Susu Kultur Dimomokkan Minuman Untuk Perut ‘Sihat’, Namun Hakikat Sebenar Adalah Sebaliknya!

Share

Susu Kultur seringkali dimomokkan sebagai minuman untuk perut ‘sihat’ dan ‘baik’ untuk usus. Namun hakikat yang sebenar adalah sebaliknya. Peringatan penting buat mak ayah, sebelum nak beli Susu Kultur untuk anak, mohon faham baca label dan kandungan minuman ini dahulu.

Melalui perkongsian oleh Puan Intan Nornie Sheika yang gemar menulis mengenai ilmu pemakanan sihat, wanita ini mengajar cara mudah untuk faham bacaminuman susu kultur serta bahayanya gula tambahan yang tersembunyi pada anak-anak.

Berikut antara perkongsiannya;

Susu kultur.
Antara stok wajib ada di rumah. Minuman untuk perut yang sihat. Kita dimomokkan sebegini bukan oleh industri susu kultur komersil ?

GULA TAMBAHAN TERSEMBUNYI

Perhatikan di bahagian label minuman. Ada perkataan fruktosa ? Dibahagian depan sekali atau paling hujung ?

+ Bahan yang dicatatkan paling awal dalam label bahagian isi kandungan (ingredient) adalah paling banyak digunakan.

Perhatikan contoh gambar. Label minuman ****is. Dikatakan perisa Asli. Dan tertera di bahagian maklumat pemakanan, mengandungi 39.2g gula ! Ramuannya juga, dimulai dengan air gula dan susu skim. Juga terdapat ejen antibuih.

Gula fruktosa adalah punca utama pada kucar-kacir sistem pertahanan tubuh. Saraf rosak dan otak lembab.

Punca obesiti dan ketagihan gula yang sangat teruk pada kanak-kanak.

BERI ANAK REAL FOOD

Jika benar ibubapa ingin menjaga kesihatan usus anak perkara pertama yang harus dilakukan ialah BERI ANAK MAKAN ‘REAL FOOD’.

Makanan yang baik untuk usus adalah yang datang dalam bentuk semulajadi. Mahukan bakteria baik ? Usahakan beri anak-anak makan makanan yang ditapai atau melalui fermentasi. Paling mudah, sayur jeruk atau buah-buahan jeruk melalui kaedah yang betul.

ASAS SISTEM PENGHADAMAN

Kemudian amalkan ajaran agama kita, ia memang asas untuk sistem penghadaman yang baik. ‘Gut healing’ secara alami.

+ Kunyah makanan lebih lama (enzim amilase dalam airliur)
+ Makan dengan tangan kanan (ada manfaat dari segi penghadaman)
+ Jilat jari selepas makan (membantu enzim amilase semasa mengunyah lebih efektif)
+ Badan tegak semasa makan (perjalanan makanan di esofagus ke usus)

Bila tibu bercerita tentang susu kultur komersil, tibu tidak mengajak anda semua boikot pasaran makanan komersil.
Nehi kabhi nehi.

Tibu ajak, kita semua cakna membaca label. Itu sahaja.

Nota Trivia pemakanan : Susu Kultur

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat dan kongsikan juga kepada ibu bapa yang lain.

Semoga kita sama-sama menjaga pemakanan anak-anak dan berikan yang terbaik buat mereka.

Sumber:Intan Nornie Sheika

Published by
Suhaidah Abd Wahab