Sultan Muhammad V Isytihar Nur Diana Petra Abdullah Sebagai Sultanah Kelantan. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.
Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa hari ini.
Seperti mana yang dipetik menerusi Bernama Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad membacakan doa selepas pengisytiharan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan di Istana Balai Besar pada Selasa.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pada Selasa berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan dengan gelaran sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
“Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim telah mengurniakan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan,” kata Datuk Ahmad Yakob ketika membacakan pengisytiharan berkenaan di Istana Balai Besar di sini.
Pengisytiharan berkenaan untuk pengetahuan orang ramai mengikut kuasa-kuasa menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Pada pengisytiharan sama, baginda turut berkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada isteri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra iaitu Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dengan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.
Sumber : Bernama
Sumber Foto: Sinar Harian, Instagram Bernama Official
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita