Perkongsian penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung kali ini begitu meruntun hati. Bila mana, ibunya sendiri diberikan hidayah mengucapkan dua kalimah syahadah.. selepas 14 tahun Firdaus memeluk Islam.
Penantian sekian lama itu tentunya momen paling manis buat Firdaus apabila beliau sendiri yang mengislamkan ibu kandungnya itu yang sebelum itu.
Peristiwa yang mengundang perasaan gementar dalam diri Firdaus ini dikendalikan di Multiracial Reverted Muslim (MRM)
Tulisnya,
Ads
Alhamdulilah Allahuakbar.
Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.
Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.
Ads
Firdaus Wong menitiskan air mata, mendakap ibu sebaik ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Selepas Syahadah Ibu.. Moga Ada Hidayah Untuk Yang Lain
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Ads
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.”
MW : Alhamdulillah.. manis sekali perkongsian ini. Semoga ibu Firdaus Wong dipermudahkanNya dalam menjalani ibadah harian.
Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv.
Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul Telur Dengan Lebih Lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis Telur Yang Telah Dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan Sedikit Air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah Perahan Limau Nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan Serbuk Penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pilu hati seorang ibu apabila melihat rakaman CCTV anaknya ditendang, ditampar dan rambut ditarik. Ia merupakan tindakan kejam yang dilakukan oleh pengasuh wanita terhadap seorang kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang.
Ditampar & Pukul Guna Pembaris
Lebih memilukan, rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.
Rakaman CCTV mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak petang tadi.Bapa kepada kanak-kanak terbabit yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak sanggup melihat rakaman video daripada CCTV memaparkan anaknya didera.
“Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.
“Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali,” katanya dalam nada sebak ketika dihubungi, hari ini.
2 Kali Anak Jadi Mangsa Dera
Bapa kepada kanak-kanak itu turut mendakwa sudah dua kali anaknya menjadi mangsa dera di taska berkenaan sejak Mac lalu.
Katanya, kejadian pertama dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kesan lebam di bahagian tangan anaknya sebaik diambil daripada taska berkenaan.
“Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru (pengasuh) namun mengubah mengatakan dipukul rakannya.
“Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.
“Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit,” katanya.
Kesan Luka Pada Ubun-Ubun Anak
Menurutnya, semalam, sebaik menjemput anaknya di taska itu, isterinya mengusap ubun-ubun anaknya dan terkejut melihat ada kesan luka di kepala anaknya itu.
Katanya, dia bertanya kepada pihak taska namun mereka tiada jawapan mengenai kesan luka itu dan meminta untuk memeriksa CCTV di taska berkenaan sebelum melihat rakaman anaknya didera.
Bapa kepada kanak-kanak itu sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, anaknya kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mengenal pasti kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.
Mingguan Wanita: Melampau sungguh, sanggup memukul anak kecil sehingga begini. Menjadi pengasuh, memegang amanah mak ayah menjaga anaknya dengan baik. Jika tak cukup bersikap penyabar, jangan bekerja dalam bidang ini.
Latto Latto, barang mainan kanak-kanak ini merupakan senjata berburu pada zaman koboi.
Pernah lihat latto latto? Mainan ini menjadi popular di kebanyakan negara Asean kerana ia mengeluarkan bunyi menarik selepas kita mula memusingnya.
Diperbuat dari plastik dan diikat dengan tali di bahagian atasnya, keduanya akan mula berlaga dan mengeluarkan bunyi yang menyeronokkan apabila bertembung.
Namun awas, ia bukan permainan selamat kerana tersalah memusing, dahi anak akan benjol bertelur.
Inilah latto latto yang dijual serendah RM3 di platfrom beli belahDahi bertelur bila terkena latto latto ini. Lebih kuat berpusing lagi besar lebamnya
Dijual serendah RM2.48 sen hingga RM8 di platform beli belah terkemuka Shopee, ini sejarah Latto Latto yang mak ayah kena tahu. Pernah popular sekitar tahun 90-an, kini mainan ini kembali viral selepas banyak terjual.
Barang Mainan Kanak-Kanak Ini Merupakan SENJATA Berburu Pada Zaman Koboi
Disebut Latto Latto di sini tetapi di negara luar ia dikenali juga sebagai Clackers, Click-clacks, Knockers, Ker-Bangers dan Clackers.
Harus diingat, barang mainan ini merupakan senjata berburu koboi pada zaman dahulu dan sejarahnya bermula di Argentina. Ia biasa digunakan untuk berburu Llama yang merupakan haiwan yang mudah ditemui di Amerika Latin.
Para koboi akan melemparkan lattto-latto ini ke arah leher binatang buruan sebelum menangkapnya
Dari carian sejarah, permainan sudah ada sekitar tahun 60-an tetapi ketika itu ia diperbuat dari kaca namun mudah pecah, besi dan lain lagi sebelum menggunakan plastik keras seperti hari ini.
Latto-latto r pernah muncul di anime Jojo’s Bizarre Adventure sebagai senjata. Senjata Joseph Joestar yang boleh membunuh.