Perkongsian penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung kali ini begitu meruntun hati. Bila mana, ibunya sendiri diberikan hidayah mengucapkan dua kalimah syahadah.. selepas 14 tahun Firdaus memeluk Islam.
Penantian sekian lama itu tentunya momen paling manis buat Firdaus apabila beliau sendiri yang mengislamkan ibu kandungnya itu yang sebelum itu.
Peristiwa yang mengundang perasaan gementar dalam diri Firdaus ini dikendalikan di Multiracial Reverted Muslim (MRM)
Tulisnya,
Alhamdulilah Allahuakbar.
Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.”
MW : Alhamdulillah.. manis sekali perkongsian ini. Semoga ibu Firdaus Wong dipermudahkanNya dalam menjalani ibadah harian.
Sumber/Foto : Firdaus Wong Wai Hung