Hiburan

Susu Badan Sikit, Pelakon Shakilla Khoriri Stress & Hampir Putus Asa

Share

Setelah melahirkan anak, dikurniakan susu badan yang banyak dan mencukupi merupakan satu anugerah dan rezeki yang tak ternilai. Namun bukan semua wanita bertuah dapat rezeki ini, walaupun pelbagai usaha, tips dan cara telah dilakukan untuk menambahkan susu badan.

Baru-baru ini, pelakon Shakilla Khoriri, 30 ada meluahkan rasa kecewa dan berasa tertekan apabila menghadapi masalah kekurangan susu badan.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Shakila mendedahkan telah melakukan pelbagai usaha dan tips untuk memperbanyakkan susu badan.

Menurut Shakilla lagi, dia telah berusaha menambah susu badan sejak hari pertama melahirkan anak pertamanya, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu, namun semuanya tidak berhasil.

Dek kerana tertekan dan kecewa susu badannya sedikit, Shakilla mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan penyusuan badan buat anaknya meskipun masih menjalani tempoh berpantang.

“Stres..Ya! Stres sejak hari pertama sampai sekarang. It’s okay. Selamat tinggal susu badan. No friend anymore”.

“Pill milk booster, horlick, air suam dan segala air banyakkan susu. All done!”

“Fed up. Almost give up!”

Terdahulu, Shakilla dan suami, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Shakilla selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat di Damansara pada 14 Mac lalu.

MW: Susu ibu adalah susu eksklusif yang terbaik buat anak. Perlu ada ilmu dalam penyusuan bayi agar berjaya menyusukan sekurang-kurangnya enam bulan hingga tempoh 2 tahun.Namun jika telah berusaha pelbagai cara dan tips masih tidak berjaya, jangan bersedih pasti ada rezeki yang lain. Doa kan sahaja yang baik-baik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab