Ada wanita bekerja, masih bermimpi nak jadi suri rumah. Dan begitu juga posisi bagi kaum wanita yang penat menguruskan anak dan hal rumah, nak sangat peluang dapat duit poket sendiri tanpa perlu menunggu pemberian suami.
Apa lagi tengok orang bekerja melawa dengan pakaian cantik-cantik setiap hari.
Tetapi sebenarnya, masing-masing ada kelebihan. Cuma tak nampak dek kerana benda yang tak pernah dirasai. Ketahuilah para isteri, apa yang ditakdirkan Allah itu lebih manis dan ada rahsianya tersendiri.
Nah, untuk renungan bersama, jemput baca perkongsian Puan Farhana Muhammad tentang nikmat menjadi suri rumah dan wanita bekerjaya.
Suri Rumah Dan Dilema Wanita Berkerjaya
Kadang-kadang, hati dipagut cemburu melihat orang lain yang menjadi surirumah sepenuh masa; duduk di rumah dan menjaga anak sendiri. Pasti terselit juga keinginan di hati untuk duduk di rumah dan menjaga anak sendiri, melihat satu demi satu perkembangan si anak di depan mata.
Ads
Kerana.. menjadi suri rumah sepenuh masa sebenarnya satu perasaan nikmat yang tidak dapat digambarkan oleh seorang ibu dan wanita.
Semoga coretan ini sekurang-kurangnya boleh ‘memujuk’ hati ibu berkerjaya tentang perkongsian seorang insan yang cukup dihormati. Katanya, beliau pernah membuat perkongsian dengan doktor-doktor pakar di salah sebuah negeri di semenanjung. Doktor-doktor tersebut berkongsi bahawa terdapat ramai pelajar daripada jurusan perubatan tidak meneruskan kursus mereka hingga menjadi doktor bertauliah. Ada pelbagai sebab seperti penguasaan Bahasa Inggeris dan sebagainya.
Namun, ada juga yang berpegang dengan fahaman bahawa menjadi isteri solehah yang duduk di rumah, tidak bekerja dan menjaga anak-anak itu lebih utama. Walhal, MARA sudah tanggung segala kos pengajiannya. Malahan, doktor perempuan juga sangat diperlukan dalam bidang O&G khususnya.
Katanya, jangan kita fikir duduk rumah dan jaga anak itu tuntutan agama semata-mata. Memenuhi fardhu kifayah dalam bidang pendidikan dan kesihatan juga adalah tuntutan agama.
Ads
Biar Ada Sumbangan
Sentiasalah memuhasabah diri, suri rumah sepenuh masa atau berkerjaya, kedua-duanya perlulah sentiasa berusaha untuk menyumbangkan sesuatu kepada ummah.
Boleh jadi dia suri rumah, tetapi ada masanya dia memenuhi undangan berceramah agama.
Boleh jadi dia suri rumah, tetapi dia juga guru Al-Quran kepada anak-anak kejiranan.
Boleh jadi dia suri rumah, tetapi dia adalah usahawan yang membantu ekonomi muslim.
Walaupun duduk di rumah, namun dia tetap menyumbang sesuatu buat ummah!
Jika kita sendiri suri rumah, mungkin kita tidak pernah berfikir untuk meluangkan sesuatu buat ummah. Jadi, bersyukurlah di mana posisi yang telah Allah letakkan sekarang, dan berbanggalah jika seorang berkerjaya kerana kita sebenarnya memenuhi fardhu kifayah dan keperluan ummah!
Ads
Suri rumah sepenuh masa atau berkerjaya, kedua-duanya tidak perlu dibanding beza. Setiapnya mempunyai peranannya, selagi boleh memanfaatkan sesuatu buat ummah.
Tidak perlu dibanding beza, siapa yang lebih mulia kerana,
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” [QS 49:13]
Yang pasti, baik suri rumah sepenuh masa ataupun berkerjaya, kita semua tetap suri – suri hati kepada anak-anak dan suami tercinta.
Baik Working At Home Mom (WAHM), Stay At Home Mom (SAHM) atau ibu berkerjaya, berbanggalah kerana kalian adalah rabbatul bayt!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami handsome atau kaya jatuh nombor dua bagi isteri, paling penting jangan perangai buruk. Sebaliknya suaminya yang baik perangainya, sentiasa mahu berubah dan rajin mencari rezeki adalah lelaki-lelaki yang dicari seorang isteri.
Paling penting perangai jangan buruk, kalau kaya tapi perangai masyallah pasti hidup rumah tangga porak peranda. Apatah lagi suami jenis tak nak berubah perangai, lagilah makan hati berulam jantung.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami yang dia cuba sampaikan :
Orang perempuan ini, dia boleh bersuamikan lelaki yang tak kaya, tak handsome asalkan dia TAK BURUK PERANGAI…
Rupa paras ini, kejadian Allah SWT, memang fitrah macam itu, tak boleh nak ubah… Kaya dan miskin ini pula, rezeki masing-masing, bergantung kepada usaha…
Tapi kalau perangai buruk, tak nak ubah. Selepas itu, tak nak sedar, asyik rasa diri itu betul dan ok sentiasa, ego melangit.
Maka tidak ada perempuan yang boleh tahan dengan lelaki yang ada perangai macam ini sebabnya, ianya adalah perkara dan sifat yang kita boleh kawal dengan sendirinya asal ada kemahuan…
Sebenarnya Perangai Boleh Berubah
Kita boleh berubah menjadi lebih baik lagi…
Bagi yang telah berubah, tahniah… Isteri dapat memilih untuk terus kekal dengan suami yang sentiasa ada rasa hendak jadi lebih baik… Tapi bagi yang tak nak berubah, nak kekal dalam perangai buruk itu, maka kemungkinan untuk ditinggalkan itu tetap ada…
Tak handsome tak apa, tak kaya pun tak apalah, asal perangai TAK BURUK…
MW: Rupa paras, wang ringgit bukanlah keutamaan wanita mencari pendamping hidup. Bagi isteri, memadai suami menghormati dirinya, rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga dan baik perangainya. Lelaki begini barulah “mahal” di mata isteri. Betul tak?
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Satu hal yang paling sukar dalam mendidik anak-anak apabila mereka mulai meniti usia remaja. Masa ini mak ayah nampak perubahan kematangan dalam diri anak.
Hakikatnya, anak kita masih lagi perlukan perhatian dan ‘guide’ dari mak ayah.
Jangan sesekali mak ayah tak ambil peduli atau beri kebebasan kepada mereka. Biarpun mereka sudah melepasi usia 10 tahun ke atas, pantau dalam masa sama sayangi mereka.
Perkongsian Puan Rehan Sidik dalam menasihati anak-anak remajanya ini ada banyak benarnya. Moga mak ayah kuat dan kental jiwa mendepani anak-anak yang meningkat remaja.
10 Tahun Dah Ya..
Masya Allah.
Cepat betul masa nya.
Sekarang, anak-anak umi dah masuk fasa remaja dah ya. Umur 13 – 17 ni, anak-anak memang nak nampak sama sokmo ngan mak dia.
Baju, tudung, kasut, lipstik..memang ikut cara mak dia. Nak tak nak, K. Han kena faham, ini masa fasa anak remaja try try nak jadi dewasa agaknya.. cam mereka sekarang ni.
Yesss!!
Mereka mahu dilihat seperti dewasa.
Mereka mahu dilayan seperti dewasa.
Mereka mahu dihormati seperti dewasa.
Mak-mak..tak salah, jika di fasa ini kita berikan anak-anak peranan dan amanah untuk digalas.
Tersilap Mencorak, Anak Remaja Mula Tunjuk Kuasa
Anak yang positif, mereka akan tunjukkan rasa tanggungjawab itu. Namun, sebaliknya.. Jika kita tersilap mencorak, mereka akan mula menunjukkan kuasa. Tak kira di rumah atau dengan kawan-kawan di sekolah.
Cuba tengok, renungg anak-anak remaja kita di rumah, pada umur ini mereka nampak besar, cantik dan kuat kan?
TAPI SEBENARNYA..
Kematangan JIWA, HATI dan CARA BERFIKIR mereka belum tentu sejajar dengan kematangan fizikalnya. Mereka perlu guide dari kita. Sangat perlu.
Ini masa untuk kita MENCORAK KEHIDUPAN anak-anak. Teruskan beri bimbingan dan sokongan tanpa jemu.
Sayang kamu.
MW : Asasnya mak ayah perlulah diperkemas dan diperkukuhkan dari kecil lagi. Fitrahnya, 7 tahun pertama kenalkan dengan keimanan. Berlembutlah dan berkasih sayanglah. Dan 7 tahun seterusnya, disiplinkan lah. Tegas tapi tak bermakna keras.
Biarpun beza usia 15 tahun, pemuda ini tekad pilih guru sendiri yang mengajarnya di sekolah menengah sebagai isteri yang sah.
Benarlah usia bukanlah penghalang jodoh, ramai saja pasangan yang bahagia setelah mengahwini wanita yang berusia. Paling penting wanita itu bukanlah isteri orang atau milik sesiapa.
Beza Usia 15 Tahun
Seorang pemuda di Jakarta, Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu klip video yang tular dalam aplikasi TikTok, pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.
Pemuda Ini Pilih Guru Sendiri
Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.
Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru.
Gambar seterusnya yang diambil pada tahun 2020 memaparkan kedua-dua mereka berada di sebuah taman bunga dengan gaya mesra.
Guru Sendiri Sebagai Isteri
Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu tahun ini yang memaparkan mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin. Dia mengaku bahawa mereka kini bergelar pasangan suami isteri.
Video perkongsian itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan gembira melihat kisah cinta tidak mengenal usia itu.
“Jodoh, maut, bukan kita yang tentukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia,” kata seorang netizen.
“Gurunya kelihatan muda walaupun berkahwin dengan muridnya, bahkan mereka nampak seperti sebaya. Dahsyat, abang!” komen seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Setiap orang berhak bahagia, lambat atau cepat jodoh yang ditentukan semuanya aturan Allah. Ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui.