Foto: Koleksi Peribadi

Satu kejayaan besar apabila personaliti yang menghiasi ruangan Motivasi Sihat kali ini berjaya turun berat badan sebanyak 20kg. Apatah lagi kini Farah Ramly, 34, sudah boleh bergaya dengan busana idaman.

Suri Rumah Turun Berat Badan 20kg

Masakan tidak seronok apabila suri rumah yang memiliki dua cahaya mata ini berjaya turunkan berat badan dari 78kg ke 58kg. Malah kini dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang diamalkan wanita ini mampu menyarungkan pakaian bersaiz M.

Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg, Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam & Jaga Makan Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg, Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam & Jaga Makan

“Pada peringkat awal saya hanya menjaga pemakanan dengan mengawal pengambilan makanan mengikut kalori harian (diet kalori) dan juga amalan pemakanan suku suku separuh. Dalam masa sama saya cuma cuba untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 ribu langkah setiap hari dan cuba berjogging sekurang-kurangnya dua kali seminggu sejauh dua atau tiga kilometer dalam satu larian.

“Selepas hilang hampir 10kg, ketika berat mencecah 68kg, berat mulai statik dan kadar penurunan berlaku sangat perlahan. Ketika ini saya mula berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai misi yang sama. Pada awalnya berat badan saya hampir atau lebih 80kg, pada waktu itu terasa malu nak naik penimbang. Berat terkini 58kg, alhamdulillah berjaya turunkan hampir 20 kg. Paling seronok saya berjaya menukar saiz baju dari XXL ke saiz M,” ujar Farah yang begitu teruja rahsia dia menurunkan berat badan.

Kulit Jadi Gelebeh

Farah juga berkongsi kisah di mana sebelum aktif dalam kecergasan dia lebih mengamalkan penurunan berat badan melalui penjagaan makanan.

Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg, Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam & Jaga Makan

Ads

“Melalui pengalaman saya, penjagaan makanan sahaja memang akan menurunkan berat badan, tetapi kehilangan lemak yang banyak akan menyebabkan kulit menjadi gelebeh (flabby) di bahagian-bahagian tertentu seperti perut, paha dan lengan. Di sini amat penting untuk kita membentuk kembali bahagian-bahagian tersebut dengan rutin senaman yang betul dari jurulatih yang bertauliah.

“Salah seorang rakan mencadangkan untuk menyertai program kecergasan ‘Fit n Trim Challenge’ di bawah latihan Coach As dari Asfitt Studio. Dan mula menyertai kelas-kelas aerobik harian yang di anjurkan beliau. Pada awalnya agak kekok dan kelakar juga, kerana koordinasi kaki dan tangan yang masih belum selari. Tapi melihat rakan-rakan lain kelihatan gembira dan cergas saya nekad untuk terus menerus menghadiri kelas Coach As. Sejak dari itu saya mula seronok kerana corak latihannya yang bersesuaian dengan jiwa saya dan memberi kesan kepada penurunan berat dan bentuk badan.

“Dari kelas-kelas itu saya mula seronok untuk terus melakukan aktiviti kecergasan kerana variasi latihannya yang pelbagai seperti aerobik, aerodance, aerofit, body toning dan sebagainya. Gerakannya yang pantas tetapi masih boleh di ikuti menjadikan ianya lebih seronok untuk dilakukan.

“Selain terus konsisten dengan amalan penjagaan pemakanan sebelum ini, ditambah dengan rutin senaman mingguan dan kelas intensif yang saya sertai berat semakin menurun dan bentuk badan lebih kemas serta badan lebih cergas,” ujar Farah yang turut mengadakan kelas asas pemakanan secara atas talian melalui whatsApp group bersama beberapa orang rakan lain.

Lakukan Secara Konsisten

Ditanya tentang teknik untuk mengajar wanita melakukan aktiviti kecergasan, Farah menerangkan segalanya boleh dilakukan secara perlahan-lahan.

Ads
Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg, Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam & Jaga Makan
Foto kenangan sewaktu bersenam bersama rakan-rakan.
Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg, Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam & Jaga Makan
Foto kenangan sewaktu menyertai pertandingan larian,

Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg, Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam & Jaga Makan Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg, Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam & Jaga Makan

“Mulakan dengan pergerakan ringkas seperti berjalan keliling rumah, lakukan banyak pergerakan. Perlahan-lahan banyakkan aktiviti berjalan di waktu pagi atau petang secara konsisten.

“Usaha perbanyakkan langkah dalam setiap aktiviti harian, seperti pilih naik tangga berbanding lif, parkir kereta lebih jauh agar boleh berjalan ke kedai. Sertai kumpulan kecergasan berhampiran lokasi anda. Bila berada dalam kumpulan kita akan lebih bermotivasi untuk buat bersama-sama berbanding buat sendiri yang mana kita akan lebih mudah berputus asa. Cari coach yang berhampiran supaya dapat bantu membetulkan senaman-senaman rutin yang kita lakukan,” kata Farah yang turut membantu suaminya menurunkan berat badan.

Menu Sihat Yang Diamalkan

Sarapan : Roti wholemeal, Telur hancur, Salad, timun, Susu
Makan Tengahari: Nasi putih, ikan bakar/ayam bakar, ulam-ulaman dan buah-buahan
Minum petang: Kopi 0 kosong, Roti wholemeal sekeping bersama cheese atau buah-buahan
Makan malam: Nasi putih, ikan/ayam/tauhu, ulam-ulaman dan buah.

Ads

Baca Disini Juga: 

Orang Lain Wangi Ke Pejabat, Suri Rumah Bau Masakan

Pesan Pakar Fitness, Walaupun Jaga Makan Jangan Harap Berat Badan Turun, Kena BERSENAM!

Terlalu Tertekan Nak Kurus, Makin Susah Berat Badan Turun, Jangan Bebankan Diri!

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI