Bagusnya anak ini, Nur Diyana kemaskan susun atur backyard kitchen rumah ibunya yang tidak sihat. Apabila ibu mulai sakit, segala barang dapur ibunya letak saja di dalam kabinet.
Tak sanggup lihat ibu susah mencari barang, anak ini minta izin suami pulang ke kampung selama seminggu. Niatnya mahu jaga ibu yang sakit dan kemaskan kembali backyard kitchen rumah ibunya.
Kelak, mudahlah ibu nak capai barang masakan bila anak-anak tiada di samping. Idea menyusun atur yang dikongsikan ini boleh juga jadi panduan untuk anak-anak berdepan situasi yang sama.
“Saya balik kampung mintak cuti dengan suami seminggu nak jaga ibu sakit. Di rumah ibu ada dua dapur dan biasanya masak di bahagian backyard kitchen.”
“Bila ibu tak sihat, keadaan rumah pun saya kena susun atur semula. Serious lagi penat dari kerja mendeko. Sebab kita nak susun atur bahan yang memang dah sedia ada kan
.”“Saya kongsikan gambar saya dah susun atur dapur rumah ibu supaya lebih friendly untuk ibu capai semasa memasak atas faktor kesihatan. Saya sertakan gambar before | after susun atur backyard kitchen di rumah ibu.”
PS: Doakan ibu saya kuat dan sembuh ya.
Sebelum. Semua benda sumbat je kat dalam kabinet dan bersepah sepah.
Selepas. Maaf lighting malam tak berapa elok. Saya kerjakan dari sepuluh pagi ke sepuluh malam, sekarang baru rasa sakit badan.
Sebelum, berdarah mata saya.
Selepas | memang habit saya suka table top kosong tapi sengaja saya biarkan pisau, lesung batu dan papan pemotong saja untuk memudahkan kerja ibu memasak.
Sebelum. Keadaan kitchen cabinet yang sangat tak practical untuk kesihatan ibu.
Selepas | saya susun alatan yang sangat jarang guna sahaja di tempat tinggi.
Sebelum | sekarang kebanyakkannya saya dah masukkan ke dalam balang.
Selepas | ada banyak juga yang belum sempat saya kemas, bekas tak cukup terutamanya tepung dan rempah ratus. Balik lagi sekali nanti lah kita clearkan ruang ini pulak.
Saya pasangkan rak Hyllis kecil ini di dalam kitchen cabinet belah bawah dapur.. saya letakkan periuk, blender, penutup kuali dan segala bekas untuk ibu gaul kunyit dan tapis sayur. Ibu yang request untuk biarkan di bawah begini.
Simple saja. Saya asingkan bahagian rak rempah ratus kegunaan harian agar mudah untuk ibu capai. Di dalam bakul tu ada segala jenis bawang, serai, halia , lengkuas dan kunyit. Ibu masak hari-hari jadi saya pastikan akses mudah (fizikal ibu saya tinggi jadi tak ada masalah letakkan di situ)
Hanya ini di tepi tempat memasak. Garam, gula dan serbuk kunyit.
Rak rempah ratus yang asalnya ibu letakkan di tepi dapur saya drill supaya lebih kemas dan tidak berminyak. Nanti saya minta adik isikan rempah ratusnya. Saya dah tak larat, menggigil badan baru nak makan.
Saya belikan dapur ibu stool juga jadi memudahkan adik-adik saya untuk susun atur kembali dapur bila saya tiada di kampung.
Rumah ni tak ada laundry room jadi saya sengaja beri nafas baru pada ruang kecil di backyard kitchen ini biar seakan akan laundry room.
Gambar waktu petang tadi. Hiasan ringkas sahaja untuk ruang ini. Penggunaan bekas berpenutup dengan pemegang yang boleh menampung berat sehingga 3kg, saya gunakan untuk mengisi refill laundry powder dan drillkan wall shelves di atas mesin, tak perlu lagi ibu tunduk ke lantai.
Capai sahaja bekas ini. Tu je lah buat masa sekarang…kalau lah saya balik sini nanti rumah kembali bersepah, saya tak rasa pun saya akan marah.
Kemas je lah semula walaupun penat, saya rasa puas.
Ibu dah tak sihat macam selalu, kami adik beradik lah yang perlu saling bantu. Saya dah mula ajar adik bongsu saya untuk ada rasa tanggungjawab.
Selama 25 tahun saya dibesarkan ibu yang sangat pembersih dan pengemas jadi rumah kami memang sentiasa bersih. Takkan saya nak biarkan saja ibu duduk dalam keadaan bersepah sebab saya kenal betul ibu saya.
Sekarang walaupun dah bersuami, insyaAllah saya akan sentiasa curi masa untuk bantu apa yang saya mampu . Sayang ibu.
MW : Mendoakan semoga ibu Nur Diyana cepat sembuh daripada penyakitnya.
Artikel berkaitan : Rutin anak menantu, sebelum tinggal abah, kemas rumah kampung bagi bersih.
Sumber/Foto : Nur Diyana