Rakyat di negeri Kelantan hari ini berduka, susulan ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, pada jam 8.11 pagi tadi.
Menurut laman Facebook Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Al-Marhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk Istiadat Penghormatan terakhir dan dijangka Istiadat Pemakaman akan dilangsungkan selepas solat asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.
Etika Berpakaian
Dalam entri Facebook tersebut turut disertakan etika berpakaian untuk penghormatan terakhir tersebut.
Ads
“Etika berpakaian untuk kerabat Diraja adalah berbaju Melayu putih, bersamping putih, songkok hitam beralas kain putih di atas dan baju kurung putih bagi perempuan.
“Manakala etika berpakaian untuk orang awam ialah berbaju Melayu putih, bersamping putih, bersongkok hitam beralas kain putih dan baju kurung putih bagi perempuan,” tulisnya.
Ads
Cuti 2 Hari
Sementara itu, Kerajaan Kelantan mengisytiharkan tempoh berkabung bermula hari ini dan cuti selama dua hari bermula esok bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra pagi tadi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, cuti diberikan pada hari Ahad dan Isnin ini iaitu selama dua dan perkabungan juga akan bermula pada hari ini.
Ads
“Almarhum Sultan dijangka dikebumikan hari ini selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Diraja Langgar,” katanya kepada pemberita di sini.
Ahmad Yakob (tengah) selepas sidang akhbar di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
MW: Merafak sembah dan ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh almarhum.
Sekarang ini pokok keladi sangat trending dan menjadi kegilaan mak-mak untuk menanamnya. Dikatakan ada juga seetengah pokoknya boleh mencecah harga beribu ringgit. Begitulah.
Mungkin, dulu, pokok keladi tidak dipandang pun, maklumlah, hanya berdaun dan tidak berbunga. Senang pula nak dapatnya, banyak tumbuh dalam hutan.
Tapi, trend sekarang ini, mak-mak sangat suka dengan pokok keladi dan menjadi salah satu hobi dengan mengumpul plebagai jenis daun keladi. Memang cantik dengan warna dan bentuk yang pelbagai.
Tapi, tanpa kita sedar, ia sangat bahaya pada anak-anak kecil terutamanya getak pokok keladi. Tak salah untuk kumpul hobi menanam pokok keladi. Tapi, jauhi dari anak kecil terutamanya anak-anak yang baru nak membesar.
Inilah yang dikongsikan oleh Nur Nina tentang apa yang dialami sendiri oleh anak kecilnya. Moga ia memberi pengajaran dan ingatan untuk mak-mak yang lain.
Saya baru sempat nak update apa yang terjadi pada Noah.
“Semalam, saya bersembang bersama adik di ruang tamu rumah, lebih kurang jam 9.00 malam. Kebetulan, Noah pun ada bersama saya di situ. Tiba-tiba nampak Noah seperti tersedak.
“Memang cukup pantas dan tak sedar apa yang Noah masukkan dalam mulut. Saya lari ke dapur dan tepuk-tepuk belakang untuk bagi keluar apa yang ada dalam mulut. Tapi tak ada pula keluar apa-apa. Saya bagi Noah minum air tapi dia tak nak minum.
“Selepas itu, dia ‘reyau’ (menangis) dan nak muntah tapi tak keluar apa-apa seperti ada bnda yangtercekik. Malah, mulut dia pun tak boleh nak tutup dan air liur berjurai keluar. Terus saya bersiap dan bawa anak semua, ajak adik untuk terus ke hospital daerah yang ambil masa dua minit saja dari rumah.
“Dalam perjalanan, saya terfikir apalah yang Noah masukkan dalam mulut dan telefon mak ayah untuk terus ke hospital. Sampai hospital dan di kaunter pendaftaran pun saya masih tunggingkan Noah supaya keluar apa yang ditelan itu. Masa ini juga, Noah makin kuat ‘reyau’ (menangis).
“Terus masuk ke zon kuning untuk terus berjumpa doktor terus. Dari situ, doktor mula tanya dari A sampai Z macam mana boleh terjadi. Bawa Noah untuk x ray dan keputusan dari x ray pun tak ada apa-apa. Alhamdulillah.
“Tapi, masih lagi hairan sebab Noah tetap menangis tak henti dan mulutnya tak boleh tutup. Terus doktor minta rujuk pada pakar di hospital besar. Sebelum itu, kami kena ambil swab test dan Noah kena ambil darah.
“Masa menunggu itu, bagi Noah susu tapi air liurnya keluar banyak sampai basaj baju. Lebih kurang tiga jam juga menunggu keputusan keluar. Doktor beritahu saya kena bersiap untuk hantar ke hospital besar. Kali kedua nai ambulan dan sampai hospital lebih kurang jam 1 pagi. Selesai urusan dan masuk wad jam 2 pagi.
“Doktor ada tanya manam mana boleh terjadi dan apa yang anak telan. Apa yang boleh dikatakan saya tak nampak apa yang Noah telan tapi tipba-tiba nampak macam tercekik.
“Tapi saya perasan ada pokok keladi yang patah ada dalam rumah sya. Saya rasa dia makan pokok keladi itu sebab dalam mulut bahagia tepi bibir seperti melecur dan air liur nya berjurai.
“Doktor buat pemeriksaan dan memang ada lecur. Rujuk pakar bahagian mulut pula. Memang betul dalam mulut Noah bahagian kiri kanan melecur kesan dari getah pokok keladi.
Jadi, doktor beritahu ada 2 jenis pokok yang beracun.
1. Pokok keladi
2. Ini aku tak ingat pula.
Pakar kata lepas ini pokok-pokok keladi tu boleh letak di bahagin atas. Terus aku cakap ‘lepas ni terus nak buang pokok keladi yang beracun itu.
Buat mak-mak yang ‘gila pokok keladi seperti aku, kalau ada anak kecil baik jauhkan dari anak-anak sebab perkara ini terjadi pada diri sendiri.
Apa yang doktor bagitau, Noah tak sempat makan banyak sebab melecur tidaklah teruk sangat.
Mingguan Wanita : Apa yang diberitahu penulis, seharian juga Noha tidak dapat makan bubur dan sekarang Noah sudah keluar hospital. Dalam tempoh 2-3 hari akan ke hospital semula untuk dapatkan pemeriksaan lanjutan bagi melihat kesan melecur pada mulutnya. Moga cepat sembuh baby Noah!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
“Kami akan terus memelihara, manjakan kucing-kucing kesayangan Adibah” begitulah ungkapan yang diluahkan oleh pemilik akaun Facebook Keter Antik yang juga pembantu peribadi Allahyarham Adibah Noor yang dikenali sebagai Todd.
Kucing merupakan haiwan yang comel dan termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.
Seseorang yang menyayangi haiwan seperti kucing dan haiwan lainnya termasuk haiwan sembelihan sekalipun, maka akan mendapatkan rahmat dari Allah SWT di hari kiamat nanti.
“Barangsiapa menyayangi meskipun terhadap haiwan sembelihan, nescaya Allah akan merahmatinya pada Hari Kiamat.” (HR. Bukhari)ad SAW yang sangat disayangi.
“Kami Akan Terus Memelihara, Manjakan Kucing-Kucing Kesayangan Adibah”
Semasa hayatnya Allahyarham telah menunjukan kasih sayang yang azim terhadap makhluk-makhluk ciptaan Ilahi yang lain. Kucing-kucing milik Allahyarham Adibah tidak akan terbiar dan akan dijaga oleh Todd dan keluarga penyanyi itu.
“Bismillahhirahmonirohim
“Assalamualaikum wrb.
“Bagi pihak keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah Adibah Noor, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian kasih sayang serta doa yang telah kalian hulurkan di kala kami amat berduka dengan pemergian beliau, insan yang terlalu kami kasihi.
“Semoga kecekalan, semangat juang dan sifat pemurah yang beliau tunjukan ketika hayatnya akan terus dikenang serta menjadi tauladan dan amalan hidup kita jua.
Penawar Rindu Kami
“Meskipun masa mungkin mengubat duka, namun masa tidak akan mungkin memudarkan cinta dan kerinduan kami terhadapnya.
“Bukan hanya sesama manusia, Diba juga sentiasa menunjukan kasih sayang yang azim terhadap makhluk makhluk ciptaan Ilahi yang lain.
“Justeru, kami jua akan terus memelihara dan memanjakan kesemua kucing kucing kesayangannya, seperti mana yang telah beliau lakukan selama ini.
“Barangkali, di situ jualah sedikit sebanyak penawar rindu kami. Al – Fatihah,” luah Todd.
Kebajikan Kucing-Kucing Arwah
Menerusi satu ciapan di Twitter Adibah, turut dikongsikan pesanan kepada pengikutnya agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu.
“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik di bawah jagaan PA (pembantu peribadi) Adibah Noor dan keluarga arwah.
“Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita palsu mengenai kebajikan anak-anak kucing itu,” tulisnya.
Mahu mengambil tong sampah, tanpa sengaja pekerja pembersihan ini jumpa bayi perempuan masih bertali pusat.
Malangnya bayi yang ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Allahuakbar, sedihnya mengenangkan bayi sekecil itu yang baru mengenal dunia diperlakukan sebegitu rupa.
Mahu Mengambil Tong Sampah
Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di tempat letak kereta bertingkat sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 5.50 petang.
Pekerja Pembersihan Jumpa Bayi
“Lelaki itu mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan memaklumkan kepada penyelianya.
“Polis yang menerima laporan ke lokasi dan pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat
Beliau berkata, mayat bayi malang itu dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.
Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.
Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mingguan Wanita : Biar apapun alasan yang diberikan, mak dan ayah kepada bayi tersebut tetap bersalah. Meragut nyawa bayi kecil yang tak berdosa. Semoga pesalahnya dapat ditangkap dengan segera.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...