Di sebalik kejayaan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, adanya seorang isteri yang begitu kental, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. Biar ketika suami dikecam hebat, dia setia di sisi menenangkan.
Lembutnya jiwa isteri, malah ketegasan peribadi menjadi sandaran kekuatan suami. Dan atas kelebihan inilah, DS Aliff Syukri menegaskan, “Jangan ditukar ganti isteri yang susah senang bersama kita. Sebab itulah kunci kejayaan.”
Rentetan itulah, beliau berkongsi memori yang sukar dilupakan dari kotak ingatannya.
“Ketika 10 tahun lepas, ketika saya bekerja makan gaji RM1600, saya terpaksa berniaga part time di pasar tani bersama isteri saya dalam panas terik
.”Kerana akuinya, beliau juga mahu berjaya sama seperti orang lain. Dan waktu itulah, isterinya menuturkan satu impian.
“B, kalau kita dah senang saya nak pergi umrah setiap tahun boleh tak? Tak kisahlah ambil pakej umrah paling murah.. jalan dari hotel 10 kilometer pun tak apa.”
“Asalkan dapat jejak ke tanah suci setiap tahun. Sebab saya rasa tenang di sana.” Sungguh apa yang DS Shahida tuturkan itu rupanya menjadi realiti dan beliau mampu tunaikan janji itu pada isteri.
“Janji saya, selagi saya mampu, saya akan tunaikan impian awak. Kalau itu yang awak rasa bahagia. Sebab saya bukanlah suami sempurna, jauh sekali yang terbaik buat isteriku.”
“Tapi saya belajar jadi suami yang terbaik dan terus belajar untuk menjadi suami terbaik untuk keluarga kita
.”Dalam pada menuturkan hasrat hati, DS Aliff turut berkongsi lagu Kekasih Hati nyanyian kumpulan Inteam.
Ujarnya, lirik lagu itu amat bermakna buatnya. Dan itulah lagu yang ditujukan khas untuk isterinya, DS Shahida.
“Yang tiada pengganti di dunia ini. Doakan kalau ada rezeki tahun depan saya teringin nak ke sana juga dengan satu keluarga.”
Ketika DS Aliff dikecam hebat, DS Shahida terus menjadi sumber kekuatan suami. Kerana dia tahu, sebagai manusia suaminya itu tak lepas dari melakukan kesilapan.
“Ramai orang lihat saya sekarang tapi tidak ramai melihat saya dahulu yang susah. Dulu saya pernah terduduk, tersungkur, duit dalam bank ada RM500 je.”
“Tapi kita happy. Sekarang.. suit ada banyak tapi lain pula dugaan. Apa pun kita tempuhi juga
.”“Saya tahu bukan mudah bergelar wife kepada Aliff Syukri. Banyak kesabaran dia yang selalu ada di sisi saya. Di kala saya senang dan susah.”
“Dia ada ketika saya senang dan susah, dia ada ketika mana saya tak mampu pun membeli benda-benda berharga. Doakan kami kekal hingga ke jannah.”
“Hanya Allah yang tahu betapa susahnya menjadi orang bisnes ini. Dan nak mengekalkan bisnes yang hampir 10 tahun ini tanpa bantuan sesiapa kecuali keluarga kecil kami.”
Sumber/Foto : aliffsukriterlajaklaris