‘Susukan Anak Tak Mudah, Perlukan Persediaan.’ Tak Kiralah Formula Atau ‘Direct’

Share

‘Susukan anak tak mudah, perlukan persediaan.’ Tak kiralah formula atau direct, setiap satunya ada cabarannya yang tersendiri.

Mak-mak yang tidak dapat menyusu secara direct kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan jangan berputus asa.

Walaupun anak mak-mak tak menyusu badan, pastikan mereka dapat minum susu formula sebagai pengganti susu ibu. Isunya di sini, susu badan atau susu formula masing-masing ada renyahnya.

Ikuti perkongsian Baitus Solehah ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:

Susukan Anak Tak Mudah

Botol susu dan susu formula
( penafian: tulisan ini tidak sekali-kali memperkecilkan mana-mana ibu yang tidak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu kerana faktor payudara dan produk penghasilan susu ibu)

Entahlah, nak merungut macam tak kena. Tapi kena menulis juga.

Allah beri rezeki anak, dengan menyediakan payudara. Masa mengandung sudah ada persediaan. Tiba anak lahir, boleh terus guna.

Susu untuk anak sudah diproduk untuk terus diberikan. Allah Maha Kuasa menyediakan bayi baru lahir terus pandai menghisap susu. Itu rezeki yang telah Allah sediakan.

Artikel Berkaitan: 

“Tidak Berhenti Selagi Anak Belum Bersedia.” Seorang Ibu Masih Susukan Anak Berusia 5,6 Tahun

Jangan Bangga Bila Dapat Susukan Anak, Sebab Rezeki Susu Itu Milik Allah

Ibu Tinggal Sekejap Susukan Baby, Tengok-tengok Ayam Dah Siap Dicuci Anak Lelaki

 

Perlukan Persediaan

Malang ada ibu tidak bersedia nak beri direct susu ibu. Ada pihak tidak menggalakkan apatah lagi untuk menyokong. Jika ada masalah pada payu dara atau memproduk susu, itu cerita lain. (kesannya kami yang menerima untuk meneruskan penjagaan ibu dan bayi.)

Ini bukan masalah payudara atau produk penghasilan susu. Tetapi ‘mindset’ dan rasa malas. Rasa penat nak selak pakaian untuk menyusukan anak. Rasa sakit pada nipple sebab cara lekapan mulut bayi menghisap tak betul. Ditunjuk ajar berkali-kali tak ikut.

Tak Kiralah

Minta botol susu. Minta susu formula. Tak diberi dibiarkan anak itu menangis kelaparan. Nanti berat bayi tak naik ikut carta penjaga disalahkan.

Sudah beri botol susu tak pandai juga hendak beri susu ikut jadual. Tengok ibu lain beri anak susu ibu ikut demand anak, terus selak, dia pun bancuh susu tak ikut jadual, kesudahnya anak muntah terlebih susu. Itu belum cerita bayi kembong waktu menghisap susu tak betul cara beri, hisap susu sedut angin sekali.

Cuci botol dan puting silikon tak bersih.

Comot, kotor dengan keladak susu. Tengok pun geli. Cuci botol susu anak setakat masukkan air dan kocak kocak. Geram tak terkira. Nak beri anak susu formula dengan botol susu tapi tak reti nak bersihkan botol susu.

Jauh sekali nak rendam air panas atau stim. Geram saja rasa hati. Tak akan tiap minggu kita kena sediakan puting silikon untuk mengganti puting yang berkeladak susu.

Formula Atau Direct

Itulah, bukan senang sebenarnya menyusukan anak dengan susu formula kalau tak pandai nak menjaga kebersihan.

Sepatutnya sebaik buat susu, cukup untuk sekali penyusuan. Habis susu, botol susu terus cuci. Bancuh susu ikut jadual. Bukannya habis saja susu, buat lagi.

Adoh… Setakat ni saja saya nak membebel.
.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza

Mingguan Wanita : Setelah disahkan hamil, cuba setkan minda untuk menyusu anak setelah dia lahir kelak. Tetapi tak dinafikan memang ada segelintir wanita yang tak dianugerahkan air susu yang banyak. Tidak salah beri anak susu formula jika mak-mak mempunyai masalah tetapi yang penting usahakan dulu.

Sumber: Baitus Solehah

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat