Malasnya nak bangun tidur terutamanya kalau hari kerja. Tunggu 5 minit, nanti bangunlah. Sedar-sedar dah terlambat nak ke tempat kerja. Ini belum lagi kalau nak kena hantar anak ke sekolah. Mahu anak pun tak sempat ke sekolah.
Walaupun sudah ada jam loceng untuk mengingatkan masa tapi tetap susah nak bangun tidur. Mengantuknya lain macam. Sedangkan kalau hari cuti mudah pula nak bangun. Begitulah.
Bangun tidur cepat atau lambat, masing-masing ada caranya. Peneman setia tentulah jam loceng. Itu pun kalau dah ‘tidur mati’ tetap tak sedar juga. Jadi,ada cara nak kejutkan bagi anda yang susah terutamanya bangun pagi.
Ada macam-macam cara nak kejutkan diri untuk bangun tidur. Kunci jam loceng, tiba masa berbunyi, bunyikan dengan muzik mendayu-dayu, rancak dan sebagainya. Mungkin berkesan dan ada juga tidak boleh digunapakai.
Jadi, cara terbaik bolehlah guna idea ini untuk nengatasi masalah malas bangun. Terdapat satu rekaan katil yang sangat unik digelar sebagai “High Voltage Ejector Bed”. Katil ini direka dan dicipta oleh Colin Furze yang mendapat ilham daripada orang yang susah nak bangun tidur.
Furze, yang sebelum ini telah membina kereta dorong bayi berpuasa dunia dan go kart berkuasa jet.
Ads
Menurut Furze, “Perkara yang dibuat ini pernah ditertawakan oleh jurutera tetapi (dia) bukti anda tidak memerlukan mesin pelarik mahal atau pengimpal besar untuk mencipta sesuatu yang menakjubkan,” katanya.
Bagaimana katil ini berfungsi dan dikatakan unik? Katil ini sangat sensitif dengan bunyi jam loceng. Ia sudah “link” dengan jam loceng. Sebaik jam loceng berbunyi, katil ini akan terus bertindak dengan cara melempar ataupun membuang anda ke depan.
Katil ini akan menegak secara automatik dan akan menyebabkan anda terjatuh ke hadapan.
Berbanding dengan projek lain yang dia bina pada masa lalu, Furze mengakui bahawa Katil Ejector tidaklah terlalu sukar untuk dibina sebaik sahaja bingkai itu disatukan. Untuk menggerakkan ejector, dia menggunakan “pemampat udara kanibal beberapa solenoid dan suis”.
Ads
Walaupun katil yang dihasilkan adalah sekali sahaja untuk Taylors of Harrogate.
Mingguan Wanita : Seram pula nak guna katil ni. Takutnya, sedar-sedar dah ada kat hospital ni.
Sumber: SolidSmack
Ads
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Pengamal perubatan islam jelaskan daun bidara atau kulit limau bukan kaedah sihir, lebih pada pagar rumah.
Tindakan Ali Puteh memuat naik video secara langsung dan mendakwa menjumpai garam kasar, daun limau, mengkarung selepas bekas kakak iparnya, Hidayah balik dan tidak berpeluang masuk ke rumah sendiri jelas walau menunggu sejam lamanya membuatkan namanya kembali menjadi sebutan.
Kata Ali, selepas balu arwah Abam dan peguamnya balik, pihaknya menjumpai taburan garam, kulit limau, daun bidara dan bangkai haiwan dipercayai mengkarung di luar keliling rumah.
Pengamal Perubatan Islam Jelaskan Daun Bidara Atau Kulit Limau Bukan Keadah Sihir
“Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia. Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.
“Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah. Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!
“Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah. Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya,” katanya.
Susulan video disifatkan agak kontroversi ini kerana boleh mendatangkan fitnah dan aib kepada Hidayah kerana tiada bukti, ramai “memperli” tindakannya itu.
Di sebalik itu, pasti ramai yang ingin tahu adakah benar daun bidara, daun limau, garam, mengkarung dan lain-lain yang disebut Ali sebagai unsur sihir, Mingguan Wanita kongsikan satu video di Tik Tok @kanda zakiyy yang merupakan seorang pengamal perubatan di Pusat Perubatan Islam As Shabab (Prias) terletak di Negeri Sembilan.
Menurut pengamal perubatan ini, dia terlihat vidoe yang dikongsi di media sosial. Berdasarkan pengamatannya, tiada unsur sihir terlihat sebaliknya penggunaan barang-barang yang dijumpai seperti daun bidara, daun limau itu adalah “keadah” memagar rumah yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang.
Lebih Pada Pagar Rumah
“Boleh jadi rumah itu baru di pagar ke, wallahualam. Tapi kebiasaannya, apa yang Abang Ali tunjukkan itu adalah methode atau keadah bahan-bahan yang diguna pakai dalam memagar rumah.
“Bukan sihirlah. Kalau sihir tu, mungkin abang Ali akan nampak selain daripada itu seperti ayam atau pun kain kuning diikat, binatang-binatang yang mati. Ada juga orang gunakan garam sebagai satu sumber kepada sihir.
“Allahumasal li A’la Muhammad, apa yang kita lihat tadi tu adalah bukan tanda sihir terutama pada bahan-bahan yang ditunjukkan tadi. Saya tak ada nak komen apa, wallahualam,” jelasnya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semenjak akhir-akhir ini, kelibat Lisa Surihani iaitu ibu kepada Yahaira Leanne, 5, dan Yusof Leonne, 3, dilihat kembali aktif menghiasi drama TV.
Drama Pelindung Seorang Puteri dan telefilem Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph merupakan antara kemunculan terbaharunya di kaca TV, selain naskhah 6 Hari.
“Sebenarnya saya tidak pernah memperlahankan kerjaya seni secara sengaja, sebaliknya ia mungkin berlaku kerana saya mahu seimbangkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta minat saya dalam kerjaya seni.
“Saya nak buat kedua-duanya dengan sebaik mungkin. Jadi banyak perkara yang perlu diambil kira agar tidak mengabaikan salah satunya,” ujar Lisa seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.
Tetapkan Syarat
Bagi memastikan jadual hariannya berjalan lancar, Lisa mengakui ada meletakkan syarat tertentu kepada produksi sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran berlakon.
“Selalunya saya akan bertanya bolehkah menetapkan waktu kerja saya selama 12 jam sahaja. Ia sebenarnya lebih kepada perbincangan mengikut budi bicara untuk memudahkan urusan semua pihak terlibat.
“Saya berbuat demikian untuk memastikan dapat uruskan masa dengan baik di mana saya boleh keluar bekerja tetapi dalam masa sama melunaskan tanggungjawab dalam rumah tangga.
“Dari segi lakonan dan perwatakan, saya tidak pernah letakkan apa-apa syarat kecuali pada situasi di mana ada keperluan seperti babak yang dirasakan betul-betul tidak sesuai dan sebagainya,” akui isteri kepada pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim.
15 tahun Berlakon
Lisa juga mengakui pernah terfikir sampai bila dia mahu terus berada dalam bidang seni selepas hampir 15 tahun bergelar pelakon.
“Bukan kerana mahu bersara, tetapi sebagai manusia biasa ada ketikanya akan terfikir sampai bila kita nak buat kerja yang dilakukan sekarang ini.
“Saya sering berdoa agar dipermudahkan dalam urusan kerjaya. Jika OK, saya teruskan seperti biasa, jika sebaliknya mudah-mudahan saya diberikan ilham untuk mencari sesuatu yang baharu pada masa akan datang,” sambungnya.
Sumber: Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Lisa Surihani
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cukup menyayat hati, tiada siapa yang sangka percutian di sebuah hotel bertukar tragis apabila seorang ahli keluarga terjatuh dari tingkat hotel. Dugaan yang cukup hebat buat keluarga ini.
Kisah menyayat hati ini dilaporkan di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel
Terjatuh Dari Tingkat Hotel, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
“Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah.