Selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak  perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.

Mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami. S

Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.

Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.

Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3-4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Meninggal Tanpa Pewaris, Isteri Boleh Tuntut Harta Walaupun Semuanya Anak Perempuan

Bila Anak Perempuan Akil Baligh, DOSAnya Terkait Dengan Ayah, Berpesanlah Mak Ayah Padanya!

Ads

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Perempuan Sulung, Ada Berkatnya

Antara intipati lain dalam perkongsian ustaz Muhaizad ini turut mengatakan:

Bila anak perempuan berkahwin, ketaatannya pada suami. Sebaliknya, suami/lelaki ketaatannya pada ibu.

Ads

Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.

Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.

Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.

Ads

Mingguan Wanita : Jangan sedih, anak lelaki atau perempuan, masing-masing ada rezeki dan keberkatannya. Paling penting, mak ayah kena jaga amanah yang diberikan.

Sumber: @umyrh (tiktok)

@nothing.justshare Anak perempuan 🥰 #ustazmuhaizad #ceramahislam #dakwahtiktok #fyp #ilmuislam #temanhijrah ♬ original sound – srikandi – .

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI