Jangan hina orang berniaga tepi jalan tapi supportlah mereka cari rezeki.

Musim COVID-19 ni ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan jadi kebanyakan pilih berniaga kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup. Kalau tengok orang berniaga tepi jalan, supportlah jangan HINA mereka. Sumbangan seringgit dua yang kita beli barang tu besar maknanya bagi peniaga ini. Duit hasil berniaga itulah mereka gunakan untuk membeli susu anak dan memberi makan pada keluarga.

Hari ini, mereka susah, esok lusa mungkin kita pula diberi ujian sebegini. Jadi jangan pandang rendah pada usaha mereka nak sara keluarga. Kalau taknak beli barang mereka, diam je. Mulut tu kunci rapat-rapat, jangan nak sindir atau hina mereka. Pandangan mata tu tundukkan, jangan nak pandang mereka dengan pandangan yang hina

Jangan Malu Berniaga Yang Penting HALAL-Tira

Min kagum dengan semangat blogger terkenal, Tira yang tak jemu-jemu mencari rezeki untuk keluarganya. Kisah Tira yang dibesarkan dalam keluarga yang susah begitu menyentuh hati. Walau Allah uji dengan kesempitan wang, wanita ini tak pernah menyalahkan takdir. Terbaru, Tira berniaga ayam Korean dan cheese di Cyberjaya.

“Jangan pernah malu berniaga tepi jalan, bawah khemah dan tengah panas. Nak buat apa semuanya bermula dari bawah. Tak perlu malu berniaga. Dulu dekat sekolah Tira selalu jual tisu, ambil upah beli nasi lemak dekat kawan-kawan dan jual poster.

“Apa boleh jual, kita jual janji dapat duit. Nak tolong mama dan tokwan sebab keluarga Tira susah dulu. Hampa kalau tengok Tira depan-depan pun biasa ja. Sorrylah kalau di mata orang Tira ni selekeh atau tak jaga penampilan macam influencer lain.

IKLAN

“Apa tira tau, janji tutup aurat. Berniaga ja lah janji HALAL. Untung tak banyak pun tak pa janji berkat. Terima kasih sangat yang mana support Tira berniaga. Tira terharu sangat-sangat tau. Sayang semua,”ujarnya.

Baca sini

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/norma-baru-7-benda-wajib-kena-ada-dalam-beg-mak-mak/

https://www.instagram.com/beby_toratora/?hl=en

IKLAN
Supportlah Orang Berniaga Tepi Jalan Jangan HINA Mereka Cari Rezeki Untuk Keluarga!
Walaupun ada yang mengecam Tira tapi wanita ini cekal mencari rezeki untuk keluarganya. Dia buktikan dia boleh berjaya.

Jangan Minta Diskaun Melampau

Cuma Min nak pesan tak salah nak minta diskaun tapi janganlah melampau sangat. Ingat ye, mereka yang berniaga kecil-kecilan ini bukanlah orang kaya. Untung sikit-sikit yang mereka dapat tu lah nak rolling modal dan sara keluarga. Jadi tanamkan dalam diri agar ada EHSAN, kalau mampu sebaiknya sedekahlah pada golongan ini. Misalnya harga semua barang RM8, jadi genapkan RM10 bayar pada mereka.

Kita tak tahu usaha mereka yang berpanas di tepi jalan itu mungkin adalah jalan terakhir. Di sebalik yang berlaku, mungkin golongan ini diuji dengan dahsyat. Mungkin dek kerana hilang pekerjaan lama, mereka dihalau dari rumah sewa, putus bekalan makanan di rumah dan susu anak habis.

Jadi berehsanlah sesama manusia. Semoga kebaikan kita yang sedikit ini menjadi asbab Allah pandang kita dengan kasih sayang. Semoga Allah juga berehsan dengan kita. Dengan cara kita berkongsi rezeki wang ringgit dengan mereka mana tahu Allah kurniakan rezeki kesihatan dan kebahagiaan pada kita dan keluarga. Ingat ye, rezeki Allah tu pelbagai bentuk, jangan nampak duit je. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI