Bila makan sup mamak, pastinya terbayang kuah supnya yang sedap dan pekat likat. Aromanya cukup istimewa dengan taburan bawang goreng dan hirisan daun sup cukup membangkit selera. Dinikmati pula dengan nasi putih atau cicah dengan roti.
Ada caranya untuk membuatkan kuah sup mamak ini sedap, pekat secukup rasa. Malah cukup mudah, tak perlu tumis pun.
Ikut resipi dan tip untuk buat Sup Mamak seperti yang dikongsikan oleh Emee Sham ini sebagai panduan;
Ada yang minta resepi sup mamak saya aritu, jadi saya kongsikan resepinya ye.
Bahan Kisar:
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
halia
ciliapi merah
Cara Membuat:
1. Rebus Ayam kampung dengan bersama rempah 4 sekawan sehingga mendidih.
2. Apabila rebusan ayam dah mendidih masukkan bahan kisar dahulu. Kacau rata, biar mereneh.
Ads
3. Dah ok, masukkan rempah sup (rempah serbuk kering) dan rempah kurma. Lebur je dalam rebusan tu..kacau rata dalam api sederhana.
4. Masukan sebiji tomato yang dipotong dadu. Biar mereneh lagi dan perasakan dengan garam.
5. Masukan bawang goreng dan hirisan daun sup kacau.
6. Kemudian keluarkan ayam, toskan dan perah sebiji limau nipis.
7. Kepekatan dah cantik, rasa dah ok,tutup api.
Ads
Nak makan, potong kecik ayam tadi, boh dalam mangkok, tuangkan sup, hias dengan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Awalan rebus nak masuk carrot pon ok. Bior carrot tu hancur, akan pekat kuah sup tu. Untuk saya, untuk sup yang pekat mainan dari bawang besar kisar serta rempah kering terpulang cara memasing.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sup Mamak, pekat likat secukup rasa. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Memang mudah tak perlu nak tumis-tumis, renehkan je semua bahan.
Peria mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun ramai yang tak suka makan peria kerana rasanya yang pahit.Selain dibuat ulam dan masakan berkuah, peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing!
Rupanya nak buat kerepek peria sendiri di rumah, pastikan peria yang disagat tersebut direndam dalam air garam dan perah peria tersebut sekejap. Barulah hasilnya kerepek peria yang digoreng, elok garing rangup malah sedap tak pahit.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri kerepek peria goreng garing yang rangup dan sedap ni, boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Zizah Mizie sebagai panduan.
Gi belanja sayur kat NSK tgok peria cecantik terbayang kerepek peria kat kepala mulut pun berair..tiber.Jadilah kerepek peria petang nih.
Bahan-Bahan:
Peria
Tepung Bestari (pedas)
Tepung Beras
Garam
Minyak Masak
Cara Membuat:
1. Belah 2 peria dan buang bijinya.
2. Hiris/sagat nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.
3. Kemudian, toskan dan basuh beberapa kali.
4. Perahkan peria letak dalam mangkuk.Gaulkan dengan tepung bestari pedas dan tepung beras.
Mingguan Wanita: Sedapnya kerepek peria ni. Rupanya kena rendam air garam dan perah sekejap. Barulah kerepek peria rangup, garing tak pahit pun. Sesuai buat untuk kudapan.
Sesekali nak makan burger, memang berbaloi jika buat sendiri di rumah. Jika selalu goreng burger kosong begitu sahaja, rupanya bila ditambah bahan-bahan lain rasanya lebih berperisa dan berjus.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli’ ini.
Sandwic daging burger. Saya kalau teringin makan burger, dagingnya saya suka tambah bahan lain untuk membuat rasanya lebih berperisa dan berjus.
Bahan campuran:
3 keping daging burger
1/2 bawang kuning – dipotong dadu
1/2 daun sup
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji telur ayam
Cara Membuat:
1.Kacau semua sekali hingga sebati.
2.Bahagikan kepada dua dan bentukkan bebola.
3.Panaskan sedikit minyak masak dan letakkan bebola daging tadi. Leperkan dan masak seperti biasa di atas kuali leper.
4.Letak sekeping keju di atas daging dan tutup periuk. Kita biarkan keju cair.
5.Letakkan dahulu roti gardenia, sayur salad, dan tomato.
6.Kemudian letakkan daging burger bersama keju cair.
7.Sos atas citarasa masing² macam saya lebih suka sos lada hitam untuk dilawan bersama rasa lemak keju.
8.Tutup dengan roti gardenia.
9.Potong dua untuk dimakan bersama pasangan anda.
Saya tak tambah sebarang garam sebab bagi saya daging sedia ada memang dah ada rasa masin.
Bentuk apam ini bagaikan aiskrim cornetto apabila ia berbentuk kon, mempunyai lapisan berwarna warni dan lapisan coklat pada bahagian atasnya. Petang-petang ni, mak-mak bolehlah sediakan apam yang cantik ini sebagai hidangan minum petang untuk keluarga. Anak-anak mesti suka dengan bentuk menarik dan rasanya yang sedap.
Berikut merupakan resipi oleh Na Lee sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A*
1 sudu ovelete*
1 cawan gula halus (saya guna cawan matrik)*
Sedikit Esen vanila*
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan (apa-apa brand pun tak apa)
Cara Membuat:
1. Putar bahan-bahan yang bertanda * sehingga gebu dan likat (speed max lebih kurang 7,8 minit).
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.
3.Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.
4.Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik.
5.Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).
6.Sementara itu panaskan coklat masak guna kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan diatas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.
Info Ekstra!
Untuk buat kon boleh gunakan kertas pembungkus nasi dan staplerkan.Kertas dipotong bentuk segitiga & bentukkan jadi kon.
Pastikan apam sejuk dahulu baru boleh letak toping coklat.
Selamat Mencuba!Kongsikan resipi Wajib ini kepada penggemar apam!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...