Syafie Naswip Nikah. Tahniah diucapkan buat pelakon Syafie Naswip dan pasangannya, Nurafiqah Ishak yang telah selamat diijabkabulkan di sebuah dewan di Putrajaya, pagi tadi.
Pemilik nama sebenar Muhammad Syafie Naswip telah menyerahkan mas kahwin RM300 dan duit hantaran sebanyak RM15,000.
Bagaikan satu kejutan buat peminat, Syafie akui dia sebenarnya tiada niat untuk merahsiakan pernikahan dengan isterinya.
Syafie Naswip Nikah
Rupanya sudah dua tahun Syafie menjalin hubungan dengan isterinya. Hanya orang yang terdekat ketahui tentang hal tersebut.
Ads
“Semakin menginjak dewasa saya rasa lebih elok jika hanya orang terdekat saja yang tahu mengenai hubungan ini.
“Cukup sekadar ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat yang selalu bersama saat susah dan senang tahu mengenai hubungan saya dengan Afiqah.
“Kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu ketika terbabit dalam sebuah drama.
“Pada awalnya tiada bibit cinta pun, tapi selepas dua bulan tamat penggambaran kami berjumpa semula dan hubungan cinta mula berputik.
“Kami ambil masa enam bulan untuk meluahkan isi hati masing-masing dan ambil keputusan untuk bertunang secara rahsia,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Ads
Siarkan Majlis Nikah Secara Langsung Di Instagram
Memohon maaf dek kerana tidak mewar-warkan hubungan lebih awal dengan peminatnya. Syafie berharap majlis pernikahan yang diadakan secara langsung di Instagram dapat memberi kegembiraan kepada semua yang menonton.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kerjaya lakonan saya selama ini. Doakan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke jannah.
“Walaupun mereka (peminat) tak dapat hadir menyaksikan pernikahan saya hari ini, tapi sekurang-kurangnya dapat menonton momen indah ini secara maya,” kongsinya.
Pergi berkelah buang sampah merata-rata, tak tahu jaga alam dan kebersihan kawasan, elok duduk sahaja lah di rumah. Ada benarnya pesanan ini. Semenjak kerajaan membenarkan aktiviti riadah dan rekreasi, ramai yang bertumpu di kawasan pantai, sungai, taman mahupun air terjun untuk berkelah bersama keluarga tersayang.
Aktiviti tersebut tiada salahnya, namun perkara yang dikesalkan apabila sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung yang dengan selambanya membuang sampah merata-rata serta meninggalkan sisa makanan. Ia sekaligus ‘mencacatkan’ permandangan alam sekitar, mengotorkan kawasan riadah sekaligus boleh mengundang haiwan perosak seperti tikus dan haiwan berbahaya seperti monyet.
Untuk faham lebih lanjut, hadamkan pesanan daripada Pencinta Alam, Rizal Khalif ini, perkongsian dalam grup ‘Family Camping Malaysia’.
Seorang anak rakan saya sekarang hospitalised dan condition not so good. Kena virus infection akibat tikus bila dibawa mandi manda di suatu tempat camping/berkelah yang agak famous juga la. Dah attack jantung.
Saya taknak tulis nama tempat kerana saya taknak burukkan mana-mana tempat cuma rayuan saya ialah:
1. Tidak Buang Sampah Merata
Tolonglah didik diri sendiri dan anak-anak anda untuk TIDAK membuang sampah walau secebis pun merata-rata. Sebaiknya ajar mereka simpan dalam poket dan bawak balik or jika anda ada khemah sendiri, sediakan terus tempatnya di khemah anda.
Amalkan nampak je sampah walau secebis, cepat-cepat kutip dan buang di tong sampah berhampiran. Bila tempat nampak bersih, orang nak buang pun segan.
2. Jangan Buang Sisa Makanan Dalam Sungai
Janganlah buang sisa makanan kat dalam sungai tu. Malah mencuci periuk semua tu pun dah tak berapa recommended kerana minyak-minyak banyak tu boleh mencemarkan dan sisa-sisa makanan yang terendam di gigi air, bila surut boleh jadi habuan sang tikus.
3. Belajar Teknik Buang Minyak
Belajar teknik buang minyak. Minyak ada sisa makanan dan baunya juga attract pest.
4.Buang Rokok Dalam Tong Sampah
Yang merokok tu, memang seronok untuk ‘flick’ puntung rokok anda tetapi ingatlah kesannya.
5.Jangan Tinggalkan Najis Dalam Tandas
Yang perempuan tu, janganlah tinggalkan panty liner atau pad anda di toilet. Kalau anda geli nak bawak keluar, apa lagi orang lain, juga pampers anak-anak (ni bapak-bapak pun ada yang buat).
6.Kurangkan Guna Plastik
Belajar kurangkan menggunakan plastik. Sentiasa sediakan bag baju basah rather than bergantung kepada plastic untuk tu.
7.Elakkan Tempat Sesak
Kalau dah nampak penuh/crowded sangat, tak payah la pegi. Pandemik ke, endemik ke, kesihatan diri dan keluarga penting.
Kepada campsite owner pulak, memang ni masa nak recoup balik losses lama tapi beringatlah. Be strict! Lagi less crowd, lagi tinggi potensi orang nak repeat.
Kepada campers sekelian, anda kata anda campers? Camping kan di alam. Jadi jagalah alam. Kalau tak reti jaga alam, duduk je lah rumah.
Akhir sekali, bila tempat bersih, orang akan segan nak buang sampah merata. Bila tempat mula kotor, letak la signboard macam mana pun, takde guna.. Come on guys! Ni tanggungjawab kita semua.
Peringatan ini untuk diri saya dan anda semua dari seorang pencinta alam yang juga ada mengusahakan tempat untuk sesiapa menikmati alam jadi pandangan peribadi saya adalah berdasarkan pengalaman.
Mingguan Wanita:Ada benarnya pesanan ni.Pergi berkelah buang sampah merata-rata, kalau tak tahu jaga alam dan kebersihan kawasan, elok duduk sahaja lah di rumah.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Macam-macam cara sebenarnya boleh dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri tanpa perlu merisikokan diri. Namun ada yang memilih jalan singkat membesarkan bahagian tubuh tertentu dengan melakukan pelbagai prosedur kecantikan untuk tampak ‘cantik’ dan tingkatkan keyakinan diri.
Suntikan Kali Ke-27
Demi untuk meningkatkan keyakinan diri, seorang wanita dari Bulgaria yang dipercayai memiliki ‘bibir terbesar di dunia’ mahu membesarkan lagi bibirnya dengan menjalani prosedur suntikan kali ke-27 pada Hari Krismas nanti, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Andrea Ivanova, 24, menjadi tajuk utama berita selepas menunjukkan foto bibirnya yang sangat besar.
Wanita yang membelanjakan sebanyak £5,000 (RM27,993) untuk bibirnya sahaja berkata, dia tidak merancang untuk berhenti melakukan prosedur tersebut dalam masa terdekat. Ivanova juga turut merancang untuk memanjangkan wajahnya dan mengubah bentuk dagu serta rahangnya.
Tingkat Keyakinan Diri
Menurut wanita itu, bibirnya yang besar bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah ia juga membantunya mendapatkan 8,000 pengikut di laman sosial Instagram dengan ramai lelaki menawarkan wang kepadanya.
Biarpun kerap melakukan suntikan bibir, Ivanova tidak bimbang bibirnya i ‘pecah’ satu hari nanti.
“Saya amat menyukainya dan rasa lebih baik dengan bibir ini,” katanya.
Ivanova kali pertama menyuntik bibirnya dengan asid hyaluronik pada 2018 dan akan menambahnya setiap bulan kerana amat menyukai bibir tebal dan mungil.
Wajah asal Andrea Ivanova sebelum menjalani prosedur suntikan bibir.
Mingguan Wanita: Macam-macam cara untuk meningkatkan keyakinan diri. Janganlah sampai membahayakan diri pula bila buat suntikan terlalu banyak untuk besarkan bibir. Aduh, risaunya bibir besar macam ni. Cantik ke?
Pelakon jelita Intan Ladyana, 38 akhirnya bakal menamatkan zaman solonya dan bernikah dengan pemuda yang juga anak seni, Harris Alif, 21. Meskipun jarak usia mereka 17 tahun namun itu bukanlah satu penghalang untuk mereka disatukan.
Pasangan yang sekian lama berteka-teki mengenai perhubungan mereka telah memilih tarikh 6 Februari depan untuk disatukan sebagai suami isteri.
Intan Ladyana Bakal Nikahi Pemuda 17 Tahun Jurang Usia
Intan dan Harris mengumumkan mereka bakal disatukan di sebuah masjid di ibu kota, Kuala Lumpur.
Malah pasangan ini juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan untuk beralih ke fasa perkahwinan.
Paling membahagiakan hubungan cinta yang terjalin hampir setahun akhirnya pasangan ini mengumumkan secara terbuka mengenai hubungan mereka tahun lalu.
Meski jurang usia 17 tahun membezakan mereka, bukan alasan atau halangan untuk mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin.
Benarlah kata pepatah, jodoh itu rahsia Allah. Harris dan Intan sudah ditakdirkan bersama.
Bakal Diraikan Dalam Empat Majlis
Lebih bermakna impian pasangan ini untuk membina rumah tangga turut bakal direalisasikan ramai pihak penaja sepanjang empat acara penting mereka. Acara itu termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi, dan majlis bertandang.
Bagi persalinan mereka nanti, Datuk Riffai akan menaja busana Harris dan Intan untuk malam berinai dan nikah, Hatta Dolmat (resepsi), Khairi Sufi (potong kek) dan Jimmy Couture serta Khai BK (majlis bertandang).
Sementara, tata rias pula bakal dikendalikan barisan jurumekap tersohor, Bellahudd, Zulfadhly, Iansham, dan Cuki Ajis, manakala Emmie Lee selaku jurudandan.
Anggaran Jumlah Tajaan Lebih RM15 juta
Tidak ketinggalan, pasangan itu juga bakal menyarung barangan kemas jenama terkemuka, Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta pada majlis pernikahan serta resepsi.
Dekorasi pelamin daripada Afeer KL, Anna Weddings, dan Wedding By Emma untuk setiap majlis berbeza itu. Untuk fotografi dan videografi pula, tanggungjawab itu digalas Fillea Studio dan Shahril Omaq.
Teristimewa sebelum hari bahagia mereka, Harris juga terlebih dahulu melancarkan lagu baharunya berjudul Anugerah yang semestinya didedikasikan buat jantung hatinya itu.