Sebenarnya tak cukup dengan perkataan terima kasih bagi menzahirkan penghargaan buatmereka yang berkhidmat di posisi perubatan terutamanya. Menjadi individu yang terlibat dalam proses saringan Covid-19 tidak dinafikan tugasan mereka juga terdedah kepada risiko jangkitan. Jadualkerja diatur sebaiknya, walau macam mana sekalipun suasana mereka bekerja, mereka ikhlas mengharunginya. Itu pun masih ada netizen yang menempelak dan merendahkan tugasan murni barisan hadapan ini.
MW berjaya mendapatkan komen terkini Izzad Mohd Idrus yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan dari Pusat Saringan Hospital Sungai Buloh. Beliau yang juga merangkap penyelia pusat saringan hospital itu memaklumkan, dalam keadaan sebegini, pujian dan rasa terima kasih wajar diberikan kepada rakyat Malaysia yang prihatin dan tak henti-henti menghargai tugasan petugas perubatan dari pelbagai kedudukan sedang bertugas. Berikut adalah komentar Izzad Mohd Idrus menerusi facebooknya.
“Setiap hari saya menerima banyak panggilan dan WhatsApp dari rakyat Malaysia yang prihatin. Tujuannya adalah untuk bertanya mengenai keperluan yang diperlukan oleh Pusat Saringan hospital dan tajaan lain contohnya makanan buat petugas. Ada juga yang cakap kami tak mampu membantu dari segi perubatan dan perkhidmatan, tetapi tolong maklumkan pada kami apa lagi yang boleh kami bantu.
“Subhanallah dan Alhamdulilah, saya tak sangka respons rakyat Malaysia berikan untuk turut sama membantu secara tidak langsung dalam keadaan negara sedang melalui saat getir sebegini. Namun pada masa yang sama saya memegang pada prinsip TIADA PEMBAZIRAN DAN TIADA BERLEBIHAN.
Oleh yang demikian, beberapa perkara yang boleh Tuan/Puan budiman lakukan adalah :
Sesungguhnya, saya berasa sangat terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu hospital.Sebenarnya sumbangan yang diberikan ini adalah sebahagian daripada ‘hiburan‘ kepada petugas setelah penat bertugas dan bekerja dalam suasana yang berbeza.
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA
#FIGHTCOVID19 #TeamKerjaKeras
Sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan terdidik. Tolong duduk rumah. Itu lebih baik. Jom bantu petugas perubatan yang bersengkang mata siang dan malam dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 ini. Diulang sekali lagi Duduk Di Rumah dan tolong jangan sebarkan virus ini lagi.