
Isi Kandungan
ToggleBanyak anda boleh jumpa cara-cara membuat susu pekat manis homemade. Salah satunya campuran susu lembu atau susu cair dan gula. Tapi resepi susu pekat manis homemade yang dikongsikan Puan Nuryati Yusoff ini sedikit berbeza. Sebabnya dari susu tepung dan marjerin.
“Saya memang such apply free sample susu untuk anak-anak kat Internet. Hasilnya banyak sample susu tepung yang saya dapat. Jadi yang mana anak-anak tak suka minum saya buat susu pekat manis homemade. Boleh jimat dari beli susu pekat.”
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung
60 ml air suam
2/3 cawan gula pasir kasar (tapi saya letak 1/2 cawan sebab tak pandai nak sukat)

1 sudu yang membukit marjerin
Cara Membuat
Masukkan air suam dahulu. Lepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi.
Kisar sampai pekat atau berkrim. Kalau kurang pekat tambah saja susu tepung sampai pekat yang kita nak.
Lepas itu dah siap dah boleh buat air atau simpan dalam peti ais.
Kredit sumber/foto: Nuryati Yusoff (MAHN) via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kes Penceraian Selesai, Zarina Ucap Terima Kasih Atas Sokongan & Kata-Kata Semangat

Isi Kandungan
ToggleZarina Anjoulie menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya hari ini berasa bersyukur akhirnya kes penceraiannya bersama bekas suami telah selesai.
Sebelum ini Zarina telah menggemparkan industri seni apabila memaklumkan dirinya kini sudah bercerai dengan suami, Eilyas Azhar. Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga perkongsian tersebut ternyata mengejutkan ramai.

Kes Penceraian Selesai Secara Baik, Zarina Panjat Kesyukuran
Pelakon dan juga selebriti media sosial ini menerangkan urusan kes penceraiannya dengan bekas suaminya telah diselesaikan dengan cara baik di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
“Assalamualaikum semua, Anju hari ini di mahkamah.
“Alhamdulillah, dah selesai semua kes cerai, semuanya berjalan dengan lancar dan semua orang sangat membantu.
“Terima kasih banyak atas kata-kata semangat dan sokongan terhadap saya,” ungkapnya yang dilihat hadir ke mahkamah dengan memakai jubah serta tudung berwarna hitam.
Hargai Mesej & Doa
“Saya sangat hargai semua mesej dan doa anda kepada saya. Saya tak tahu bagaimana nak membalasnya, terima kasih,” ungkapnya.
Baca Disini Juga:
Bercerai Dengan Suami, Zarina Anjoulie Akui “Ini Adalah Yang Terbaik Buat Anju Sekarang”
Penceraian Bukanlah Lesen Untuk Burukkan Pasangan, Fikirkan Emosi Anak Dan Kesannya
Wanita Kemalangan Di Australia, 3 Beradik Harap Dapat Bawa Pulang Jenazah Ibu

Ini Adalah Yang Terbaik
Untuk rekod, Zarina bersama suami Eilyas Azhar telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa-apa yang buruk jadi pun it’s just what’s best for me ️,” tulisnya menerusi kapsyen di salah sebuah entri Instagramnya.
Netizen Bersyukur Urusan Zarina Dipermudahkan
Sumber / Sumber Foto: Instagram Zarina Anjoulie
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Jenis Jajan Musim Cuti Sekolah, Confirm Anak Suka!

Isi Kandungan
ToggleSesekali buat jajan sendiri, mesti lak keras. Tambah musim cuti sekolah, anak-anak suka makan, jenuh mak-mak kalau asyik nak beli.
Jadi kalau mak-mak nak jimat, cuba buat kudap-kudap makaroni resepi daripada Puan Sweets Niesah ini. Sangat menarik sebab ada banyak pilihan.
Jajan Musim Cuti Sekolah
Saya kongsi resepi cara saya buat ni, anak-anak pasti suka. Makaroni cheese, makaroni snow nestum, makaroni batang buruk, makaroni celup coklat nestum, dan makaroni sira cabai. Boleh makan sambil nonton tv.
Bahan utama:
Makaroni
Rendam makaroni selama 45 minit(air paip), jangan kurang dari 45 mnit nanti keras.
Toskan dan gaul dengan sedikit garam.
➡ goreng
Minyak kena banyak semasa menggoreng. Api jangan terlalu kuat nanti masak mengejut. Api slow je.
Makaroni Cheese
4sb serbuk cheese(dijual di kedai bakeri)
2sb gula
1sk garam halus
1sb serbuk cili
Makaroni Celup Coklat
100g coklat masakan (saya guna beryls dark compound yang coin). Cairkan double boil
Nestum original untuk salutan
Dah siap celup saya freeze sekejap dalam 3 mnit nak bagi cepat kering coklat tu. Susun dalam pinggan dulu sebelum masukkan dalam balang.
Blend semua bahan ni (blend kering)
Buat banyak nanti gandakan bahan ya.
Makaroni Batang Buruk
6sb serbuk kacang ijau
2sb gula
1/2 sk garam halus
1sb susu tepung(saya guna susu anak)
Blend semua bahan ni (blend kering). Gandakan sukatan jika buat banyak.

Makaroni Snow Nestum
4sb nestum original
2sb susu tepung (saya guna susu anak)
1/2sk garam
2sb gula
Blend semua bahan ni (blend kering). Gandakan sukatan kalau buat banyak.
Makaroni Sira Cabai
Bawang putih dan bawang merah. Tumbuk agak sendiri berapa ulas (saya guna 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih.
4 senduk kecil cili kisar yang dicampur dengan air asam jawa masa blend
2sb gula, garam, serbuk magie cukup rasa, air dalam 2 gelas.
Daun kari dan bijan putih
Tumis bawang dengan daun kari bagi naik bau wangi dan garing. Masukkan cili kisar, pastu air, garam,gula, serbuk perasa. Tumis sampai kering dan pekat. Masukkan makaroni dan bijan putih.
Siap.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Punca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap!

Isi Kandungan
TogglePunca Tengok Video Mukbang Di TikTok, Sekali Dah Rasa, Eh Sedap! Kadang kala video resipi simple yang dikongsikan memang boleh bikin kecur air liur dan membuatkan kita kita teruja nak mencuba, buat sendiri di rumah. Contohnya resipi mudah guna buah limau kasturi ni, dipadankan dengan ‘colek’ kering, secukup rasa masam, pedas, masin dan manisnya.
Ini yang dikongsikan sendiri oleh Puan Aisyah Zulaikha. Memang menarik.
Ni anak bujang punya request..punca tengok video mukbang kat TikTok. Entah merepek-repek dia mintak tapi sekali dah rasa, eh sedapp.
Seksanya nak mengupas limau kasturi tu..mau sebaldi dah air liur bertakung.
Gula tu saya buat sendiri je..boleh la kalau nak buat cicah buah-buah nenas ke..mangga ke.
Ni saya share resepi gula tu ye.
Bahan-Bahan:
1 sudu besar Udang kering
5, 6 biji Cili kering *ikut tahap kepedasan masing-masing (buang biji)
Garam
Ajinomoto
Setengah Cawan Gula
Cara Membuat:
1. Sangai Udang kering dan cili kering sampai garing.
2. Selepas itu tumbuk dengan sedikit garam dan pak aji. Blend pun boleh. Blend dekat rumah ni rosak tu yang tumbuk.
3. Dah halus, gaul je dengan gula dalam setengah cawan. Siap..!
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Amal PETUA Perahan Limau Kasturi+Kicap, Elok Serasi BATUK Cepat Sembuh!

Baca Lagi Di Sini:Sembur ‘Baja Yakult’ Pokok LIMAU KASTURI Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
Artikel Menarik: Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!
Mingguan Wanita: Kecur air liur bila tengok limau kasturi dicicah sebegini. Terasa masam, masin, manis pedas secukup rasa. Boleh lah cuba buat sendiri nanti.
Sumber: Aisyah Zulaikha
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI