Susul ke syurga, bayi lelaki hanya mampu bertahan 4 hari selepas ibu sarat mengandung maut kemalangan Innalilahiwainailaihirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Jika empat hari lalu, ibunya Nor Hidayah Abdullah meninggal dunia selepas cuba mengelak ular sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, semalam berita sedih menyelubungi ahli keluarga terdekat apabila anaknya yang selamat dilahirkan melalui pembedahan akhirnya mengikut jejak ibunya untuk berlari di taman syurga.
Memetik laporan Berita Harian, bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan kandungan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan ketika mengelak ular melintas akhirnya meninggal dunia semalam.
Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu akan dibawa ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik, hari ini.
Beliau berkata, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia kira-kira jam 2 petang tadi.
“Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.”
Ads
“Jenazah cucu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.”
Dalam kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta PERODUA Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.
Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.
Bagaimanapun, bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.
Ads
Namun, bayi itu kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya dalam kejadian itu yang dianggap kehilangan sekelip mata.
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu. Sumber: BH Online
SUAMI BOLEH DIDAKWA ROGOL ISTERI KALAU PERDAYA PASANGAN DALAM PERKAHWINAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah viral di media sosial penjualan pinggan mangkuk bercorak oriental yang cantik dan klasik namun dijual dengan harga yang cukup murah serendah 50 sen. Maka, ramailah yang berkenan untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun disebalik, reka bentuk menarik dan coraknya yang unik, cantik dan tersendiri tersebut, ada dakwaan menyatakan bahawa penggunaan pinggan mangkuk bercorak ini bahaya dan boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka panjang terutama pada wanita hamil dan bayi.
Memetik sumber daripada Malay Mail Online,para pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang pernah viral di media sosial ini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Beri Kesan Jangka Panjang
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,”
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata lagi pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Mudah Terhakis
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,”
Kesimpulannya, lebih berhati-hatilah dalam penggunaan material untuk pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk corak menarik ini lebih sesuai dijadikan hiasan berbanding penggunaan harian.
Berita gembira buat para suri rumah, pelaksanaan insentif kwsp buat golongan ini bakal dilaksanakan tidak lama lagi.Seramai 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih bakal menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula minggu depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu. Katanya, SURI yang dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
3 Fasa (SURI)
“Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.
“Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.
“Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2018 (ISSC2018) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Pupuk Budaya Menyimpan
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sumbangan minimum RM5 oleh pencarum adalah wajib sebagai komitmen memupuk budaya menyimpan.
“Kerajaan sentiasa komited mengiktiraf dan menjaga kebajikan wanita terutama mereka yang amat memerlukan perhatian dan diharap inisiatif ini berupaya menambahbaik kedudukan kewangan wanita di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Shahril Ridza berkata, KWSP dan PERKESO akan menjalankan kajian menyeluruh untuk melancarkan lagi pelaksanaan SURI menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan bank tempatan.
“Buat masa ini, mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.
“Kita faham mungkin terdapat kekangan untuk membuka akaun KWSP, sebab itu kita akan mengkaji cara terbaik untuk memudahkan mereka,” katanya.
Semoga dengan pemberian insentif ini, mampu mengalakkan para suri rumah membuat simpanan serta membela nasib mereka agar lebih terjamin pada masa hadapan.
Mulut orang memang susah nak ditutup. Ada yang terlebih ‘prihatin’ dengan keadaan diri kita.Baru-baru ini pelakon Datin Almy Nadia ada memuat naik gambar-gambar percutian keluarga mereka sekeluarga di Jerman. Namun sebenarnya ia lebih kepada mengikut suami, Dato’ Fizz Fairuz yang ada penggambaran drama di negara Eropah tersebut.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dengan dua orang puteri yang comel dan Almy sendiri sedang sarat mengandungkan anak yang ketiga.
Namun apa yang menjadi isu apabila terdapat followers beliau yang terlebih ‘prihatin’ dan mempertikaikan keadaan Almy Nadia yang boleh naik flight walaupun sedang sarat mengandung.
Menjawab segala persoalan tersebut ini penjelasan oleh Almy Nadia sendiri di dalam Instagramnya;
“Sesi luah perasaan.. baca dan faham ok semua…. Terima kasih pada semua yang ambil berat pada saya,bertanya tentang kandungan saya, bertanya tentang due saya bila,bertanya bila saya nak meletop, bertanya girl atau boy.. ok meh saya jelaskan yerk.. Kenapa saya boleh naik flight kenapa saya boleh gi germany masa perut saya besar.. sebelum saya fly atau beli tiket flight saya bertanya pada doc saya ,minta pandangan,pendapat,jadi doc saya sendiri yang bagi kebenaran untuk pergi ikut en suami saya ke germany”.
Lakukan Pemeriksaan Dengan Doktor
“Jadi doc saya dah bekalkan surat untuk pastikan yang saya boleh fly.. jadi untuk makluman semua,jika anda mengandung atau pregnant tolong check dengan doc boleh atau tak naik kapal terbang? minta pendapat doc faham, bukan main naik ja, semua itu risiko”.
Ada Surat Doktor
“Doc saya siap pesan nak pergi ikut en suami saya boleh tapi balik before 10/11.Saya bagitau saya balik ok 8/11.. jadi syukur alhamdulillah semua selamat dengan nasihat doc,bukan saya main suka-suka naik kapal terbang faham, kastam pun tengok surat dari doc saya faham, diaorang takkan lepas tanpa surat doc faham..”
“Jadi moral of the story jika anda mengandung tolong jumpa doc dahulu faham,jangan dengar cakap orang faham, tanpa nasihat doc dan surat doc anda tak dibenarkan naik kapal terbang fahammmmmm. Harap penjelasan saya jelas yerk untuk semua.. tq tq”
MW: Jadi buat yang tertanya-tanya tu dan terlebih prihatin dengan keadaan kandungan Almy Nadia semoga dapat lebih faham dengan penjelasan ini. Pastinya, Almy Nadia sendiri tahu prosedur sebelum dibenarkan naik kapal terbang dan nak memastikan yang terbaik serta keselamatan anak didalam kandungannya.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...