama 22 episod, Yang Bakal Mati Ramadan Ini untuk siaran Awesome TV.
Ibu ini, Qisha Qaisara Adishahputra bersyukur dengan kerajinan anak perempuannya, Princess Eysha yang dipanggil kakak. Setiap pagi bantu ibunya yang sedang berpantang dalam PKP. Kemas rumah, siap mop lantai. Dan tolong ibu, jagakan adiknya itu.
Tak pula merungut, malah melakukan dengan rela. Beruntung ibunya. Ketika MW menghubungi, kongsi ibunya kakak sudah dibiasakan membantunya sejak usia 4 ke 5 tahun.
“Dari umur itu dia dah mula tolong syaa kat dapur. Dia selalu tolong saya. Dan saya suka suruh dia join buat kerja rumah.
Mula-mula ramai orang cakap saya hambakan anak, tapi Alhamdulillah sekarang anak semua yang buat kerja (ketika ini ibunya dalam berpantang bersalin).”
Dan inilah posting ibu yang menyentuh hati ramai orang.
“Selama 9 hari mommy pantang yang uruskan rumah dan uruskan adik-adik dan uruskan mommy, kakak Princess Eysha.
Walaupun umur kakak baru 11 tahun. Mommy sangat bertuah adanya kakak. Hilang sakit mommy masa bersalin kan kakak.
Kalau takda kakak macam mana lah mommy agak nya. Berpatang dalam PKP ni.. Dengan rumah semua, setiap pagi kakak kemas. Setiap pagi kakak mop. Suapkan nasi untuk adik. Jaga kan baby bila mommy mandi. Rebuskan air untuk mandian herba untuk mommy. Macam tak percaya kakak buat semua ni.
Mommy menangis sebab terharu. Masa mommy umur sebaya kakak semua benda ni mommy tak tahu nak buat lagi. Stress mommy hilang bila tengok rumah sebersih ni. Tandas atas bawah semua kakak cuci. Kalau rumah ni kecik macam rumah lama mommy tak kisah sangat. Ni rumah ni besar kakak.. Kakak buat sorang-sorang.
Sofa 3 kali seminggu kakak lap. Takut habis berhabuk.. Ya Allah aku bersyukur kau hadir kan zuriat sebaik ini.. Yang mana selalu bersama kakak akan tahu macam mana perangai kakak Eysha.. rajin nya tak boleh bawa bincang.”
Alhamdulillah tq juga daddy pantang mommy cakap sakit situ sini terus sediakan ubat kecut kan rahim.. Ya allah kau hadirkan anak-anak dengan suami yang sangat memahami aku.. Mommy dalam pantang anak-anak dan suami layan macam permaisuri sudah.”
Menyedari kepentingan pelitup muka dalam memerangi pandemik COVID-19 yang semakin mengganas, selebriti popular Izzue Islam bersama pasukan Neutrovis telah menyerahkan 10,000 kotak pelitup muka untuk golongan susah.
Sebagai duta pelitup muka Neutrovis, Izzue, 30, mengaku rasa berbesar hati apabila terlibat dalam program amal yang sangat bermakna baginya.
“Program amal ini sangat bererti buat saya. Keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila dapat berbakti kepada masyarakat.
“Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi saya, dalam norma baharu ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian.
“Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yang sedang jatuh.
“Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang,” ujarnya lagi.
Anak kelahiran negeri Kelantan ini merupakan antara artis yang sering terlibat dalam kerja-kerja amal. Semoga menjadi contoh kepada masyarakat.
Penyumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA (Medical Device Authority) bernilai RM 350,000.00 disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan petugas barisan hadapan.
Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota barisan hadapan dan golongan B40.
Malah Izzue bersama Datuk KK Chua telah menyumbangkan 10,000 kotak pelitup muka kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Kamaruddin.
Raih 11A+ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), anak penjual pisang goreng dan laksa buat ramai rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai sebagai seorang pelajar.