“Susah Dapat Jiran Mental”, Wanita Kongsi Pengalaman Gaduh Besar Bila Jiran Bolot Tempat Parking

Share

Susah dapat jiran mental, wanita kongsi pengalaman gaduh besar bila jiran bolot tempat parking.

Adat berjiran, kena ada tolak ansur. Ini kerana jiran adalah seperti “saudara” terdekat bila berlakunya musibah kerana merekalah orang yang akan datang dahulu berbanding adik beradik kita.

Tidak dinafikan ada jiran yang baik hingga mesranya bagai adik beradik tapi ada juga jiran perangai mental umpama dari neraka.

Susah Dapat Jiran Mental

Satu perkongsian dari akaun Tik Tok @husnayasin268 bila mana dirinya berkongsi peristiwa pahit bergaduh besar dengan jiran yang sesuka hati meletak kenderaan hingga menyukarkan orang lain meletak kenderaan. Dan keadaan menjadi lebih kecoh bila keretanya tergesel kereta jiran hingga mencetuskan pergaduhan besar membawa ke balai polis. Videonya dimuat naiknya telah ditonton lebih 2.5 juta orang.

@husnayasin268 Ni start permulaan bergaduh besar..sis blik dr beraya…smpi rumah pukul 5,terus masuk rumah…tgk tv..pukul 6,sis suh ank2 sis main kt luar..x smpi brp minit 3@3 ank sis masuk rumah dgn muka pucat lesi,ingtkn knp..sis buka pintu sbb bising sgt,rupenye 3 berank duk tgking2 ank sis..sis mmg da lame sabar dgn jiran ni..ape lg meletop jg la ptg tu…di ckp sis lepas lggr masuk rumah..mmg sis x sedar lgsung..sbb bergesel je pon…kene getag kt tayar…cup tepi lmpu die pecah..altest bgtau la elok2..kite bolh terima ni tgking2 kot..semua jiran keluar…kite nk settle elok nk byr terus..ko tak nak..alasan nk claim insuran…ko silap ko ckp kete tu br lepas cat..byk lg tak siap..ape nk claim bnda lain ke…..klu cup tu je.sikit sgt nk claim..x padan..okla nk ikut low sgt..kite buat report..padan la mula..cliam pon ko tak dpt…mmg sikit je kene.. #part2
♬ original sound – husnayasin268

Wanita Kongsi Pengalaman Gaduh Besar Bila Jiran Bolot Tempat Parking

Kongsinya:-

Ni start permulaan bergaduh besar. Sis balik dari beraya. Sampai rumah pukul 5 terus masuk rumah tengok tv. Pukul 6 sis suruh anak-anak main di luar. Tak sampai tiga minit, tiga anak sis masuk rumah dengan muka lesi.

Ingatkan kenapa. Sis buka pintu sebab bising sangat. Rupanya tiga beranak duk tengking-tengking anak sis. Sis memang dah lama sabar dengan jiran nie. Apa lagi meletup juga la petang tu. Dia cakap lepas sis langgar masuk rumah. Memang sis tak sedar langsung sebab bergesel je pun.

Kena getaq dekat tayar. Cup tepi lampu dia pecah. At least bagitahu la elok-elok. Kita boleh terima. Ini tengking-tengking kot. Semua jiran keluar. Kita nak sattle elok nak bayar terus. Kau tak nak. Alasan nak claim insuran.

Ko silap, ko cakap kereta tu baru lepas cat. Banyak lagi tak siap. Apa nak claim benda lain ke. Kalau cup tu je. Sikit sangat nak claim. Tak padan. Oklah kita ikut low sangat. Kita buat report. Padan la muka. Claim pun ko tak dapat. Memang sikit je kena,” kongsinya.

Selepas hal ini kecoh, dia memang telah membawa hal ini ke balai polis.

TONTON VIDEO DI SINI :- Bila dapat jiran mental. Semua tempat dia punya. Parking kat corner. Pokok bunga penuh tepi rumah. Tak boleh nak dengar nasihat. Serabut betulll…

“Alhamdulillah, dah selesai buat report. Kan tak ada sapa untung. Insuran tak boleh claim pun sebab cabut yang tu aje. Sis nak slesai luar tak nak. Nak ikut law sangat. Belum sampai dah minta  nombor insuran. Nasib tak bagi. Ingat boleh claim beribu kot. Last saman dapat, kete pun kena repair sendiri. Cakap elok-elok kan senang, tak perlu terjerit-jerit tiga beranak tu, kongsinya lagi.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Tidak Fikir Perasaan Orang Lain. “Pening Kepala Dapat Jiran Perangai Macam Ni…’

Sudahlah Tidak Bayar Sewa Enam Bulan, Penyewa Dari Neraka Tinggalkan Lautan Sampah, Najis

Mulanya Kongsi Minat Masak, Akhirnya Jatuh Cinta Dengan Jiran Sebelah Rumah

“Jiran Kerap Dengar Bunyi Bising Berakhir Tragedi”, Suami Maut Dipercayai Dipukul Isteri

AJAIB Anak Jiran Kerap Balik Kampung, Tak Tunggu Raya/Cuti Sekolah

Dalam pada itu, Husna turut berkongsi perangai buruk jirannya yang menanam pokok dan meletak pasu bunga hingga menghalang laluan parking. Dan kerana geram juga, dia akan membuat aduan ke PBT mengenai situasi berkenaan.

Kongsinya, dah  settle buat aduan bertulis. Sebelum ini aduan online tak jalan. Bagitahu juga ini dah aduan ke berapa dah. Senyum je mereka. Mungkin dia ornag kenal jiran sis kot. Sis ugut, kalau tak ada apa tindakan juga, sis viral lagi. Tonton video di sini :- 

Inilah padahnya bila bermusuh dengan jiran.  Apa pun tak menguntungkan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros