Semua orang orang bercakap, kononya surirumah kerja paling senang dan banyak masa free. Tak kurang juga yang beri sindiran, ada isteri tidak bekerja kerana ingin menjadi surirumah sepeniuh masa.
Bila ada isteri bekerja dan diberi masa sehari menjadi surirumah, ada yang tidak sanggup dan anggap itu kerja paling susah kerana langsung tidak ada masa untuk diri sendiri. Dari mula bangun pagi memikirkan tentang apa yang nak masak, kerja rumah apa yang nak dibuat, ambil anak ke sekolah dan macam-macam lagi.
Bagi yang tak lalui, jangan kata surirumah pemalas dan hanya berehat di rumah, sedangkan inilah kerja paling susah di dunia. Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz Firdaos Rawi ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Surirumah Berhak Dapat Hak Jagaan Anak Sebab Tanggungjawab Nafkah, Ayah Beri Bukannya MAK
Kerjaya SURIRUMAH Tak Mewah Tapi PENGORBANANnya Pada Keluarga Kena Hargai
Info Lebih Menarik DI SINI
5 sebab suri rumah adalah antara kerja yang paling susah dalam dunia
Pernah dulu orang tanya, “Mak kerja apa?”
“Mak tak kerja.”
“Mak tak kerja, mak awak pemalas ke?”
Panas telinga juga bila dengar macam tu. Mana ada pemalas. Mak saya bangun pagi. Basuh baju, jaga adik masak.”
“Kan kerja tu?”
Sebenarnya saya yang tersilap.
Sebab faham maksud kerja tu yang tidak tepat. Kerja mesti ada gaji. Suri rumah mana ada gaji.
Maksud bekerja yang pertama dalam kamus bahasa melayu:
Melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu.
Jadi sebenarnya, suri rumah juga bekerja.
Ye, surirumah bukan biasa-biasa. Orang dulu pula basuh baju biasa berus tangan. Kalau mesin tu yang separa automatik. Lepas basuh, bilas tangan kemudian baru masuk dekat tempat pengering. Kalau terlebih dung dang dung dang, mesin tak boleh kering. Keluarkan sedikit baju pusing button kering semula.
Kemudian cerita pasal menu nak makan pagi, tengahari, petang sampai malam.
Sambil basuh baju ligat fikir dalam kepala. Nak masak apa. Bahan apa yang masih ada.
Cuba bayang, kalau kerja tanpa gaji. Sanggup atau tidak?. Tapi surirumah, bekerja tanpa gaji. Harap pahala sahaja. Gaji ni menjadi pendorong untuk orang bekerja. Bayang kalau akhir bulan masa dapat gaji kena potong gaji. Mesti rasa down. Rasa nak berhenti kerja. Tapi surirumah, walau rasa down mereka tetap bekerja.
Bila orang kata kerja apa, biasa mereka akan jawab, “Tak kerja, suri rumah sepenuh masa.”
Orang tu pula jawab, “Ooo tak kerja ya. Seronoklah goyang kaki dekat rumah”
Orang salah sangka. Sebenarnya mereka sur rumah bukan goyang kaki sahaja di rumah.
Jawablah, “Bagusnya, surirumah juga adalah kerja. Kerja yang murni membantu institusi keluarga. Awak sangat hebat. Saya tak mampu nak buat macam awak”
Bangun tidur sampai tidur semula. Percayalah kerja rumah tidak akan pernah habis.
Tak ada cuti tanpa gaji, cuti mingguan, cuti tahunan, mahu pun tak ada MC.
Hanya memikirkan keluarga sampai diri sendiri terabai. Kadang sampai depress. Apatah lagi bila ada anak kecil di rumah. Ada masa tak sempat nak makan. Sakit kaki dan juga pinggang.
Sebab terlalu lama berdiri kaki bengkak-bengkak.
1. Kerajaan telah bantu dengan adakan program i-Suri.
2. Bagi Mereka Masa. Me-Time
Me time yang best untuk mereka. Masa diaorang tengah me-time kita bantu selesaikan tugas rumah. Jangan dah bagi me time, bila balik rumah jadi angry time.
3. Berikan Penghargaan
Berikan puji-pujian. Puji masakan. Walaupun aktif dekat group masak apa tak jadi hari ni.
4. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menjaga anak. Kalau tidak kita mungkin perlu hantar ke pusat asuhan. Hantar pusat asuhan pun banyak modal.
5. Jadi Teman Untuk Berborak
Surirumah ini buka mata tengok anak sampai tutup mata. Tak ada tempat nak bercakap. Itu terkadang terlepas dekat medsos. Jadi, surirumah bukan tidak bekerja tapi dialah pendiri institusi keluarga.
Tip: Tambahan.
Untuk surirumah baca zikir yang diajar Nabi Muhammad sollallhu alaihi wasallam kepada anaknya Fatimah.
Sebelum tidur bacalah.
(Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
Semoga dipermudahkan dan diberi kekuatan.
Mingguan Wanita: Betul sangat. Surirumah ni tak ada mas untuk diri sendiri. Buka mata bangun pagi sampailah tidur malam hanya fikir apa nak buat esok, nak masak dan sebagainya. Hargailah.
Sumber: Firdaos Rawi
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita