Kalau tanya bab memasak sup ayam mungkin ramai yang pandai buat tetapi rasanya tetap tak sama, ya! Jadi kali ini anda patut godek keistimewaan resepi masakan paling mudah ini, haaa… terselit rahsia masakan tau!
Semasa awal perkahwinan, suami saya pernah cakap sup ayam yang paling sedap adalah sup ayam yang dimasak oleh mamanya dan dia minta saya belajar caranya. So, bila husband kita cakap ‘sangat sedap’, maka saya assume mesti prosesnya ‘agak rumit’. Tapi…rupanya sangatlah senang dan sangat healthy juga.
Biasa kita masak sup, bahan wajib adalah halia, dan bawang putih. Tapi sup ayam mama ni tak ada dua benda wajib itu.
Family husband berasal dari wilayah Pattani dan saya perhatikan mereka sangat suka dengan daun ketumbar. So base sup ayam ni, adalah daun ketumbar.
Sup ayam mama ni bagi saya sangat healthy dan sangat sedap. Sekarang bukan saja jadi kegemaran suami, tapi kami sekeluarga.
Bahan-bahan:
Ayam (ikut suka banyak mana)
Bawang ros/merah dibelah ( biasa saya guna 3 ulas)
Tomato sebiji
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih 7 biji, bunga lawang 1, kayu manis 1, pelaga 3 Biji)- ikut banyak mana ayam
Sedikit ketumbar masukkan sebiji-sebiji
Sedikit lada hitam sebiji-sebiji
Sedikit garam
Akar daun ketumbar
NOTA: Daun ketumbar. Ambil akarnya dan ketuk untuk dimasukkan ke dalam sup (masak bersama). daunnya pula dihiris untuk dimasukkan ke dalam sup semasa dihidang
Rebus semua sehingga masak
Bahan hiasan/penambah rasa sup
Bawang goreng
Cili padi dipotong
Daun ketumbar dihiris
Daun bawang dihiris
Limau nipis (perah)
Bila nak makan, hidangkan sup, masukkan semua bahan hiasan dalam mangkuk sup, dan makan. Memang sedap dan tak jemu.
* Family suami saya semua slim-slim, maybe disebabkan corak pemakanan diorang yang makan ulam mentah, sayur mentah, jarang makan makanan bergoreng.
* Saya suka goreng bwg putih dan taburkan dalam sup bila nak makan (xda stok)
* Tak perlu gunakan minyak, sebab ayam akan keluarkan minyaknya sendiri.
* Kalau masukkan kentang atau saderi atau lobak merah, rasanya akan bertukar.