Susah dapat jiran mental, wanita kongsi pengalaman gaduh besar bila jiran bolot tempat parking.
Adat berjiran, kena ada tolak ansur. Ini kerana jiran adalah seperti “saudara” terdekat bila berlakunya musibah kerana merekalah orang yang akan datang dahulu berbanding adik beradik kita.
Tidak dinafikan ada jiran yang baik hingga mesranya bagai adik beradik tapi ada juga jiran perangai mental umpama dari neraka.
Susah Dapat Jiran Mental
Satu perkongsian dari akaun Tik Tok @husnayasin268 bila mana dirinya berkongsi peristiwa pahit bergaduh besar dengan jiran yang sesuka hati meletak kenderaan hingga menyukarkan orang lain meletak kenderaan. Dan keadaan menjadi lebih kecoh bila keretanya tergesel kereta jiran hingga mencetuskan pergaduhan besar membawa ke balai polis. Videonya dimuat naiknya telah ditonton lebih 2.5 juta orang.
@husnayasin268 Ni start permulaan bergaduh besar..sis blik dr beraya…smpi rumah pukul 5,terus masuk rumah…tgk tv..pukul 6,sis suh ank2 sis main kt luar..x smpi brp minit 3@3 ank sis masuk rumah dgn muka pucat lesi,ingtkn knp..sis buka pintu sbb bising sgt,rupenye 3 berank duk tgking2 ank sis..sis mmg da lame sabar dgn jiran ni..ape lg meletop jg la ptg tu…di ckp sis lepas lggr masuk rumah..mmg sis x sedar lgsung..sbb bergesel je pon…kene getag kt tayar…cup tepi lmpu die pecah..altest bgtau la elok2..kite bolh terima ni tgking2 kot..semua jiran keluar…kite nk settle elok nk byr terus..ko tak nak..alasan nk claim insuran…ko silap ko ckp kete tu br lepas cat..byk lg tak siap..ape nk claim bnda lain ke…..klu cup tu je.sikit sgt nk claim..x padan..okla nk ikut low sgt..kite buat report..padan la mula..cliam pon ko tak dpt…mmg sikit je kene.. #part2♬ original sound – husnayasin268
Wanita Kongsi Pengalaman Gaduh Besar Bila Jiran Bolot Tempat Parking
Kongsinya:-
Ni start permulaan bergaduh besar. Sis balik dari beraya. Sampai rumah pukul 5 terus masuk rumah tengok tv. Pukul 6 sis suruh anak-anak main di luar. Tak sampai tiga minit, tiga anak sis masuk rumah dengan muka lesi.
Ingatkan kenapa. Sis buka pintu sebab bising sangat. Rupanya tiga beranak duk tengking-tengking anak sis. Sis memang dah lama sabar dengan jiran nie. Apa lagi meletup juga la petang tu. Dia cakap lepas sis langgar masuk rumah. Memang sis tak sedar langsung sebab bergesel je pun.
Ads
Kena getaq dekat tayar. Cup tepi lampu dia pecah. At least bagitahu la elok-elok. Kita boleh terima. Ini tengking-tengking kot. Semua jiran keluar. Kita nak sattle elok nak bayar terus. Kau tak nak. Alasan nak claim insuran.
Ko silap, ko cakap kereta tu baru lepas cat. Banyak lagi tak siap. Apa nak claim benda lain ke. Kalau cup tu je. Sikit sangat nak claim. Tak padan. Oklah kita ikut low sangat. Kita buat report. Padan la muka. Claim pun ko tak dapat. Memang sikit je kena,” kongsinya.
Selepas hal ini kecoh, dia memang telah membawa hal ini ke balai polis.
“Alhamdulillah, dah selesai buat report. Kan tak ada sapa untung. Insuran tak boleh claim pun sebab cabut yang tu aje. Sis nak slesai luar tak nak. Nak ikut law sangat. Belum sampai dah minta nombor insuran. Nasib tak bagi. Ingat boleh claim beribu kot. Last saman dapat, kete pun kena repair sendiri. Cakap elok-elok kan senang, tak perlu terjerit-jerit tiga beranak tu, kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Husna turut berkongsi perangai buruk jirannya yang menanam pokok dan meletak pasu bunga hingga menghalang laluan parking. Dan kerana geram juga, dia akan membuat aduan ke PBT mengenai situasi berkenaan.
Kongsinya, dah settle buat aduan bertulis. Sebelum ini aduan online tak jalan. Bagitahu juga ini dah aduan ke berapa dah. Senyum je mereka. Mungkin dia ornag kenal jiran sis kot. Sis ugut, kalau tak ada apa tindakan juga, sis viral lagi. Tonton video di sini :-
Inilah padahnya bila bermusuh dengan jiran. Apa pun tak menguntungkan.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Allahu sungguh malang tidak berbau, seorang wanita parah ditikam anak lelakinya yang berusia 14 tahun ketika mangsa sedang tidur di rumahnya di Bukit Yong, di sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam dengan wanita berusia 41 tahun kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat kecederaan parah.
Pisau Tertusuk Dada
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, berkata kejadian berlaku ketika mangsa tidur bersama suspek di sebuah bilik sama sebelum tiba-tiba terasa sakit.
“Sejurus tersedar mangsa mendapati sebilah pisau tertusuk pada dadanya lantas memanggil suaminya yang sedang tidur di ruang tamu.
“Mangsa kemudian tidak sedarkan diri selepas mencabut sendiri pisau terbabit pada dadanya sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh oleh suaminya,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Gambar hiasan
Paru-Paru Bocor
Mohd Nor berkata, doktor memaklumkan kesan tikaman mengakibatkan paru-paru mangsa bocor sebelum dia dirujuk ke HUSM susulan kehilangan darah yang banyak.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati, mangsa ditikam suspek menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur rumah.
“Suspek yang juga anak ketiga dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Putih dikatakan mengalami demam sejak dua hari lalu dan memerlukan pemantauan daripada mangsa.
“Susulan kejadian itu, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya mengesahkan motif kejadian masih dalam siasatan.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat mangsa. Semoga diberi kesembuhan. Pasti ada sebab tersendiri anak remaja ini sanggup lakukan sedemikian. Doakan sahaja yang terbaik buat keluarga ini.
Siapa sangka rupanya ada kerjaya sebagai ‘Penunggu Professional’ yang sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya demi upah lumayan. Malah pelanggan sanggup membayar upah yang tinggi kerana terhad dengan masa dan mempunyai komitmen lain.
Upah RM903 Sehari
Seorang lelaki berusia 31 tahun dari United Kingdom memilih bekerja sebagai ‘penunggu profesional’ semasa waktu lapang dengan meraih 160 pound (RM903) sehari.
Lapor Oddity Central, Freddie Beckitt sanggup beratur panjang selama berjam-jam bagi setiap pelanggan yang terdiri daripada golongan kaya yang menggunakan khidmatnya.
Sudah berkecimpung selama tiga tahun dengan menjadikan sebagai karier sambilan, penulis fiksyen dari Fulham itu mampu meraih 20 pound (RM112) sejam.
Freddie Beckitt
Sanggup Beratur Panjang
Beckitt malah berharap dapat beratur lebih lama supaya dapat menumpukan tugas itu sebagai kerjaya sepenuh masa.
“Saya sanggup beratur panjang asalkan ada yang sudi membayar bagi melakukan tugas itu.
“Saya mengiklankan perkhidmatan itu dalam Taskrabbit yang menawarkan pelbagai tawaran pekerjaan pelik dan pelanggan hanya perlu memilih perkhidmatan yang diinginkan,” katanya.
Pelanggan Golongan Berada
Menurut Beckitt, kebanyakan pelanggannya adalah golongan berada yang tidak mempunyai masa untuk beratur mendapatkan tiket bagi sebarang acara popular yang diadakan.
“Saya pernah beratur selama lapan jam bagi membeli tiket pertunjukan V&A Christian Dior.
“Masa sebenar hanyalah tiga jam, tetapi pelanggan meminta saya mengambil tiket dan menunggu mereka tiba di acara itu. Saya tidak kisah asalkan dibayar 20 pound sejam,” katanya.
Mingguan Wanita: Asalkan kreatif, sanggup beratur panjang berjam-jam lamanya pun boleh dijadikan sumber pendapatan & kerjaya. Memang gigih sungguh beratur lama-lama.
Tak Balik Rumah 2 Hari, Isteri Ketiga Rosakkan Cermin Kereta & Motor Suami! Menjalani kehidupan berpoligami, suami haruslah berlaku adil pada semua isteri-isteri demi keharmonian rumahtangga. Ia bagi mengelakkan sikap tidak puas hati diantara isteri-isteri terutamanya giliran balik ke rumah.
Rosakkan Cermin Kereta & Motor
Seorang peniaga kedai emas yang juga isteri ketiga seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya pada Ahad lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.15 petang, di kediaman madunya yang merupakan isteri kedua suaminya, di Taman Gong Pauh, Chukai.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Tak Puas Hati Dengan Suami
Selain itu mahkamah turut menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya sebelum merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.
Mingguan Wanita:Semoga dipermudahkan segala urusan. Bukan mudah untuk hidup berpoligami, suami memainkan peranan penting dalam bersikap adil pada semua isteri-isteri bagi menjamin rumahtangga harmoni.