Susu Badan ‘Tak Murah’, Penghasilannya Dibayar Dengan Pengorbanan Besar Seorang Ibu

Share

Salah satu keperluan anak yang mesti disediakan adalah nutrisi lengkap untuk tumbesaran mereka iaitu susu. Tak kiralah baik susu formula mahupun susu badan. Kedua-duanya memang ‘mahal’ harganya dan ada nilai yang perlu dibayar memandangkan untuk menghasilkannya bukanlah mudah.

Untuk faham lebih lanjut, baca penjelasan daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.

Sahabat kita ni, dia belum kahwin. Kakaknya (yang ada anak kecil) minta tolong dia belikan susu formula bayi. Dia terkejut lihat harga susu formula bayi, tak sangka ia semahal itu.

Susu formula bayi (secara umum, bukan jenama ini sahaja) memang mahal, tapi tahu tak kenapa ia mahal?

Susu gantian susu badan ni, bukan sekadar susu lembu atau susu soya. Ia diformulasi khas supaya mirip kepada kandungan nutrisi optimum dalam susu badan. Sebab itu nama dia susu formula.

Diformulasi tu maknanya macam mana?

Susu haiwan dan susu soya mempunyai nisbah kandungan protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral yang tidak sama dengan kandungan dalam susu badan.

Nisbah ni perlu diubah mirip susu badan bagi memastikan keperluan nutrisi bayi dapat dipenuhi, mengelakkan nutrisi berlebihan, serta mengoptimakan pencernaan dan penyerapan nutrisi oleh bayi.

Proses nak ubah ni agak kompleks dan menggunakan peralatan yang canggih. Kemudian, perlu pula buat pempasteuran dan pensterilan memastikan keselamatan produk berkenaan.

Pendek kata, susu formula ni rumit nak buat.

Susu Badan Sukar Dihasilkan

Namun, kita kena tahu bahawa susu badan pun adalah komoditi yang sukar untuk dihasilkan. Ia bukan sesuatu yang enteng dan semua orang boleh lakukan. Ia perlukan banyak komitmen.

Seorang ibu yang ingin menghasilkan susu badan perlukan mengambil nutrisi yang cukup untuk menampung keperluan dirinya dan keperluan menghasilkan susu badan.
Ibu ini kena jaga makan dan minumnya dengan baik. Kena rehat secukupnya. Kena jaga kesihatan. Kena menjaga emosi dan kesihatan minda. Dalam masa yang sama, perlu jaga segala keperluan si bayi.

Keperluan bayi ni bukan benda mudah. Bayi kerap minum, terbelahak, kencing, kembung. Kadang-kadang tak tahu apa mahunya. Dia hanya menangis sahaja. Ini sedikit sebanyak akan beri gangguan si ibu.

Susu Badan, Pengorbanan Besar Seorang Ibu

Susu badan ini tak murah. Penghasilannya dibayar dengan pengorbanan besar seorang ibu. Dia hadapi letih, lenguh, mual, sakit, pedih, pening, dan kesengsaraan lain untuk hasilkan susu.

Dah 9 bulan hadapi payah kehamilan, kena hadapi pula perih penyusuan. Memang tak mudah. Sebab itu tak semua ibu dapat hasilkan susu yang mencukupi, dan ia bukan salah mereka.

Saya ambil peluang ini untuk berpesan dua perkara:

  • Suami Juga Perlu Berkorban, Sama-Sama Besarkan Anak

Para suami perlu pikul bersama beban membesarkan anak. Kita tak boleh hasilkan susu badan, tapi kita boleh sediakan makan minum yang terbaik buat isteri.
Kita juga perlu bekalkan segala keperluan untuk isteri berasa selesa. Ringankan tulang, dan sentiasa peka dengan emosi isteri. Ambil giliran jaga anak. Suami juga perlu berkorban.

  • Jangan Pandang Rendah Ibu Beri Susu Formula

Susu badan memang pilihan terbaik, namun jangan sehingga terlalu memandang rendah ibu yang memberikan susu formula pada bayi mereka. Tak semua ibu mampu hasilkan susu badan.

Kena ingat bahawa ada yang terpaksa beri bayinya susu formula kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan. Jadi janganlah kita mudah menghakimi dan menghukum.

Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Baca Lagi Di Sini:
Isteri Boleh Minta UPAH MENYUSU Pada Suami, Self Reward Menyusu Anak

MW: Ada benarnya, baik susu formula mahupun susu badan kedua-duanya memang ‘mahal’ kerana proses ‘pembuatannya’ rumit dan bukanlah mudah. Jangan bandingkan kedua-duanya kerana pastinya niat utama si ibu untuk berikan yang terbaik untuk pembesaran anak.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 12 Jun dan 26 Jun 2021 ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab