Sup Tulang memang kegemaran ramai. Apatah lagi jika dinikmati sewaktu panas-panas dan ditambah dengan sambal kicap. Memang nikmat! Nak buat sup tulang memang mudah, namun nak buat sup tulang yang sedap, boleh cuba tumis batang saderi dan lobak merah kisar. Memang lebih enak rasanya.
Selamat Hari Raya buat semua. Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang aku tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar.
**bahan ni dikisar sampai halus.
3 batang sadari
1 batang karot
**ni pun dikisar sampai hancur
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2kg tulang
5 biji kentang(dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar(dibelah 4)
Air
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
2. Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.
Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.
3. Hmmm… dekat 1 1/2 jam jugak. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah.
4.Masukkan garam dan serbuk perisa.
5.Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
6.Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Siap! Selamat mencuba
Mesti Baca:Resipi Sup Ayam Barli, Remedi Semulajadi Bantu Kebah Demam Anak
Baca Lagi Di Sini:‘Patinya, Tulang Ikan Blend Halus Dan Tapis..’ Petua Kuah Laksa Utara Sedap
Artikel Menarik:Cara Buat Pisang Goreng Rangup & Sambal Kicap Madu Power, Perkongsian Blogger Masakan
Mingguan Wanita: Nampak sedap sup tulang ni. Boleh cuba resipi yang dikongsikan, tambah saderi dan lobak merah kisar nanti.
Sumber:Fazniza Razali
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hati-hati iya, jangan sampai jauh dari bau syurga.