Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya. Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak didapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Sheila Rusly ada kongsikan video resipi sup tulang yang menjadi menu kegemaran suaminya, Pengarah Azman Hj Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo atau Tok Sidang.
Sempena Hari Raya Aidiladha ni, banyak dapat daging dan tulang lembu korban, sesuai sangat mak-mak boleh cuba resipi ini.
Ads
Berikut perkongsian oleh Shiela Rusly:
“Sup tulang siapa suka confirm dia “Geng Tok Sidang”.Nah sis belanja resipi sup tulang cara sis.”
Bahan-Bahan:
Tulang(rebus empuk)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
4 sahabat
Perencah sup/rempah sup pun boleh??
Minyak sapi(optional)
Lobak Merah
Celery
Batang daun sup
Kiub daging maggi
Cilipadi
Limau nipis
Bawang goreng
Daun sup
Ads
Cara Membuat:
1.Panaskan sedikit minyak sapi, masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan pula 4 sahabat, pati lembu dan perencah sup tulang.
3.Masukkan pula air rebusan tulang,batang daun sup, lobak merah, celery dan cili padi.Hiriskan dengan limau nipis.
4.Masukkan tulang dan biarkan sehingga mendidih.
Info Ekstra!
Sup tulang ini sedap dimakan bersama sambal belacan dan telur masin.
Wanita meninggal ditelan ular sawa, perjalanan beli ubat anak sakit berakhir tragedi. Seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam perut ular sebesar 8 meter di Sulawesi Selatan, Indonesia dalam perjalanan membeli ubat untuk anaknya yang sakit.
Siriati, 36 tahun sebelum ini dilaporkan tidak tiba di rumah saudaranya. Risau mengapa adiknya tidak kunjung tiba, saudara mara memulakan pencarian mencarinya sebelum suami arwah terserempak dengan seekor ular sawa yang perutnya besar luar biasa berbanding kebiasaan.
Wanita Meninggal Ditelan Ular Sawa
Lebih menyedihkan, suaminya Adiansa, 30 telah menemui selipar dan seluarnya di atas tanah kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Kampung Siteba, wilayah Sulawesi Selatan.
“Tidak lama selepas itu, dia ternampak seekor ular, kira-kira 10 meter dari laluan itu. Ular itu masih hidup,” kata ketua polis tempatan bernama Idul memberitahu AFP.
Setiausaha kampung Iyang memberitahu AFP bahawa Adiansa mula curiga selepas dia menyedari perut ular sawa itu “sangat besar”.
Perjalanan Beli Ubat Anak Sakit Berakhir Tragedi
Dia memanggil penduduk kampung untuk membantu memotong perutnya, di mana mereka menemui mayatnya di dalam perut ular itu. Proses membelah perut ular sawa yang menelan Siriati mengambil masa lebih sejam.
“Sebaik membelah, mereka mendapati Siriati sudah pun meninggal dunia. Bangkai ular itu sudah ditanam penduduk kampung manakala mayat Siriati dibawa untuk pengebumian.
Kejadian sebegini dianggap sangat jarang berlaku tetapi beberapa orang telah ditelan oleh ular sawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dikatakan laluan Siriati membeli ubat membeli ubat adalah laluan ular sawa besar yang mana ada penduduk pernah terserempak sebelum ini.
Sebelum ini ada banyak haiwan ternakan penduduk kampung yang hilang tetapi mereka tidak mengesyaki sesiapa.
Kes ditelan ular sawa ini bukan baru kerana sebelum ini seorang wanita juga ditemui mati bulan lalu di dalam perut ular sawa di daerah lain di Sulawesi Selatan.
Tahun lalu penduduk di wilayah itu membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter menelan seorang petani di sebuah kampung.
Pada 2018 pula, wanita berusia 54 tahun ditemui mati ditelan ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.
Tahun sebelum itu, petani di Sulawesi Barat dilapor hilang sebelum mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang empat meter di ladang kelapa sawit. — AFP
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Meniti usia 50an, pelakon drama dan filem terkenal sekitar tahun 2000-an, Eja kini lebih menumpukan perhatian kepada keluarga, terutamanya anak tunggal kesayangan, Nur Eishal.
Beri Peluang Bakat Baru
Eja yang cukup dikenali sebagai gadis pembuka kotak huruf dalam program kuiz popular Roda Impian satu ketika dahulu menjelaskan bahawa dirinya bukan merajuk membawa diri, sebaliknya berlapang dada dengan peluang terbuka kepada bakat-bakat baharu yang mewarnai dunia hiburan tanah air sepanjang tempoh rehatnya selama ini.
Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin, 51 sedar populariti dan kemasyhuran bukan bersifat selama-lamanya dan akan sampai waktu, dia perlu meletakkan noktah daripada terus berlakon.
“Masih lagi ada tawaran berlakon filem dan drama tetapi keutamaan saya sekarang adalah keluarga terutama anak, Nur Eishal.
“Berilah peluang kepada orang-orang baharu. Kita dah tua. Berilah ruang kepada generasi sekarang mewarnai dunia hiburan kita dengan idea-idea yang lebih baik.
“Kita ni dah nak reput (ketawa). Anak saya sekarang pun dah 13 tahun. Anak saya ada bakat lakonan tapi dia sendiri tak berminat nak ceburkan diri (dalam bidang lakonan),” katanya.
Pendidikan Anak Jadi Keutamaan
Eja yang ditemui usai sidang akhbar Kamya Fest di Bukit Jalil baru-baru ini berkata, pendidikan adalah perihal utama yang akan diberikan kepada satu-satunya anaknya itu.
“Kita tahu tahu qada dan qadar seseorang. Saya tak nak kata tidak (untuk anak berkecimpung dalam dunia lakonan).
“Tapi, keutamaan saya untuk lepaskan Eishal belajar setinggi yang mungkin. Belajar dahulu dan selepas itu nanti, mana jalan yang Allah kurniakan, dia pilih sendiri dan saya beri restu.
“Umur sekarang, anak dah tahu apa dia nak jadi. Tetapi saya perlu, kita hanya perlu merancang, Allah menentukan. Sebagai ibu, saya nak dia berjaya dunia akhirat sebab dialah satu-satunya anak saya,” ujarnya kini seronok berniaga produk sambal, eishals_by_eja.
Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin.
Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Beras antara stok makanan wajib ada khususnya bagi semua penduduk Malaysia. Adalah mustahil, untuk tidak menjumpai beras dalam dapur orang Asia terutamanya. Makanan rugi Asia ini diketahui mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Kepelbagaian menu berasaskan beras yang terhasil menjadikan beras makanan yang sarat manfaatnya. Jom kenali beras dan manfaatnya.
1. Beras putih
Beras ini paling popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya. Sifatnya yang putih menjadikan memerlukan sekurang-kurangnya tiga kali proses pembersihan sebelum ia sedia dimasak. Beras jenis ini mengenyangkan dan sering dihidangkan dalam setiap waktu makan dan dinikmati bersama lauk pauk lain.
2. Beras Jasmin
Dikenali sebagai beras thai wangi dan berstruktur jenis bijian panjang. Ia paling kerap digunakan dan sering dihidangkan sebagai Nasi Tomato, Nasi Daging, Nasi Arab bahkan Nasi Lemak juga.
3. Beras Basmati
Sifatnya tidak jauh berbeza dengan beras jasmin, sering digunakan dalam penyediaan masakan India dan Pakistan. Mahukan Nasi Beriani yang enak lagi lazat? Gunakan beras jenis basmati, anda pasti menyukai rasanya.
4. Beras perang
Beras ini mengandungi lebih nutrisi jika dibandingkan dengan beras biasa. Beras ini mempunyai rasa persis kekacang dan ia terdapat daam bentuk tesktur pendek dan panjang. Pilih saja mana yang anda suka kerana beras ini antara pilihan mereka yang mementingkan kesihatan diri.
5. Beras pulut
Beras ini sering digunakan dalam pembuatan lemang, kuih tradisional dan juga pulut kuning. Jangan terkejut, selain menu tersebut…beras pulut juga boleh dijadikan masker bedak sejuk beras pulut untuk mencerahkan kulit.
6. Beras rebus (parboiled)
Beras parboiled ialah beras pra-masak atau “sebahagiannya rebus” walaupun perkataan “parboiled” berasal dari perkataan Inggeris “separa masak”. Beras parboiled adalah jenis perantaraan antara beras putih dan beras perang dan boleh menjadi pilihan yang baik. Masakannya memerlukan air yang lebih sedikit, tetapi ia mengambil minyak kurang dan ia mengambil masa beberapa minit kurang.
7. Beras Wangi
Beras ini diimport dari Thailand, Vietnam dan Australia. Beras wangi mempunyai bau yang harum dan setelah dimasak mempunyai tekstur yang lebih likat, lembut. Beras ini juga tidak menyebabkan paras gula anda meningkat. Pakar nutrisi mencadangkan makanan yang diambil setiap hari perlulah seimbang dan lengkap dengan karbohidrat (daripada nasi), daging, sayur dan buah-buahan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...