Sunnah Cukur Rambut Bayi Hari Ke 7, Timbang, Nilailah Ikut Kemampuan Mak Ayah

Share

Cukur rambut bayi yang baru lahir. Inilah antara salah satu sunnah yang perlu mak ayah yang baru menimang cahaya mata lakukan. Mungkinada yang siap lakukan majlis cukur jambul dan akikah sekaligus.

Kebiasaan cukur rambut bayi dilakukan pada hari ke 7 dan ada sesetengah keluarga yang tunggu sehingga habis pantang. Bergantung kepada keadaan keluarga itu sendiri.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah mak ayah yang tidak pernah buat cukur rambut bayi. Rambut disimpan sehingga panjang dan hanya gunting biasa sahaja.

Sebenarnya, cukur rambut bayi ini sunnah dan kalau kita lakukan dapat keberkatan dan pahala. Tak nak buat pun tak apa, bergantung kepada kemampuan keluarga itu sendiri.

Ada sesetengah pula, bila ada kelahiran, mereka akan cukur rambut bayi, rambut itu ditimbang dan dinilai mengikut harga emas atau perak. Memang ia sunnah dan tidaklah dikatakan wajib tapi seperti kita tahu banyak kelebihan bila kita lakukan.

Dalam perkongsian ini, turut memberitahu tentang cara nak cukur rambut bayi, ditimbang dan dinilai berdasarkan kepada kemampuan keluarga tersebut. Moga ia memberi manfaat buat mak ayah yang bakal menimbang cahaya mata.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Waspada Kongsi GAMBAR BAYI Di Media Sosial, Bimbang Terkena Penyakit ‘Ain, Hati-Hati!

Bayi AJAIB Terselamat, Hanya KUNYAH Jari Sendiri Untuk BERTAHAN Hidup

Info Lebih Menarik DI SINI

Sunnah Cukur Rambut Bayi

Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut bayi pada hari ke-7.

Cukur sampai botak. Tak kira bayi lelaki atau bayi perempuan. Jangan cukur sipi-sipi je.

Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.

Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.

Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak

Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.

Contoh rambut baby ni berat 0.99g

Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan.

Kalau tak mampu, ikut harga perak.

Ini contoh ye.

0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.

Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.

Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;

1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur yang ada. Pastikan yang baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul ang pau.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang sendiri kalau ada penimbang emas

Ini pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.

Mingguan Wanita : Sunnah cukur rambut bayi baru lagi. Moga ia bermanfaat untuk semua.

Sumber : Halimatulssaadiah Wan Jusoh

 

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora