Cukur rambut bayi yang baru lahir. Inilah antara salah satu sunnah yang perlu mak ayah yang baru menimang cahaya mata lakukan. Mungkinada yang siap lakukan majlis cukur jambul dan akikah sekaligus.
Kebiasaan cukur rambut bayi dilakukan pada hari ke 7 dan ada sesetengah keluarga yang tunggu sehingga habis pantang. Bergantung kepada keadaan keluarga itu sendiri.
Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah mak ayah yang tidak pernah buat cukur rambut bayi. Rambut disimpan sehingga panjang dan hanya gunting biasa sahaja.
Sebenarnya, cukur rambut bayi ini sunnah dan kalau kita lakukan dapat keberkatan dan pahala. Tak nak buat pun tak apa, bergantung kepada kemampuan keluarga itu sendiri.
Ada sesetengah pula, bila ada kelahiran, mereka akan cukur rambut bayi, rambut itu ditimbang dan dinilai mengikut harga emas atau perak. Memang ia sunnah dan tidaklah dikatakan wajib tapi seperti kita tahu banyak kelebihan bila kita lakukan.
Dalam perkongsian ini, turut memberitahu tentang cara nak cukur rambut bayi, ditimbang dan dinilai berdasarkan kepada kemampuan keluarga tersebut. Moga ia memberi manfaat buat mak ayah yang bakal menimbang cahaya mata.
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut bayi pada hari ke-7.
Cukur sampai botak. Tak kira bayi lelaki atau bayi perempuan. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Ads
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7..? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut baby ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan.
Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Ads
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara nak kumpul rambut baby semasa cukur;
1) Ambil 1 bekas berisi air
2) Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3) Guna pisau cukur yang ada. Pastikan yang baru.
4) Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5) Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6) Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je. Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas atau sampul ang pau.
7) Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang sendiri kalau ada penimbang emas
Ini pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Mingguan Wanita : Sunnah cukur rambut bayi baru lagi. Moga ia bermanfaat untuk semua.
Sumber : Halimatulssaadiah Wan Jusoh
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Ads
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Biasa kita dengar, kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Tapi tanpa kita sedar, jalan takdir kita bermula pada usia 23 tahun. Inilah permulaan jalan yang kita lalui sama ada lurus atau ada halangannya.
Usia 23 tahun, waktu yang sudah cukup untuk kuita mulakan kehidupan pada kerjaya dan jodoh. Lambang kita semakin dewasa dan pandai untuk membuat keputusan baik atau buruk.
Bagi mak ayah, tentu ada rasa debaran saat anak mula meningkat dewasa dan di ambang usia begini. Cara anak-anak untuk mencorak kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.
Percayalah inilah pelajaran setiap orang pada usia 23 tahun. Moga ia memberi manfaat untuk semua terutamanya mak ayah yang mempunyai anak.
Bukan lagi mendahulukan emosi ketika memutuskan, tapi mempertimbangkan banyak hal. Kamu tahu baik buruknya dan boleh buat keputusan apa yang akan berlaku di depan nanti.
Pelajaran pada kehidupan sebelumnya jika emosimu melebihi akal, maka setiap keputusan pasti berakhir dengan sesalan.
2. Lebih Selektif Dalam Memilih Jodoh
Bukan lagi tentang siapa yang paling tampan & kaya raya. Tapi siapa yang sanggup menjadi imam, menerima dirimu dengan baik & bertanggung jawab sepenuhnya.
3. Tidak Perlukan Banyak Teman
Sedikit tapi sangat dekat & selalu ada di kala suka & duka jauh lebih berharga daripada memiliki ribuan kawan tapi menghilang di saat kita memerlukan.
4. Tidak Lagi Memikirkan Kebahagiaan Diri
Kita mula menyadari bahawa waktu dengan keluargamu sangat penting sebelum menginjak kehidupan berumah tangga. Belum tentu setelah berkahwin, waktumu akan lebih banyak untuk mereka
5. Kegagalan Dalam Cinta Kerap Mengganggu Hidup
Kamu merasa sulit untuk bangkit kembali. Ada sesetengah orang yang pernah gagal dalam masalah cinta, mereka terkadang merasa terlanjur menikmati kehidupan sendirian hingga malas untuk mencari pasangan.
Walau bagaimanapun, itulah jalan takdirmu. Cubalah ambil pelajaran di setiap perjalanan, berikhtiar lagi dengan lebih baik, berdoa sentiasa, bersedekah tanpa berkira. Insya Allah ada banyak nikmat yang menanti di akhir perjuangan.
Di usia 23 tahun ke atas adalah masa untuk mempersiapkan diri dengan baik dalam hal apa pun. Kewangan, jodoh, kerejaya dan sebagainya.
Mingguan Wanita : Usia inilah bermulanya sebuah kehidupan dan alam dewasa.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Semasa bersih beras untuk memasak, apakah yang seirng mak-mak fikirkan. Mungkin ada yang fikir nak masak lauk apa dan tak kurang juga memikirkan sesuatu sama ada baju nak kena jemur dan sebagainya.
Mungkin juga ada mak-mak sibuk memikirkan tentang anak-anak atau pun pasangan itu sendiri, apa yang dibuat pada waktu ini dan fikirkan anak-anak yang semakin membesar dengan peel masing-masing yang tak pernah habis.
Sedangkan apa yang sering ustaz dan ulama pesan, cara yang paling mudah untuk lembutkan hati anak-anak dan ahli keluarga lain adalah membaca surah-surah tertentu semasa bersih beras.
Jangan ingat, dengan baca doa selepas solat atau semasa anak tidur sahaja sudah cukup nak lembutkan hati anak. Perkara yang senang, kita permudahkan. Cuma ambil masa beberapa minit sahaja dan lakukan semasa bersih beras untuk memasa, bacalah surah ini.
Tip yang paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
1.Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w
2. Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Datang rumah orang. Setiap orang ada cara kehidupan sendiri. Belum lagi keadaan rumah seseorang, kita tak tahu cara mereka. Ada yang terlalu pembersih pun tak boleh juga, pantang pegang terus dilapnya.
Itu satu hal, ada juga turan rumah yang tidak sempat nak uruskan rumah, bukan tak nak kemas tapi baru 5 minit kemas, anak dah sepahkan. Faham-faham sendirilah bila ada anak kecil ini.
Begitu juga dengan kita, mungkin pandangan kita sendiri rumah dah cukup bersih dan kemas tapi kalau orang lain tengok, kita tak tahu dalam hati. Sebab itu, bila datang rumah orang, jaga aib tuan rumah ye.
Dalam perkongsian oleh Suriana Megat Zabidi menasihati agar kita yang datang rumah orang supaya tidak cepat menilai keadaan rumah orang. Carilah yang manis dan baiknya.
Suatu hari, kami terpaksa menumpang solat di rumah adik, kerana waktu solat dah nak habis. Kiranya seperti kunjungan mengejutlah ni. Kami beritahu 15 minit sebelum sampai.
Sampai sahaja kami di rumahnya, adik ipar perempuan kelam kabut kemas bilik, kain baju yang belum berlipat di tolak naik atas katil sambil berkali kali mohon maaf rumah tak berkemas.
Kami memandang dengan mata lebah, mencari yang baik dan manis. Rumahnya bagi kami tetap cantik dan kemas. Tidak pula kami perhatikan celah langsir ada rambut atau tidak, bilik air bersental atau tidak. Kami tak cari yang busuk dan buruk.
Jatuh belas kasihan padanya mengenang dia membantu adik saya mencari rezeki dan di masa yang sama mengurus anak-anak yang masih kecil. Terlompat lompat mengurus banyak benda, tidak merungut, hadap sahaja. Saya doakan rumahtangga mereka aman bahagia dan dirahmati Allah.
Jangan Cari Pasal
Begitulah kita menjadi manusia. Jangan hati perut tu suka mencari pasal dan salah orang. Yang mana kita boleh permudah, permudahkan. Kita tak berkenan cara orang sana sini, kita berkata buruk tentang mereka, seolah olah kita ini sempurna. Walhal aib kita Allah yang selindungkan.
Sebab itu saya tak menjemput sesetengah orang ke rumah saya. Saya tidak cukup kuat untuk melayan langau dan lalat, yang mencari rambut di celah langsir,
kemudian dihebah sana sini. Tetapi jika lebah yang ingin berkunjung, saya begitu mengalukan.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita melayan benci orang. Jalan terus dengan gembira cara kita.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Tak perlulh nak cakap itu ini. Kehadiran kita dirai pun sudah cukup bersyukur. Sebab tetamu datang itu adalah pembawa rezeki.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...