Hiburan

Syahrini sahkan hamil selepas 5 tahun kahwin

Share

Syahrini sahkan hamil selepas 5 tahun kahwin! Setiap pasangan yang mendirikan bahtera perkahwinan sememangnya menginginkan kehadiran anak sebagai pelengkap kehidupan suami isteri. Hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi popular Indonesia, Syahrini mengumumkan khabar dirinya bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut sekali gus nenjawab semua khabar angin tentang dakwaan Syahrini atau nama penuhnya Rini Fatimah Zaelani, 44, hamil sejak beberapa bulan lalu. Menurut penyanyi Indonesia itu, hasrat mereka untuk memiliki cahaya mata akhirnya tercapai.

Syahrini berkongsi khabar gembira itu menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya di mana dia memuat naik foto bersama suami tersayang, Reino Barack yang sedang memegang dan mencium perutnya. Khabarnya, usia kandungan  kini mencecah usia tujuh bulan.

“Bismillahirrahmannirrahim, kami mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan kini sudah menjadi kenyataan,” katanya.

Trimester Ketiga

Penyanyi itu juga turut meletakkan tanda pagar #7monthspregnant (tujuh bulan usia kehamilan) sekali gus memberitahu usia kandungannya sudah memasuki trimester ketiga. Namun begitu, Syahrini  tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai jantina bayinya yang merupakan antara menjadi tanda tanya ramai ketika ini.

Perkongsian tersebut seterusnya dihujani dengan ucapan tahniah daripada selebriti Indonesia dan Malaysia serta netizen.

Sebelum ini, khabar angin Syahrini didakwa hamil anak pertama bertiup kencang selepas beberapa foto yang menampakkan ‘baby bump’ tular dalam media sosial.

Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun sebelum mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjaya seninya.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

IKLAN