Amoi Jamu, Amanda Tan ini memang terkenal dengan perkongsian jamu-jamu tradisional Melayu. Kali ini, Amanda kongsi pula jamu atau sup turun temurun masyarakat cina yang bagus untuk penambah darah dan banyakkan susu ibu.
Amanda rajin menggali ilmu dan belajar petua jamu dari kaum Melayu dan Indonesia. Namun, resepi yang dikongsikan ini sudah menjadi amalan bangsa Cina sejak turun temurun.
“Sup ini sangat senang untuk dimasak. Sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Ibu yang tengah berpantang selepas bersalin pun sangat sesuai.
“Minuman ini bagus untuk menambah kecergasan, menghangatkan tubuh dan menambah susu ibu yang sedang menyusukan badan. Bagus untuk menambah sel-sel darah merah lagi-lagi buat mereka yang kurang darah atau anemia.”
Bahan Sup Akar Naikamo
Longan kering – seganggam
Kurma cina -segenggam
Buah Goji – segenggam
Yuk Chuk – segenggam
Huai Shan atau dikenali “Naikamo” – 2 batang
Cara Membuat
1. Bersihkan setiap bahan-bahan
2. Hiriskan kulit Huai Shan dan cuci bersih. Potongkan saiz sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan isikan air bersih anggaran 800 ml.
4. Biarkan mendidih di atas api kecil selama 2 jam. Jaga-jaga supaya tidak hangus atau melimpah. Kalau air kurang, tambahkan air. Pastikan masak selama 2 jam.
Ads
**Perisakan dengan garam secukup rasa sebelum dihidang.
**Semua bahan boleh agak-agak ikut keperluan setiap orang. Ada yang nak minum 2 orang kurangkan , ada yang nak minum 10 orang, tambahkan kuantiti bahan. Air agak-agak ikut sukatan yang diperlukan.
Manfaat Setiap Bahan
Setiap bahan yang digunakan mempunyai zat nutrisinya yang tersendiri bermanfaat untuk kesihatan dan kekuatan badan kita.
Longan Kering – Sifat longan kering yang ‘hangat’ dikatakan bagus untuk kesihatan jantung dan buah pinggang.
Kurma Cina – Memperkaya dan menambah sel sel darah merah
Buah Goji – Bagus untuk kesihatan mata dan sistem imun badan
Yuk Chuk – Menguatkan paru-paru dan sistem imun badan.
Huai Shan “Naikamo” – Menguatkan organ perut. Mengurangkan keletihan. Malah menguatkan organ limpa.
Ads
Siapa Boleh Minum Sup Akar Naikamo
√ Lelaki dan wanita yang letih, penat bekerja. Sup ini bagus untuk memberi kecergasan.
√ Orang tua uzur yang kekurangan zat terutama zat besi.
√ Wanita selepas habis tempoh datang bulan, selepas bersalin dan dalam waktu pantang. Bagus untuk memperbanyakkan sel sel darah merah.
√ Lelaki dan Wanita yang mengalami kekurangan sel sel darah merah / anemia
√ Bagus untuk kekuatan sistem imun badan.
Ads
√ Kanak-kanak pun boleh minum.
√ Tiada masalah untuk wanita mengandung. Cuma jangan kerap. Makanan berunsur herba untuk wanita mengandung kena jarangkan kekerapannya.
Baca Lagi Infonya
√ Sup ini bebas unsur unsur daging / haiwan sebab saya seorang vegetarian.
√ Setiap bahan di atas kecuali Huai Shan, boleh dibeli di bahagian menjual herba herba di pasaraya atau di kedai tabib Cina.
√ Huai Shan boleh dibeli di pasaraya bahagian sayur sayuran. (Dekat AEON pun ada)
√ Rasanya manis masin (sebab ada penggunaan garam)
Wanita yang suka sediakan menu jenis bergoreng, pasti suka dengan petua masakan ini. Cuma guna minyak bawang putih, semua masakan jadi dua kali ganda sedap. Haaa… cara nak buat minyak bawang putih ini dikongsikan Puan Tinie Razak, yang mana dia sendiri pun selalu buat stok minyak bawang putih ini di dapur rumahnya.
Minyak Bawang Putih
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai).
2. Lepas itu rendam dalam minyak.
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
Nota:
Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Haa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba.”
Bahan-bahan Resepi Cracker Telur Dadar Sedap
15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Membuat
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!
Tonton Video, Akan Ditunjukkan Satu Persatu Step By Step CrackerTelur Dadar Sedap
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi peminat telur dadar, boleh cuba kelainan dengan buat Telur Dadar Crispy pula. Sangat sedap, rangup dan garing, boleh dimakan begitu sahaja cicah dengan sos. Tapi nak buat telur dadar begini ada caranya yang tersendiri.Tak sama macam buat telur dadar biasa. Paling penting kena campur ais atau air sejuk dan pastikan bancuhan telur betul-betul sejuk.
Nak cuba buat telur dadar crispy sendiri boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Hafizul Hakim ini;
“Ini haa resepi telur dadar crispy!”
Telur dadar idaman ramai orang. Rasa yang rangup dan garing, sedap,lazat, krup.. bunyi masa kunyah. Rupanya ada rahsia terselit untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan macam goreng telur dadar biasa.
Bahan-Bahan :
4 biji telur,
1 sudu besar tepung, boleh guna tepung gandum, beras atau jagung,
4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais,
Garam/cukup rasa.
Cara Membuat:
1. Kacau telur dan semua bahan sampai sebati. Yang penting, pastikan telur ini sejuk, jangan lupa tuang 4 sudu air sejuk.
2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas.
3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi.
4. Satu bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tidak boleh goreng sekaligus, nanti tidak jadi gebu macam dalam gambar.
Kalau saya, Thai Sos jadi pilihan untuk cicah. Perghhh!
#Nota : Kalau tak ada air sejuk dan ais, masukkan saja bancuhan telur dalam peti ais beku dalam 5 minit bagi dia betul-betul sejuk sebelum digoreng.
Sebahagian orang mesti ada yang rasa tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini. Itu aja, selamat mencuba!
MW: Ohh begini rupanya nak buat telur dadar crispy.Kena campur dengan air sejuk atau ais dulu. Jadi jika nak buat kelainan telur dadar, boleh ikut cara yang dikongsikan ni.
‘Sleep divorce’ makin popular. Terbaru menerusi perkongsian doktor selebriti yang juga pempengaruh media sosial Dr Say Shazril berkongsi pendapat mengenai isu ‘sleep Divorce’.Rupanya isu...