Sweet Cara Aidid Marcello Bahagiakan Isteri, Norzie Pak Wan Chek

Setiap suami tentu ada cara mereka sendiri untuk bahagiakan isteri masing-masing. Baik dibelikan hadiah, dibawa bercuti atau buat macam Aidid Marcello bahagiakan isteri ini, bawa balik kampung.

Isteri sebenarnya bila dah bersama dengan lelaki yang paling dia cinta, walau cuma di bawa balik kampung pun bahagianya lain macam. Sebab dia tahu, suami yang baik takkan buat jiwanya terseksa.

 

Sweet Cara Aidid Marcello Bahagiakan Isteri, Norzie Pak Wan Chek

 

Suami yang baik sanggup bersusah, penat bekerja asalkan anak isteri dapat nikmati sebuah kehidupan yang bahagia. Biarpun tak mewah mana, hati mereka tenang dengan rasa bahagia yang suami curahkan.

IKLAN

Inilah istimewanya Aidid kala membahagiakan isteri, Norzie Pak Wan Chek. Kata Aidid, walaupun penat cari duit tapi kalau tak pandai nak bahagiakan orang rumah, tak ada maknanya hidup tu.

Kadang-kadang aku fikir, penat gile kerja cari duit. Kerja untuk bayar segala yang wajib bayar dan sebab nak sara famili.”

Kerja dan besarkan family memang satu tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang-kadang aku fikir juga, kerja rajin, penat nak mati pun.. dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga untuk yang tersayang. Bagi aku tak ada maknanya hidup.”

 

IKLAN

Sweet Cara Aidid Marcello Bahagiakan Isteri, Norzie Pak Wan Chek

Tak Mampu Bawa Bercuti Ke USA, Balik Kampung Pun Jadilah

Atas dasar itulah, Aidid pilih untuk jadi seperti apa yang difikirkan.

Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri. Selagi ada kudrat untuk ke sana sini. Curilah masa terbaik untuk yang tersayang.”

IKLAN

Yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita. Harap you, @norziepwc happy dengan apa yang I buatkan untuk you.”

Walaupun I tak mampu nak bawa U cuti ke USA, balik kampung pun jadilah. Mana tahu maybe kita habiskan usia tua kita di sini? Love you.”

Luah Aidid Marcello dalam instagram miliknya.

Begitulah hidup berpasangan, perlu ada ‘give and take’. Saling memberi dan menerima. Barulah bahagia biarpun ketika itu wajah kita tak lagi muda seperti zaman bercinta dulu, rasa sayang dan cinta terus membara.

Sumber/Foto : Aidid Marcello, Norzie Pak Wan Chek

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI