Kita tak semestinya mempunyai wang yang banyak baru nak bersedekah terutamnya suri rumah yang tidak ada gaji. Fikiran mereka, duit tak ada dan tak boleh nak memberi. Sedangkan, semua itu tidak mustahil, asalkan kita ikhlas.

Walaupun suri rumah tak ada gaji, ada banyak cara yang boleh dia lakukan dalam memberi sedekah. Jangan ingat, hanya dengan duit sahaja untuk memberi, memberi kucing makanan, beristigfar dan memberi makanan pada jiran-jiran juga dianggap bersedekah.

Antara perkongsian daripada Hanisah Ahmad yang diambil daripada Ustaz Iqbal Zain boleh dijadikan panduan dan jenis-jenis pemberian yang boleh diberikan oleh suri rumah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Orang Suka BERSEDEKAH, Janji Allah Harta Tak Akan Berkurang Tetapi Makin Bertambah!

Berkat SEDEKAH DAGING, Dirinya Sembuh Daripada Penyakit Yang Dikatakan Tiada Harapan

Info Lebih Menarik DI SINI

Cara Wanita Nak Bersedekah

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: “Bagaimana, sedang aku tak punya duit?”

Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”

Sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Solusinya?

Ads

Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti.

Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma’ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bersedekahlah dengan mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

Ads

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

Ads

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.
a) Dilakukan secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun.
b) Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama, yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

“Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api”.

Aamiin Ya Robbal ‘Alamin….

Wallahu a’lam…

(Ustaz Iqbal Zain)

Sumber: Hanisah Ahmad

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI