SUP MAMAK Ayam Kampung Sedap Kuah Pekat, Reneh Sekali Lobak Merah!

Share

Bila makan sup mamak, pastinya terbayang kuah supnya yang sedap dan pekat likat. Aromanya cukup istimewa dengan taburan bawang goreng dan hirisan daun sup cukup membangkit selera. Dinikmati pula dengan nasi putih atau cicah dengan roti.

Ada caranya untuk membuatkan kuah sup mamak ini sedap, pekat secukup rasa. Malah cukup mudah, tak perlu tumis pun.

Ikut resipi dan tip untuk buat Sup Mamak seperti yang dikongsikan oleh Emee Sham ini sebagai panduan;

Ada yang minta resepi sup mamak saya aritu, jadi saya kongsikan resepinya ye.

Bahan-Bahan:

Ayam Kampung (Potong 4 bahagian) *Terpulang nak guna kambing atau daging lembu.
rempah 4 sekawan
4 peket kecik rempah sup
1/2 peket rempah kurma
1 biji tomato (dipotong dadu)
Bawang goreng
Hirisan Daun Sup
Limau Nipis

Bahan Kisar:
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
halia
ciliapi merah

Cara Membuat:

1. Rebus Ayam kampung dengan bersama rempah 4 sekawan sehingga mendidih.

2. Apabila rebusan ayam dah mendidih masukkan bahan kisar dahulu. Kacau rata, biar mereneh.

3. Dah ok, masukkan rempah sup (rempah serbuk kering) dan rempah kurma. Lebur je dalam rebusan tu..kacau rata dalam api sederhana.

4. Masukan sebiji tomato yang dipotong dadu. Biar mereneh lagi dan perasakan dengan garam.

5. Masukan bawang goreng dan hirisan daun sup kacau.

6. Kemudian keluarkan ayam, toskan dan perah sebiji limau nipis.

7. Kepekatan dah cantik, rasa dah ok,tutup api.

Nak makan, potong kecik ayam tadi, boh dalam mangkok, tuangkan sup, hias dengan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.

Awalan rebus nak masuk carrot pon ok. Bior carrot tu hancur, akan pekat kuah sup tu. Untuk saya, untuk sup yang pekat mainan dari bawang besar kisar serta rempah kering terpulang cara memasing.

Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Rasa AYAM MASAK KICAP Lebih Sedap, Letak Sikit Perencap Sup!
Baca Lagi Di Sini:Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!
Artikel Menarik:Cara Cepat & Mudah Mak-Mak Simpan SANTAN KOTAK Supaya Tahan Lama, Tak Berketul

Mingguan Wanita: Sedapnya Sup Mamak, pekat likat secukup rasa. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Memang mudah tak perlu nak tumis-tumis, renehkan je semua bahan.

Sumber: Emee Sham

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab