
Akhirnya terlerai jua desas desus mengenai hubungan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel apabila mereka memilih mengumumkan majlis pertunangan menerusi laman sosial, Instagram.
Sebelum itu, kedua-dua penyanyi popular tanahair ini telah memberi bayangan mengenai perhubungan mereka bulan lepas, mereka akhirnya telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana, pada petang sabtu.
Seperti mana yang dipetik menerus Sinar Plus, Ernie, 28, mengakui majlis yang diadakan secara tertutup selepas waktu Zuhur itu hanya dihadiri kaum keluarga sahaja.
“Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan privasi dengan kehadiran kaum keluarga sahaja. Malah kawan-kawan pun tak ada yang hadir kerana kami lebih selesa begitu.
“Persiapan juga diadakan seringkas mungkin dengan bantuan perancangan perkahwinan,” ujarnya.
Datuk Shafinaz & Ernie Zakri Ikon Seni Dua Generasi
#HakakCuba Challenge: Datuk Syafinaz Selamat & Ernie Zakri Battle Teka Lagu!
Dijangka Kahwin Tahun Hadapan
Pada majlis tersebut juga Syamel telah menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang daripada pihak Ernie.
Menyambung hal perkahwinan pula, Ernie berkata, belum ada tetapan tarikh setakat ini, namun majlis dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

“InsyaAllah kami akan disatukan tahun hadapan. Cuma bila itu belum ada tetapannya lagi. InsyaAllah selepas semua telah pasti menerusi perbincangan kedua-dua belah keluarga, kami akan kongsikan butirannya,” luahnya.
Ernie juga akui Syamel sememangnya mempunyai ciri-ciri suami idamannya, antaranya menghormati kedua-dua ibu dan bapa.

Sumber/Foto: : Instagram Ernie Zakri dan Instagram Syamel
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cukur Hanya 2 Kali Setahun, Model Wanita Bangga Tayang Bulu Ketiak!

Isi Kandungan
ToggleBagi kebanyakan orang, bulu ketiak merupakan perkara peribadi yang melibatkan kebersihan dan penampilan diri. Ia perlu dicukur dan dirapikan selalu. Namun sungguh tak dapat dibayangkan dengan hanya bercukur dua kali setahun, bulu ketiak dibiarkan panjang dan dengan bangganya ‘menayang’ dan memperagakannya pula.
Penampilan Unik
Seorang model wanita membuat penampilan unik setiap kali memperagakan koleksi busana baharu iaitu dengan menayangkan bulu ketiaknya yang didakwa hanya dicukur dua kali setahun.
Nikki Serenity, 24, dari St. Louis, Missouri, memberitahu dia tidak lagi ‘boleh membayangkan dirinya bersih dengan mencukur’ selepas membuat penampilan ‘berani’ itu menerusi pelbagai sesi bergambar dalam lebih 55 majalah fesyen.
Nampak Lebih Cantik & Berkeyakinan
Jelas Serenity, dia mula menunjukkan ‘kelebihannya’ sejak berusia 19 tahun, namun ada jurugambar yang enggan bekerja dengannya kerana beranggapan gayanya di luar norma.
“Saya mula membiarkan bulu ketiak saya panjang selepas melihat beberapa model membuat penampilan begitu.
“Saya berpendapat mereka kelihatan cantik dan lebih berkeyakinan, maka saya juga ingin membuat perkara yang sama,” katanya seperti yang dilapor Daily Mail.
Tak Cukur Bulu Kaki
Model wanita itu juga memaklumkan, dia tidak lagi mencukur bulu kaki seperti yang dilakukan kebanyakan wanita.
Katanya, dia memahami ada sesetengah pihak kurang selesa dengan penampilannya, namun dia menegaskan sering menjaga kebersihan bagi memastikan penampilannya kemas.
“Saya tidak kisah jika ada yang menganggap bulu ketiak saya ini menjijikkan, ini badan saya dan saya akan lakukan apa yang saya suka.
“Mungkin saya kehilangan beberapa tawaran bekerja, namun saya percaya pasti ada pihak yang yakin dengan penampilan ini,” ujarnya.
Baca Lagi Di Sini:
8 Isteri Akui Suami Paling Penyayang, Bahagia Tinggal Serumah!
Kerjaya ‘Penunggu Profesional’ Sanggup Beratur Panjang Berjam-jam Demi Upah Lumayan!

Mingguan Wanita: Aduhai, yakinnya tayang bulu ketiak ketika menjadi model.Macam-macam hal.
Sumber: Utusan
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri MAUT Ditembak Suami Lebih 5 Das Pada Jarak Dekat Di Muka!

Isi Kandungan
ToggleIsteri MAUT Ditembak Suami Lebih Lima Das Pada Jarak Dekat Di Muka!Entah apa masalah mahupun pertelingkahan yang berlaku, seorang suri rumah maut selepas ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal di Simpang Empat di sini, hari ini.
Tembak Lebih 5 Das Jarak Dekat
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 pagi di dalam bilik di kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.
“Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya yang dikenali sebagai Safsufarnisya Salleh yang berusia 27 tahun.
“Suspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini.

Suspek Hanya Mendiamkan Diri
Katanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu bertempiaran lari meninggalkan rumah.
“Bapa mentua suspek kemudian menelefon abang ipar suspek untuk memaklumkan kejadian sebelum menghubungi polis.
“Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada 7.26 pagi kemudian bertindak pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.
“Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri bagaimanapun gagal apabila suspek hanya mendiamkan diri dalam rumah berkenaan dan apabila polis berjaya memasuki rumah berkenaan, didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya,” katanya.
Yusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.
“Beberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai berhampiran katil dimana mayat mangsa ditemui.
“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat,” katanya.
Masih Menyiasat Motif Pembunuhan
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan kerana didapati tidak berlaku sebarang pergaduhan atau pertikaian antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
“Siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.
“Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di IPK Perlis,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa setiap anggota polis boleh membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kangar, esok untuk perintah reman.
Mesti Baca:Enggan Rujuk Semula Dengan Bekas Suami, Wanita Mati Dibunuh!
Baca Lagi Di Sini:Hinanya Pengakhiran Seorang Mak, Dibunuh Anak Sendiri & Dihumban Dalam Tangki Najis!
Mingguan Wanita: Kejam sungguh lebih 5 das tembakan dilepaskan dalam jarak dekat. Semoga mendapat pembalasan setimpal.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Bersalin Kulit Meregang, Rahim Kembang Lagi Terkejut Lihat Wajah Sendiri Depan Cermin – Nina Ismail Sabri

Isi Kandungan
ToggleSebaik melahirkan mana-mana wanita pasti akan melalui situasi yang dialami isteri pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri.
Melihat perubahan diri selepas bersalin, buatkan ibu baru susah hati. Sebab badan tak lagi macam dulu. Macam-macam bermain di fikiran ibu, sedih malah kecewa. Dengarlah nasihat Nina sebab anda akan rasa lebih lega.
Rupanya, Nina juga lalui hal yang sama selepas melahirkan puterinya Jeanelle Nika Mandagie. Bagaimana dirinya menjadi positif, dikongsikan dalam catatan peribadinya di instagram miliknya.
“I’ve been wanting to write this for quite sometime now, tapi tak sempat because @princessmandagie has taken most of my time and the other half goes to the baby tua @jmandagie when he comes back from work.”
Jangan Terkejut Bila Tengok Diri Sendiri Depan Cermin
Perkongsian ini Nina sediakan untuk ibu-ibu muda dan mereka yang bakal melalui momen bergelar ibu suatu hari nanti. “Rasanya penting untuk saya kongsikan dengan anda.”
“Manalah tahu belum ada yang beritahu anda tentang hal ini. Sebaik saja melahirkan, anda janganlah terkejut atau berasa susah hati. Lagi-lagi bila tengok diri sendiri dekat cermin.”
Jelas Nina, dia pernah sampai rasa nak menangis sebaik saja tengok diri sendiri di cermin.
“Your skin will stretch, and your uterus will still be swollen so you will look like you are about 2 months pregnant. Its ok your uterus will eventually shrink to its normal size in 4-6 weeks and so will your tummy eventually.”
Benarlah katanya itu, sebaik melahirkan wanita akan lalui hal ini. Kulit tak lagi setegang dulu, rahim mengembang. Dan itu buatkan diri kita nampak macam mengandung 2 bulan.
Tapi janganlah bimbang sebab rahim akan kecut kembali pada saiz normal selepas 4 – 6 minggu. Begitu juga perut ibu bersalin.
Yang penting, lakukan urutan dan senaman. “Mereka yang melahirkan pembedahan seperti saya. Perut kita pun akan mengembang dengan banyaknya.
“Ambillah masa. Ya, anda akan kecewa dengan tubuh anda sekarang. Tapi percayalah ia akan pulih kembali sebaik sampai masanya.
Pesan Nina lagi, dekatkan diri dengan mereka yang positif yang memberi motivasi pada ibu, iaitu “those who aren’t should just fly a kite’.
“Yang penting kena happy, makan yang sihat so your wound will heal faster. Sihat first, cantik will come eventually after that.
Bersalin Pembedahan Tidaklah Seteruk Disangka
Akui Nina, bersalin secara pembedahan tidaklah seteruk yang disangka. Mulanya dia bimbang juga. Apatah lagi, dia sendiri belum pernah merasai pengalaman diwadkan di mana-mana hospital.
“Nak kena injection pun takut! I was advised by my doctor to opt for C section because Jeanelle was on the big side and my pelvic isn’t.”
Jadi, dengarlah apa nasihat doktor anda. Tak perlu pertimbangkan pun bila doktor anda menasihatkan agar lalui kaedah bersalin secara pembedahan.
“Yang penting baby and you selamat. I know some mothers who gets upset and disappointed after a C section, don’t be because we should all be proud of our battle scar!”
Kalau Tak Keluar Susu, Jangan Rasa Susah Hati
Kalau selepas bersalin dalam minggu pertama, ibu hadapi keadaan tiada susu jangan pula berasa susah hati.
“Saya pun dalam minggu pertama tak keluar susu dengan banyak. Tapi yang penting baby kena kenyang so i gave Jeanelle formula first.
“Alhamdulillah my susu started flowing after the first week, i noticed that a lot of rest and when your mind is at ease you will get to produce more milk.”
Saya tahu ramai ibu yang kecewa. Lagi-lagi bila mereka gagal memberikan susu ibu pada bayinya pada minggu pertama selepas bersalin.
“Tapi kalau you stress, lagi susu tak akan datang. Kalau still tak ada juga then you can always give 50-50 breastmilk and formula, or kalau tak ada rezeki juga just give formula.
Remember a good mother feeds her child. Itu sahaja. Tak kisah formula atau breastmilk, yang penting baby kenyang and sihat.
Saya tak dapat nak kongsikan macam mana nak bagi banyakkan susu badan, tapi @lactomama nampaknya sangat berkesan serasi dengan saya.

“I drink a lot of chinese herbal soup too and that works for me as well. I’m new at this too, so everything is a try and error for me as well.”
Tolonglah Simpati Dengan Ibu Yang Lain
Akhirnya, pada mana-mana ibu yang menyalahkan ibu yang gagal memberikan susu ibu pada bayinya. Sedarlah, kena ingat agar sentiasa ada perasaan belas pada ibu-ibu lain di luar sana.
Setiap daripada kita ada perjalanan dan kisahnya sendiri. Apa yang berjaya untuk diri anda, belum tentu berjaya kepada mereka.
Sebab itulah, kelilingi diri anda dengan individu yang positif. Bagaimana anda mahu membesarkan anak, memberi anak makan, bagaimana cara berpantang dan bagaimana anda mahu melahirkan, semua itu terpulang pada diri anda sendiri.
Mereka boleh menasihati dan mana yang baik anda ikut. Tapi akhirnya keputusan akhir, yang terbaik untuk anda, anda jugalah yang tentukannya.
Cuma diri anda dan bayi saja yang tahu apa yang terbaik untuk kamu. Jika ada yang cuba mengarah apa sepatutnya anda buat, Jangan sampai ia memberikan anda tekanan. Pandang mata mereka dan ucapkan terima kasih.
“Take what you feel is good for you, and shove what you don’t like down the drain. Remember a good friend/family will advice, those who tries to force their advice down your throat are just those who try to tunjuk pandai.
“I am forever grateful to my mom and friends who have shared many tips and stories with me when i was pregnant, i was equipped with a lot of knowledge and that has made things easy for me to overcome many challenges and expectations as a new mother.
“You guys have been so supportive on my journey as a new mother. You know who you are, you guys are the best.”
Sumber/Foto : Instagram Nina Ismail Sabri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI