Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Isteri Kedua HAMIL, Anggap Perkahwinan Salah Satu Jalan Taubat

Share

Kemelut rumahtangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof,38 dan Puteri Sarah Liyana masih belum berkesudahan. Terbaru Pengarah Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri keduanya, Ira Kazar sedang berbadan dua. Syamsul ketika ditemui bagaimanapun menjelaskan, segala khabar angin yang bertebaran adalah satu fitnah.

“Tidak. Itu adalah fitnah. Begitulah kehidupan saya setiap pagi, saya minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada yang bertanya Syamsul itu dan ini. Saya pun jawab apa pula kali ini?

“Saya tak tahulah. Tapi kalau orang itu (Ira) mengandung, Alhamdulillah. Apa yang tak boleh? “Jadi jujur saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya akan maklumkan. Tapi kalau nak cakap sebegitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sajalah. Doakan yang baik-baik, tapi tiada (mengandung),” katanya.

Doakan Jadi Suami Adil & Baik

Terdahulu, Syamsul melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.

Menurut Syamsul, dia reda apabila dirinya tidak berhenti ditimpa pelbagai ujian dan fitnah termasuk ada yang ingin memboikot filem arahan dan terbitannya.

“Berkenaan saya mampu atau tidak beristeri dua, doa sajalah saya boleh jadi suami yang baik dan adil. Kita kahwin ini pun adalah salah satu jalan taubat. Jadi nak kata apa, katalah.

“Seperti rezeki mahu boikot filem saya, jujurnya ada rasa sedih juga tapi saya seorang yang mudah. Saya percaya rezeki dari Allah. Kalau Allah bagi rezeki, alhamdulillah. Orang boikot ada sebab dan saya bersyukur.

“Saya sudah melalui banyak fasa. Saya hadapi sajalah,” katanya.

Fail Permohonan Nusyuz

Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Antaranya alasan yang diberikan adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Mesti Baca:‘Mentua Prihatin’ Kediaman Datuk Yusof Haslam Ubah Jadi Mini Studio DEMI Puteri Sarah, Cucunya
Baca Lagi Di Sini:Puteri Sarah Ajar Wanita Kena Jadi Bijak, Pasang Peguam “Untuk Tutup Mulut Orang Suka Menyalak”


Artikel Menarik:“Saya Berharap Hari Ini Akan Bermula Buku Baharu Dalam Hidup,” Puteri Sarah

Mingguan Wanita: Apa pun keputusannya, semoga kedua-duanya menemui jalan penyelesaian sebaiknya untuk semua pihak.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab