Susu pekat manis boleh dikatakan barang ‘wajib’ setiap kali membeli barangan keperluan dapur. Untuk membuat minuman yang bersusu, kuih muih dan sebagainya. Harga satu tin susu pekat manis ni, boleh tahan mahal jugak harganya.
Buat mak-mak yang selalu guna susu pekat manis ni, sebenarnya boleh buat sendiri je susu ini di rumah.Hanya guna 3 bahan dan boleh siap dalam masa hanya 3 minit. Cukup mudah dan lebih menjimatkan, tak perlu lagi beli di kedai.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zan Zafirah Zainal sebagai rujukan;
“Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya.Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis”.
Ads
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Ads
Cara Membuat:
1.Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
2.Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
3.Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Ads
Selamat Mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Senang je rupanya nak buat susu pekat manis sendiri di rumah. Tak payah lagi nak beli kat kedai malah lebih jimat!
Seronok bila buka peti sejuk, penuh dengan sayur-sayuran pelbagai jenis. Rasa bahagia, sebab nanti itulah makanan yang akan buat anak-anak sihat.
Sayangnya nak simpan sayur banyak-banyak jadi halangan, sebab tak tahan lama. Suri ini, Maryam Salleh berkongsi tip simpan sayur agar kekal segar dan tahan lama.
Katanya, “Sebelum ni kan bila beli sayur dan terus simpan dalam peti ais tahan dua tiga hari jer, pastu kompom jadi buruk la, berair la dan cepat busuk.”
“Maklum lah takde ilmu pengurusan yang betul. Akhirnya saya jumpa cara yang berkesan dan dah seminggu sayur yang di simpan masih kekal segar cam baru beli di pasar.”
Cara Simpan Sayur Kekal Segar Lebih Seminggu
1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.
2. Jangan basuh sayur yang nak disimpan. Just potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh.
3. Setiap bekas tu ngam ngam untuk sekali atau dua kali masakan.
4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti ais. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru di beli.
Mungkin cara setiap orang tak sama, tapi kalau kalian nak cuba cara saya buat ni silakan, dan tolong SHARE dengan rakan-rakan yang lain ilmu ini. Semoga ramai dapat manfaat.
Harga Borong Bekas Plastik
Bekas plastik saya beli borong 50 pcs/ RM19.50 di NSK.
Sumber/Foto : Maryam Salleh, Bijak bisnes juga Bijak di dapur.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Minyak masak terpakai yang dah tak boleh digunakan untuk menggoreng, jika dibuang ke dalam sinki boleh sebabkan sinki tersumbat. Dalam masa sama, ia mencemarkan alam sekitar.
Sebenarnya ada cara terbaik yang mak-mak boleh cuba untuk buang minyak masak terpakai itu. Boleh cuba cara orang Jepun buang minyak masak terpakai dalam rumah mereka.
Ini yang dikongsikan, Sharifah NorSakinah Tyasin yang telahpun mencuba dan berjaya.
Tak Perlu Buang Minyak Masak Terpakai Ke Lubang Sinki
“Harini saya nak share benda best.. Oil hardener kat Daiso. Best sebab tak perlu buang minyak terpakai ke drain yang boleh menyebabkan sinki tersumbat dan susah nak cuci.. dalam masa yang sama kita memelihara sumber air kita dan juga kebersihan longkang.
“Ada yang kumpul minyak then jual balik kan? Tapi saya tak suka, tak tahu nak letak mana pastu kalau lama-lama sangat nak tunggu botol 5kg tu penuh habis maggots (ulat sampah) pun datang. Maklumlah duduk kat rumah ni pun berdua je, jarang sangat guna minyak banyak-banyak.”
Kalau nak mudah dapatkan, boleh buat belian online dekat shoppe.
Begini Caranya..
RM5++ dapat dalam 5 bungkus. So, boleh pakai 5 kali.
Ni rupanya dalam kotak tu. Macam oat tapi jangan makan pulak.
Panaskan minyak dengan api kuat then bila dah agak-agak minyak dah panas kita tutup api.
Minyak panas-panas kita curahkan bahan tu.
Kacau-kacau bagi sebati.
Tutup periuk then biarkan dalam 2-3 jam.. biasanya saya buat malam, esok pagi baru buang.
Saya suka menggoreng ayam or nugget dalam periuk sebab macam deep fry gitu.. cepat masak pun ye jugak.
Selepas beberapa jam dah keras minyaknya.
Then buang terus dalam plastik, campak je dalam tong sampah. Ni adalah salah satu cara orang Jepun untuk melindungi sumber air mereka.. so bila kita tak buang kat drain takde laa longkang kita busuk berkerak.. selamat mencuba!
Kupang hijau segar ada penggemarnya. Namun begitu tahukah kalian bagaimana untuk siang dan bersihkan kupang hijau ini sebelum memasaknya?
Boleh Ikut Tip Cara Memilih Dan Menyiang Kupang Oleh Muhammad Azmi Mahmud.
Muhammad Azmi telah menjual kupang secara sambilan di hadapan rumahnya selama 4 tahun. Dia bermula dengan menjual isi kupang frozen atau sejuk beku. Namun kini dia turut menjual kupang hijau segar secara cash on delivery (COD) dan secara atas talian atau online.
Jelas #mrkupang ini lagi, dia mengambil kupang segar daripada sepupunya di Melaka. Sepupunya memiliki tempat memproses kupang di sana. Kupang yang dibekalkan oleh sepupunya ini diambil dari Johor.
Siang Dengan Betul
“Kupang hijau atau green mussel adalah sejenis haiwan bercengkerang yang sangat sedap bila dimakan. Terdapat banyak jenis kupang ini di seluruh dunia. Dan ia boleh hidup di sesetengah kawasan perairan laut.
“Di Malaysia, kupang sangat popular di selatan tanah air. Jenis kupang banyak di sini adalah kupang hijau. Kupang hijau terbahagi kepada 2 jenis tempat pembiakannya iaitu pusat ternakan (kelong); dan hidup secara liar (batu-batu atau tiang-tiang).
“Kupang sangat unik. Sebab itu kita kena siang kupang secara betul sehingga benar-benar bersih, tidak seperti kerang yang boleh terus dimasak dan dimakan.”
Tip Pilih & Siang Kupang
1-Pastikan kupang itu benar-benar segar dan hidup. Kupang yang hidup kita boleh tahu bila kita lihat ia terbuka dan kita ketuk sikit, ia akan tertutup rapat.
Hendak tahu kupang itu segar, kita boleh lihat dari pandangan mata. Kalau melalui deria hidung, kita boleh bau air laut itu. Kalau ada bau busuk yang kuat dan kupang ternganga, lebih baik buang sahaja kupang tersebut.
2-Basuh kulit kupang hingga bersih daripada sebarang benda asing. Dan yang paling penting, gumpalan rambut yang ada pada kupang tersebut haruslah dibuang.
Caranya mudah sahaja. Kita hanya perlu tarik sahaja rambut tersebut. Rambut ini kalau tidak dibuang boleh menyebabkan kita sakit perut setelah memakannya.
Kalau nak lebih mudah, sampai sahaja di rumah, terus masukkan kupang ke dalam freezer selama 15 hingga 20 minit. Biarkan kupang mati dalam freezer.
Kemudian basuh kupang tersebut. Rambut akan mudah tanggal bila ditarik sebab kupang itu telah mati.
3-Setelah dicuci sehingga bersih, bolehlah masak kupang mengikut menu yang diinginkan.
“Kita boleh pilih samada nak masak sekali dengan kulit atau hanya masak guna isi kupang. Jika mahu masak kupang dengan kulitnya sekali, kita boleh terus sahaja masak.
“Dan jika kita mahu masak tanpa kulit, apa yang boleh dibuat adalah rebus kupang separuh masak, kemudian barulah kopek isi daripada kulitnya.”
Berikut adalah antara menu yang boleh kita buat dengan kupang.
1-Kupang rebus cicah sos kicap cili.
2-Kupang tumis cili bawang serai.
3-Kupang masak lemak cili padi.
4-Sambal kupang (nasi lemak)
5-Rendang kupang.
Kaki kiri dipotong akibat kencing manis itulah nasib yang menimpa ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip. Kasih ibu membawa ke syurga, sebagai anak sudah...