'Susah Sangat Ke Nak ‘Info’ Orang Rumah Lokasi Jalan Jalan Suami’ Isteri Bukan Busy Body, Dia Cuma Risau

Perangai lelaki rata-ratanya memang macam ini agaknya. Selagi boleh, takkan info atau beritahu isteri ke mana dia nak pergi. Takut terkantoi lokasi jalan-jalan suami ke macam mana? Ini bukan MW yang kata tau. Pengakuan jujur lagi tulus ini dikongsikan sendiri oleh Azlan Noor.

Dari sudut pandangan seorang suami, yang pernah terkantoi dengan surihati sebab tak info orang rumah bila nak ke mana-mana. Dan cerita terkantoi ini pun pernah jadi dekat kawan lelakinya juga. Yang akhirnya memakan diri sendiri.

Fahamkan ya suami, bila anda ‘info’ isteri, anda tetap gentleman. Dan kebiasaan yang susah ini, andai dibiasa-biasakan REZEKI hebat nanti yang suami dapat.

 

‘Susah Sangat Ke Nak ‘Info’ Orang Rumah Lokasi Jalan Jalan Suami’ Isteri Bukan Busy Body, Dia Cuma Risau

Aku Kantoi Dengan Bini Semalam

Pagi-pagi lagi kawan tiba tiba muncul sambil tangan kat kepala, “Pokle.. aku kantoi dengan bini semalam. Kantoi kita gi makan kat Paramount Coffee House tu. Adui.”

Dengar macam tu saya gelakkan aje sambil sound direct lagi, “Haa. Tu la kau. Padan muka. Aku dah cakap banyak kali, nak gi mana mana bagitahu bini. Jangan sorok.”

Petang tu, memang kami dah plan nak keluar makan. Lepas waktu kerja. “Jom kita makan kat Paramount Coffee House.” Kawan bagi cadangan. Bincang-bincang, setuju nak try kafe tu.

Kafe tu memang tiptop. Ada feel macam hipster campur restoran mewah. Makanan ok. Rasa ada. Portion boleh tahan. Harga je so so. Nasib dah gaji. Boleh tutup sebelah mata.

Kawan saya cakap dia memang ada plan nak bawa family datang makan sini. Tak sempat lagi.

Aku tak cakap kat bini aku kita makan sini. Aku cakap nak keluar dengan Pokle je. Takut dia fikir apa pulak.” Dia buat pendedahan.

Apa susah sangat nak info. Cakap je la. Itu pun susah ke? Bukan orang lain.”

Ads

 

‘Susah Sangat Ke Nak ‘Info’ Orang Rumah Lokasi Jalan Jalan Suami’ Isteri Bukan Busy Body, Dia Cuma Risau

Aduh.. Resit Tu Berlipat Dalam Kotak Chuross Isteri

Dalam banyak-banyak yang kami order tu, ada satu dia nak order ‘take away’. Nak bagi isteri. Ambil hati la konon. Set churros jadi pilihan. Feveret bini aku katanya.

Selesai makan, bayar, kami gerak balik. Dia dengan churros untuk isteri kesayangannya.

Masa kat rumah dia la jadi benda lawak tu.

Isteri dia buka kotak churros tu, nampak ada satu kertas berlipat. Dibuka lipatan satu persatu.

Wow! Paramount Coffee House.”

Member saya tu terus toleh. Rasa lain macam. Ibarat seketul peluh keluar kat dahi. Rupanya resit lepas bayar tadi dia lipat bubuh dalam kotak tu.

Ads

Terus gelabah fikir ayat cover apa nak cakap, “Biasa je makanan kat sini. Harga pun mahal.” Punyalah nak sorok. Last-last kantoi. Haha.

Suami Rasa Tak ‘Info’ Isteri Pun Tak Apa.. Salah Tu!

Saya berani sound tu sebab dulu saya pun macam tu juga. Bila ada kerja di ofis kena stayback, saya tak info surihati. Bila keluar minum dengan kawan lepas kerja, pun saya diam juga. Kita rasa macam kalau tak info isteri pun tak pe.

Sampailah satu masa surihati bersuara.

Bila fikir-fikir, betul juga cakap surihati saya. Isterilah yang patut kena tahu apa yang suami nak buat. Mana kita nak pergi. Lagipun tak salah kalau kita cerita benda betul.

Teringat masa surihati keguguran dulu. Nasib baik masa tu kat ofis. Buatnya saya merendek kat tempat lain, mengagau la dia seorang diri.

Allah. Minta jauh la.

 

‘Susah Sangat Ke Nak ‘Info’ Orang Rumah Lokasi Jalan Jalan Suami’ Isteri Bukan Busy Body, Dia Cuma Risau

Ads

5 Sebab Suami Perlu Info Isteri Bila Nak Ke Mana Mana

Sebenarnya, bila suami info isteri,

1. Rasa Bimbang Mereka Tu Kurang

Kalau jadi apa-apa, mereka tahu mana nak cari. Kalau tak info, selagi suami tak jejak rumah, selagi tu la isteri ni risau. Hati tak tenang. Jiwa gelisah.

2. Isteri Rasa Dihormati

Isteri kita tu ibarat rakang kongsi dalam bisnes(rumah tangga). Bila kita kasi info, ibarat kita bagi penghormatan. Mereka tu bukan tunggul kayu kat rumah.

3. Bentuk Komunikasi Dalam Hubungan

Komunikasi ni mesti dua hala. Tak boleh dia je kena bagitahu. Suami pun sama. Bila ada macam tu, mereka tahu kita jujur. Trust akan bertambah. Maka terbitlah rasa kasih, sayang dan cinta.

4. Suami Yang Jujur Adalah GENTLEMAN

Isteri mana yang tak impikan suami yang gentleman. Biar tak hensem, asal tahu cara dan layanan terbaik untuk pasangan. Tak semestinya kena belai setiap masa. Bagi sms sepatah pun dah kira gentle la tu.

5. Latih Diri Buang Sifat EGO

Lelaki dan ego berpisah tiada. Takut dikatakan suami pengecut setiap aktiviti nak kena bagitau bini.

Dengar sini wahai suami sekalian, anda tak dicop pengecut jika tak info isteri. Tapi anda pengecut jika dah susahkan pasangan, tak jujur, tak hormat isteri dan ego melampau.

Tak perlu berahsia dengan isteri. Benda baik dan betul, jangan sorok. Bila kantoi, jenuh nak cover. Itu pun kalau isteri ‘termakan’ dengan cover korang tu. Haha.

Jadilah suami yang gentleman.

Kita hormat dia, dia hormat kita balik. Basic rule je. Sebagai manusia.

Kalau rasa diri tu manusia la. Lain la kalau rasa diri tu kayu.

Sumber/Foto : Azlan Noor
.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI