Susahnya Nak Heret Pasangan Curang Di Mahkamah, Peguam Terang Sebab Gagal

Share

Sakit hati sangat-sangat bila kepercayaan yang isteri atau suami beri, tapi curang yang pasangan balas. Tak kiralah.. artis ke.. doktor ke.. kalau dah pilih untuk curang, memang susah nak bagi sedar.

Kata Peguam Syarie ini, Khairul Fahmi Ramli terdapat tujuh sebab kenapa sukar nak buktikan pasangan curang dalam kes fasakh. Jadi elakkan.. sebab akhirnya anda lagi akan sakit hati.

Kenapa Isu Curang Pasangan Sering Gagal Dibuktikan Dalam Fasakh

Kelmarin (ketika status dimuat naik) sewaktu menanti perbicaraan kes fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar, pun saya dengar isu pengesahan lafaz cerai luar Mahkamah sebab isteri yang curang.

Jadi, isu curang ni, mau tak mau, kita kena terima, bukan laki saja curang, perempuan pun ada jugak. Saya bukan nak back up lelaki dan saya pun tak back up perempuan.

Tapi, yang saya nak ulas sebab banyak soalan yang tanya pada saya tentang isu curang dan pengalaman bawa kes fasakh tentang isu curang suami atau isteri.

  • Dalam kes Fasakh, isu curang, kalau isteri mendakwa bahawa suami bermain kayu tiga atau isteri ada hubungan dengan lelaki lain, selalu sukar bagi Mahkamah untuk sabitkan tuduhan atas alasan di bawah seksyen 53(1)(h)(ii) iaitu :
  • bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, (ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;
  • Sebabnya, ada beberapa faktor yang gagal dibuktikan oleh pihak yang mendakwa. Dalam undang-undang serta Hukum Syarak, orang yang mendakwa perlu buktikan dakwaannya

Ini 7 Bukti Curang Pasangan Yang Gagal

Jadi, yang selalu jadi masalah untuk buktikan isu curang ni bagi tuntutan fasakh adalah :

Suami/Isteri Tak Mengaku

Ini perkara biasa. Siapa nak ngaku salah. Kalau betul fitnah, takpe la kalau nak pertahan. Tapi curang ni benar, tapi berdusta di dalam Mahkamah, hanya Mahkamah Allah sahajalah yang akan menanti. Jika suami/isteri tiada bukti untuk dakwa tentang curang ini, maka, pengakuan sahaja yang boleh menjadi bukti terhadap tuntutan.

Tiada Saksi/saksi Hanya Dengar Cakap

Selalu juga bila nak bukti bab curang ni, suami/isteri bawa saksi yang tak pernah nampak pun kecurangan tu. Cuma, saksi yang hanya dengar daripada luahan hati orang yang mendakwa sahaja.

Contohnya, isteri mengadu kat ayah, jadi ayah hanya cerita melalui aduan anaknya sahaja. Atau suami bawak saksi yang dengar daripada cakap orang lain sahaja yang isterinya curang. Lagi pening, kalau tak ada saksi langsung.

Gambar WhatsApp/Message Screenshot

Ada banyak juga yang kini bawak bukti pada Mahkamah tentang mesej suami dengan perempuan lain, isteri dengan lelaki lain. Cuma, yang jadi masalah masa bicara adalah gambar screenshot mesej yang dilampirkan, tak ada bukti yang asal.

Yelah, bukti asal dalam henset suami contohnya, entah ada atau tak lagi dalam henset tu. Jadi, mau tak mau, bukti screenshot ni hanya bukti sekunder la, tak boleh lah nak jadi bukti primer. Ada setengah keadaan tu, gambar screenshot tu sendiri hilang dari handphone sendiri pun ada.

Gambar Dan Video Tak Jelas

Ada pihak yang memang ada gambar suami/isteri curang atau kelakuan keji. Ada banyak keadaan, gambar yang dilampirkan kurang jelas identiti orang tersebut.

Contohnya, ada gambar yang diambil dalam gelap seperti di clubbing, nampak macam edit pun ada, dan lain-lain.

Ada yang lampir gambar seluar dalam yang diberi oleh isteri kepada lelaki lain, tapi mana nak tahu, entah betul atau tak gambar seluar dalam tu milik isteri. Ni contoh kes saya dulu-dulu.

Gambar Dan Video Ambil Daripada Facebook, Wechat & Lain-lain

La ni, mudah ja nak ambil gambar. Buka kat FB, Instagram, Wechat dah ada macam-macam gambar yang boleh tunjuk pada kecurangan. Sekarang ni, tik tok pun boleh jadi bukti video menunjukkan kecurangan.

Tapi, banyak keadaan, bila masuk waktu bicara, bila nak bukti, semua tu dah tak ada. Dah kena delete. Jadi, bukti-bukti macam ni, boleh jadi bukti sekunder saja lah selalunya. Kita tak boleh nak tender bukti dokumen tersebut sebagai eksibit(bukti primer).

Tiada Tangkapan Dan Dakwaan

Ada sesetengah orang dakwa suami/isterinya pernah berzina, khalwat, berhubungan dengan orang lain lebih daripada suami/isteri. Tapi, orang yang didakwa tersebut tak pernah pun ditangkap, didakwa atau dihukum oleh Mahkamah atas mana-mana kesalahan yang boleh tunjukkan kata dia curang. Melainkan, memang dapat terbukti suami/isteri kena hukum atas kesalahan tertentu.

Kisah Yang Terlalu Lama

Sebilangan orang, ada yang cuba nak dakwa tentang kecurangan. Tapi, isu curang rumahtangga mereka, isu yang dah terlalu lama. Sampai 10 tahun yang lalu pun ada.

Sedangkan, dalam tempoh tahun lepas baru bersalin anak yang ketiga contohnya. Memang susah la nak kata tentang curang tersebut. Bila dah terlalu lama, boleh jadi perkara tersebut benar, tapi dah taubat.

Mungkin ada lagi yang lain-lain contoh, cuma ini berdasarkan pengalaman di dalam Mahkamah. Ada keadaan, Mahkamah terima tuntutan fasakh atas dakwaan ini, tapi banyak keadaan, perkara tersebut gagal dibuktikan.

Kita tak tahu hal yang sebenar, melainkan pihak-pihak yang berkahwin tersebut dan Allah SWT. Moga kita dapat faham sikit sebanyak.

Kalau sharing saya ini dapat banyak sambutan, saya akan share bukti-bukti yang terbaik untuk isu kecurangan ini dalam tuntutan fasakh. Insya allah.

Sila share dan kongsikan ilmu ini untuk sedekah ilmu yang anda pelajari ini, kepada rakan-rakan yang lain.

MW : Benarlah apa kata peguam syarie ini, curang itu bukan benda baru. Tapi janganlah ambil tindakan sendiri apabila pasangan curang. Ada jalan lebih baik untuk selesaikan masalah rumahtangga ini dengan bijak.

Sumber/Foto : Fahmi Ramli, follow saya Khairul Fahmi & Associates dan Khairul Fahmi Ramli untuk dapat lebih info dalam kamar syariah.

Published by
NETTY AH HIYER