Sungai Pahang kering teruk, doktor kongsi kesan perubahan iklim yang menakutkan.Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 459 kilometer. Di hulu sungai ini terdapat Taman Negara yang dapat dilalui menggunakan rakit dan bot kecil.
Antara bandar di sepanjang sungai ini ialah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan. Lembangan sungai Pahang merangkumi 70% kawasan negeri Pahang dan dua daerah di utara Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan sebahagian daerah Jempol.
Ia menjadi nadi kehidupan kepada sebahagian kepada penduduk yang mencari rezeki di sungai ini. Di dalamnya tersimpan banyak spesis ikan air tawar seperti Patin, Talapia, Jelawat, Kerai, Baung dan Tamalian serta berbagai-bagai lagi jenis ikan yang mana harganya boleh tahan mahal.
Bahkan, bagi peminat ikan baung, Temerloh antara tempat dituju untuk menikmati enaknya masakan ini.
Tetapi hari ini, dengan perubahan cuaca yang ekstrem serta sikap rakus tangan-tangan manusia, kesan perubahan pada iklim dunia sudah jauh berubah.
Antartika sendiri sudah mula kehilangan sejumlah besar ais dan dilaporkan terpecah sebesar saiz negara Argentina.
Kajian saintis dan data kajian dari Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan (NSIDC), menunjukkan Antartika mengalami perubahan sangat ekstrem di mana aisnya berada pada paras sekitar 1.6 juta kilometer persegi, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Setiap Kali Musim Kemarau, Lepat Bunga Chica Jadi Punca Rezeki
Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT Lokasi Pelancongan Cantik Di Dunia Musnah Dalam Banjir Besar
“Tak Payah Pergi Jepun” Cantiknya, Malaysia Dilanda ‘Musim Bunga Sakura’
Jika Antartika, aisnya sudah mula terpecah, dalam negara kita, ada sesuatu yang harus kita cakna dan ambil peduli apabila melihat gambar-gambar dikongsikan oleh doktor pakar dalam perikanan iaitu Dr Fitri Yusof di twitternya.
Menurut pakar dalam bidang Akuakultur Dan Perikanan ini, dalam persoalan diajukan, dirinya berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan Sungai Pahang kering.
Soalnya, apa yang berlaku di Sg Pahang sekarang? Sekarang tengah kering teruk!
Jelasnya dengan situasi dilalui sekarang, akibat cuaca panas yang melampau hari, mereka yang bergantung pencarian kepada hasil sungai akan terjejas.
“Ini akan memberi kesan kepada penduduk yang bergantung hidup pada sungai Pahang. Aktiviti nelayan dan ternakan ikan air tawar sangat-sangat terjejas. Ikan akan turun ke hilir di mana air lebih banyak berbanding hulu. Sebab tu ramai dapat ikan di hilir Sg Pahang.
Bahkan keringnya Sungai Pahang hari ini jauh lebih teruk berbanding dialami pada tahun 1996 dahulu,” katanya berkongsi info ini di twitternya @drfitriyusof. Sumber : Mak Jehan, Whatsapp Group MNS Pahang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jangan pandang sebelah mata. Bukan setakat cantik dan berbakat tapi bijak lagi. Antara selebriti wanita tanahair yang ‘Beauty With Brain’ ye.