wanita hebat

Wanita hebat, setia dan berjaya mendidik anak-anaknya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat. Itulah yang boleh digambarkan tentang Datuk Seri Wan Azizah berjuang sepanjang suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada di sisi.

Cuba bayangkan kekuatan emosi Datuk Seri Wan Azizah membesarkan an-anaknya Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, dan Nurul Hana sepanjang suaminya dalam penjara dengan bermacam-macam cerita yang dilemparkan kepadanya serta seluruh keluarganya selama ini.

Dan syukur alhamdulillah… segala duka yang dilaluinya selama ini berakhir apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan memberi pengampunan serta merta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Hasmah, Isteri Yang Selalu Ada Di Belakang Suami

Begitu jua kehebatan luar biasa dilihat yang ada pada Tun Dr. Siti Hasmah sepanjang kehidupannya sebagai seorang isteri, yang selalu ada apabila suaminya Tun Dr. Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri dua kali. Ya, tidak mudah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri pemimpin. Namun berkat sokongan suami dan keluarga, beliau berjaya tepis ujian dan tak mengabaikan tanggung jawab membesarkan tujuh orang anak iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura.

Ads

Kalau kira seluruh Malaysia membicarakan tentang dua keluarga ini baik dari segi politik mahu pun dalam hubungan kekeluargaannya. Termasuklah sedikit pandangan daripada saudara Afnan Rosli tentang dua wanita hebat ini.

Antara pengajaran besar yang saya dapat dari PRU kali ini ialah peri pentingnya memilih teman hidup yang betul.

Ads

“Saya melihat kejayaan besar dua tokoh ini telah di dokong oleh dua Wanita Hebat. Tanpa mereka mungkin Tokoh yang kita hormati dan sanjungi takkan sampai ke tahap ini.”

Pada anak muda, pilih lah isteri yang boleh menyokong penuh segala cita-cita kita. Isteri yang boleh setia bersama mu saat kamu di timpa musibah, saat kamu di hina dan di cerca. Isteri yang boleh jadi tempat kamu mengadu masalah, dan Isteri yang akan teruskan perjuangan mu saat kamu tiada.

Isteri itu cerminan suami. Baik suami maka InsyaAllah baik lah isteri.

Ads

Kerana Isteri, seorang lelaki biasa mampu menjadi Insan Hebat. Kerana isteri juga, sebuah negara hampir tergadai. Begitulah penting nya Isteri yang Baik.

Nota:

Terima Kasih pada isteri saya yang tercinta Nurhafizah Mazukii kerana menerima saya saat saya tiada apa-apa dan berada bersama-sama saya membina Nama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI