Suri Rumah Ni, Sambil Jaga Anak Pun Masih Dapat Duit Poket Tepi

Share

Kalau suri rumah dulu penat membesarkan anak-anak, zaman sekarang ini pula kebanyakan ‘orang rumah’ sudah pandai cari duit poket tepi. Malah banyak sangat peluang nak dapat duit sendiri tanpa perlu meminta-minta dengan suami.

Nak-nak pula isteri yang minat melawa walau cuma duduk rumah. Haa… masa ini lah dia boleh ambil peluang.

Peluang Depan Mata Suri Rumah

Orang kata sambil melawa, sambil jual produk kecantikan. Dapat juga duit tepi untuk menyimpan atau digunakan waktu kecemasan.

Kalau jenis isteri pandai masak, dia boleh berniaga makanan dari rumah. Tahu menjahit, boleh ambil upah jahit baju. Nak lebih kena pandai promosikan di media sosial lah. Eh, pendek kata sekarang ini semuanya di hujung jari.

Ambil gambar produk yang nak dijual dan tepek kat media sosia. Berdesup masuk permintaan daripada pelanggan. Betapa untungnya perempuan yang bijak mencari duit tepi.

Dan peluang itulah yang dikaut oleh kebanyakan wanita yang join Director Retreat Richest Ruby National Area yang berlangsung di The Haven Resort, Ipoh, Perak pada 15hb hingga 17hb Mac 2019 baru-baru ini.

Teruja sangat dengar semangat dan tengok penampilan golongan wanita dalam 80 orang Pengarah Jualan yang terlibat, bukan main berseri kulit wajah masing-masing. Ini sebenarnya sebab mereka pengguna dan dalam masa yang sama nak bantu wanita-wanita lain yang berminat untuk cari duit poket tepi.

Program yang dijalankan ini adalah merupakan aktiviti tahunan untuk setiap area di Mary Kay, di mana Richest Ruby National Area ini diterajui oleh National Sales Director Robiah bt. Huri.

Tujuan Program Diadakan

Bukan saja-saja bertemu mata nak ‘membawang’ ya, tetapi aktiviti ini bertujuan untuk semua Pengarah Jualan di bawah naungan RRA ini dapat berkumpul bersama untuk terus menimba ilmu dan meningkatkan lagi prestasi unit masing-masing serta potensi diri.

 

Selaras dengan misi syarikat Mary Kay dalam “Memperkayakan kehidupan seseorang wanita”, golongan wanita yang hadir ini bukan hanya suri rumah sepenuh masa sahaja, malah ada di kalangan mereka yang masih lagi merupakan seorang guru, pensyarah, jururawat, jurutera, eksekutif, ketua jabatan.

Hah, walau pun berbeza dari sudut status pekerjaan, tetapi misi mereka ini tetap sama iaitu untuk terus memperkayakan kehidupan wanita dalam memperjuangkan perniagaan Mary Kay.

Memang tak pelik lah kenapa mak-mak sekarang mampu bergaya walau dia hanya suri rumah, bukan? Yang bekerja pun, tetap boleh rebut peluang sebab mereka boleh buat bisnes ini secara sepenuh masa atau hanya separuh masa.

Apa yang menarik, Aktiviti Team Building juga turut dijalankan pada hari terakhir program ini, dengan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim sesama “sisterhood” di Mary Kay. Tak ada istilah malu sebab masa inilah mak-mak dapat peluang tukar buah pemikiran dalam bisnes. Jadi rentak dalam bisnes itu lebih ‘bernafas’ dan tak bosan.

Siap Ada Majlis Makan Malam

Sepanjang sesi pembelajaran di Ipoh ini, para peserta juga diraikan pencapaian masing-masing dengan majlis makan malam yang sangat gemilang, bertemakan ROCK! Semua pencapai diraikan dengan penuh keterujaan. Pelbagai kategori telah diraikan iaitu pencapai Pink Car, Career Car, pencapai pelbagai percutian mewah yang ditaja syarikat serta pelbagai lagi kategori turut disenaraikan.

Serius, tradisi yang penuh dengan budaya penghargaan, dapat dilihat dengan jelas di sepanjang 3 hari sesi ini dijalankan.

Tak Reti Mulakan Itu Cuma Alasan

Sekarang, nampak tak peluang yang mak-mak suri rumah boleh kaut waktu duduk rumah sambil jaga anak? Jangan bagi alasan TAK RETI NAK MULAKAN sebab wanita sekarang berupaya ‘merubah’ dan mampu menggegarkan dan merancakkan lagi ekonomi keluarga, malah negara dan juga dunia!!

Kita semua adalah istimewa dan dengan potensi diri yang ada serta usaha yang keras tanpa jemu pastinya dapat melakukan apa sahaja yang kita inginkan dalam kehidupan ini.

InsyaAllah!

Published by
Nadia